CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bawak Molek Heli Tu..' - Pesanan Bapa Mohd Irfan Fikri

9-11-2020 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2514| Komen: 1

Description: Pesanan bapa arwah pelatih penerbangan, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi di status Facebook (FB) anaknya sehari sebelum nahas menyebabkan ramai warganet tersentuh hati.
 Pesanan bapa arwah pelatih penerbangan, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi di status Facebook (FB) anaknya sehari sebelum nahas menyebabkan ramai warganet tersentuh hati.

Malah, video terakhir menunjukkan sebuah helikopter yang dimuat naik oleh arwah semalam dilihat hampir 100,000 orang selain dikongsi lebih 200 orang dan menerima 80 komen.

Menerusi status itu, bapa arwah yang menggunakan nama Mohamed Rawi Che Muda di FB berpesan supaya anaknya itu berhati-hati membawa helikopter kerana keadaan cuaca tidak menentu.

Kredit foto: Harian Metro

"Bawak molek heli tu (bawa heli dengan baik). Loni (sekarang) musim angin ribut," tulisnya.

"Insya-Allah." balas Mohd Irfan kepada pesanan bapanya itu.


Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Mohd Irfan dan jurulatih penerbangan, Mohd Sabri Baharon, disahkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki terbabit kemalangan di udara dengan sebuah lagi helikopter sebelum terhempas di Jalan Melawati, Ampang.

Kedua-dua helikopter jenis G2CA itu dipercayai dalam penerbangan latihan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

Dalam perkembangan sama, Akaun FB milik Mohd Irfan Fikri dihujani ucapan takziah oleh rakan dan warganet.

FB yang menggunakan nama Irfan F. Rawi menerima ratusan hantaran ucapan itu dan komen selain ada yang turut berkongsi gambar bersama arwah suatu ketika dulu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 9-11-2020 02:35 PM
Bapa arwah pun dah rasa tak sedap hati pada awalnya. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.045752 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top