CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kami Takkan Lupakan Kamu,” Gli Si Kucing ‘Penghuni’ Setia Masjid Hagia Sophia Mati Di Usia 16 Tahun

9-11-2020 04:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6656| Komen: 55

Description: Siapa yang tak kenal dengan penghuni setia Masjid Hagia Sophia sejak sedekad yang lalu kini dilaporkan sudah ‘pergi’ buat selamanya.


Siapa yang tak kenal dengan penghuni setia Masjid Hagia Sophia sejak sedekad yang lalu kini dilaporkan sudah ‘pergi’ buat selamanya.

Gli, kucing Hagia Sophia disahkan meninggal dunia pada usia 16 tahun. Kucing terkenal di dunia, yang merupakan sebahagian dari sejarah masjid ikonik, dirawat di klinik veterinar sebelum disahkan mati.

Perkara ini disahkan oleh Datuk Bandar Istanbul, Ali Yerlikaya yang memuatnaik di laman Twitter peribadinya.

“Kucing Hagia Sophia, Gli, telah dirawat di klinik veterinar swasta (daerah Levent di Istanbul) sejak 24 September, malangnya meninggal kerana usia tuanya. Kami tidak akan melupakan kamu, Gli.”

“Kami tidak akan pernah lupakan kamu, Gli”


Terdahulu, Hagia Sophia ini telah ditukarkan daripada Muzium kepada Masjid yang gah selepas 86 tahun. Walaubagaimanapun, kehidupan seekor kucing yang bernama Gli ini seperti biasa dan menjadi simbolik kepada masjid di negara tersebut.


Pemergiaan kucing ini mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.

“Saya bersimpati dengan kehilangan Gli”




Sumber: Ali Yerlikaya/Siakapkeli



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 9-11-2020 06:26 AM
RIP Gli....
Quote meisapoya 9-11-2020 06:29 AM
Lama juga sakitnya. Mesti sedih orang yang rawat tu.. apatah lagi bila dah mati ni, semua terasa.

I pon baru2 ni kematian kucing. 1st cat yang mati, nangis sampai kering air mata.. baru tahu macam mana sakit dia. Macam hilang family :;(
Quote dudaberhias 9-11-2020 06:34 AM
Comelnyaaaa, tapi rupa dia pun dah berusia. Memang dia akan pergi juga sebab sakit tua.
Quote sukacactus 9-11-2020 06:39 AM
RIP Gli
Panjang jg la umurnya kira2 75 tahun umur manusia
Quote ais_kosong 9-11-2020 07:36 AM
RIP Gli..
Aku masa kucing aku mati seminggu gak menangis.
Kena langgar dengan kereta 3 beranak..
Quote saviour_09 9-11-2020 08:00 AM
gli

rip bos
Quote kikuri 9-11-2020 08:59 AM
RIP Gli... panjang jgk umurnya... kucing aku 3 ekor hilang dalam masa terdekat... hari2 nak pegi keja melilau tgk sekeliling kot2 terserempak boleh la angkut bawak balik...tp tak jumpa2 pun
Quote gideoncross 9-11-2020 09:06 AM
sukacactus replied at 9-11-2020 06:39 AM
RIP Gli
Panjang jg la umurnya kira2 75 tahun umur manusia

Yg iol prnh bca klau kucing umur camni, umur mnusia dlm lingkungan 140+.
Quote gideoncross 9-11-2020 09:07 AM
ais_kosong replied at 9-11-2020 07:36 AM
RIP Gli..
Aku masa kucing aku mati seminggu gak menangis.
Kena langgar dengan kereta 3 beranak..

Siapa yg langgar kucing2 uol tu? Kurg ajar tol.
Quote gideoncross 9-11-2020 09:09 AM
kikuri replied at 9-11-2020 08:59 AM
RIP Gli... panjang jgk umurnya... kucing aku 3 ekor hilang dalam masa terdekat... hari2 nak pegi kej ...

Kucing yg pling trtua ada kat US tpi dh xde dh, mati dlm umur 31 thun.
Quote gideoncross 9-11-2020 09:10 AM
meisapoya replied at 9-11-2020 06:29 AM
Lama juga sakitnya. Mesti sedih orang yang rawat tu.. apatah lagi bila dah mati ni, semua terasa.

...

Lgi2 klau kucing tu jnis manja gila2.
Quote tripleid 9-11-2020 09:20 AM
org turki mmg sayang kucing

rip sayang..
Quote SecretLuv 9-11-2020 09:20 AM
Aku sekarang selalu rasa menyesal bela kucing. Bukan sbb tak suka kucing.. Tapi aku takut kalau kucing aku mati satu hari nanti macam mana aku nak menghadapinya. Aku rasa aku tak kuat. Aku tengok video kucing orang mati pun aku menangis
Quote ais_kosong 9-11-2020 10:30 AM
gideoncross replied at 9-11-2020 09:07 AM
Siapa yg langgar kucing2 uol tu? Kurg ajar tol.

Xtau.. tahu mati dah. dah kebetulan sis xda kat kampung..
Quote MsKathryn 9-11-2020 11:15 AM
Comelnyaaa tp mmg dh smp masa pn..  16 tahun tu lama gak
Quote bungamelurindah 9-11-2020 11:23 AM
saya sayang kucing, RIP sayang, semoga tenang disana
Quote sukacactus 9-11-2020 11:31 AM
gideoncross replied at 9-11-2020 09:06 AM
Yg iol prnh bca klau kucing umur camni, umur mnusia dlm lingkungan 140+.

Tu la td tgk gak charts umo kucing banding manusia ni
Byk cara kira, yg 1 tu tulis setahun umo kita kena x4 umo kucing tu
Apa2 pun dia mmg dah tua + ada penyakit lg, so masanya dah sampai
Quote dua_chzy 9-11-2020 11:32 AM
Sesungguhnya ummah sayang kucing memang kuat berdrama.
Quote edayildiz 9-11-2020 11:36 AM
kucing kt turki mmg gemok2 comel..kalau tgk citer turki..nnti ada kucing jalanan interprem..comel sgt..rip gli

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059151 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top