CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pindah Kubur : 11 Tahun Meninggal Dunia, Kain Kapan Pasangan Ini Masih Elok Dan Berbau Harum

9-11-2020 02:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4748| Komen: 18

Description: Mati itu pasti namun ia adalah suatu perkara yang paling ditakuti oleh setiap makhluk bernyawa



Mati itu pasti namun ia adalah suatu perkara yang paling ditakuti oleh setiap makhluk bernyawa. Disebalik kisah kematian, pasti ramai yang pernah mendengar pelbagai cerita misteri mahupun mengerikan yang berlaku ke atas jenazah. Namun kali ini, suatu kisah aneh telah dikongsi oleh pekerja projek pindah kawasan perkuburan.

Katanya salah satu jenazah yang berusia 11 tahun itu seorang lelaki bekas guru mengaji Al-Quran.

Subhanallah. Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dalam keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak.


Keadaan jenazah masih elok seolah-olah baru dikapan dan dikebumikan. Untuk makluman kawan-kawan perkuburan ini terlibat dengan projek Expressway Jalan Segamat Tangkak.

Ini adalah kerja-kerja mengalihkan kubur di Kampung Batu Badak, Gemereh Segamat.

Kerja-kerja alih kubur untuk buat highway di Segamat, jenazah Haji Md Raof dan isterinya dah 11 tahun dikebumikan, tapi kain kapan jenazah mereka seperti baru je dikebumikan, berbau harum. Rupa-rupanya dia mengajar Al-quran.

*Subhanallah. Mulianya pasangan ini. Apalah nasib kita nanti. Semoga kita mendapat husnul khatimah diakhir hayat kita. 🤲Amin


Sumber : En Jalaluddin - JKR

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 9-11-2020 07:27 AM
Subhanallah..
Memang dari dulu lagi, bila tukang gali kubur jumpa jenazah masih elok walaupun dh dikebumikan bertahun-tahun lalu, bila diteliti, semuanya adalah guru yg mengajar Al-Quran..
Quote sarah82 9-11-2020 07:37 AM
Aku percaya benda2 ni boleh berlaku.
Quote djzara81 9-11-2020 07:57 AM
Subhanallah. Kuasa Allah. Semoga kita mati dlm khusnul khatimah.
Quote Belibis 9-11-2020 08:01 AM
sarah82 replied at 9-11-2020 07:37 AM
Aku percaya benda2 ni boleh berlaku.

Kita tunggu komen dari geng liberal pulakkk.
Quote Denco 9-11-2020 08:05 AM
Allah dh bagi petunjuk kat kita..jom kita amalkan, sehari 2 lembar paling sikit... janji istiqomah..peringatan utk aku juga..
Quote sarah82 9-11-2020 08:06 AM
Belibis replied at 9-11-2020 08:01 AM
Kita tunggu komen dari geng liberal pulakkk.

Hahaha.. Biasa la...depa saja yg betul
Quote Tinot7 9-11-2020 09:18 AM
Semoga kita mendapat pengakhiran yang sama.
Quote mamajawie 9-11-2020 10:11 AM
Subhanallah..smoga kita semua mendapat peluang yg sama cm arwah ni..

in b4, sohai n iza zaim toksah nk claim mninggal konfem dpt cium bau sorga naa sbab kome2 menidakkan hak2 anak2 chuollss wlaupun chuollss claim ngajar ngaji bagai..urghhh
Quote lavendernovella 9-11-2020 10:20 AM
Bahagianya arwah ...  
Quote uda 9-11-2020 11:46 AM
Adakah gambar kubur dan jenazah  itu gambar sebenar?

Itulah janji Allah untuk yang hafal ALquran.
Quote LadyCarefree 9-11-2020 12:45 PM
Ada beberapa tempat kt dunia memang begini mayatnya. Ada yg lagi lama tp masih elok je.
Quote husna_amal 9-11-2020 01:00 PM
Kisah macam ni dah banyak kali keluar. Adakah ni recycle.
Quote hasniey 9-11-2020 02:06 PM
husna_amal replied at 9-11-2020 01:00 PM
Kisah macam ni dah banyak kali keluar. Adakah ni recycle.

Mungkin byk tempat jd.kubur kwsan ai ada jgk.gali sebab kene pindah.situ asik bnjir brtakung.gali2 jumpa masih molek brkafan wlaupon dh dkt 10 tahun.jenazah kanak2 mati eksident.
Quote jiwarasa 9-11-2020 03:54 PM
aku nak baca quran pun tergagap...huhu
Quote swimswim 9-11-2020 06:59 PM
Sesiapa yg berminat nk belajar alquran.. Teruskanlah..

Selagi masih hidup, selagi tu masih sempat..

Antara centre pengajian quran yg bagus ialah pengendali al-baghdadi di puchong kinrara. Byrn affordable. Rm100 je sebulan. Lagi murah dr byrn bulan iphone.

Kalau untuk hiburan kita boleh spend beratus ratus tinggit, takkan kita tak mampu nk byr setakat rm100 sebulan utk belajar dand memperbetulkan bacaan kita..

Sekadar berkongsi..
Quote zehra2 9-11-2020 07:55 PM
peringatan utk diri sendiri. biar sehelai setiap lps solat.. baca Al Quran jgn sesekali ditinggalkan. skrg byk dah medium nk membaca quran dgn betul. kalau malu nk berguru. malu pd org lain boleh di simpan. tp malu pd Allah swt mana nak sorok
Quote getarsukma 10-11-2020 08:31 AM
I'm more curious to know what it looks like inside the kain kapan...

Lg satu I believe their diet too... Orang beragama yg spiritual (bukan penunggang agama yg salahguna kuasa demi politik dan pangkat) biasanya sangat sederhana dan zuhud.. hidup makan pakai lebih kurang saja dan hanya yg perlu.. tak banyak toksik dalam badan.. energy pun positive.. aura tenang wpun garang masa mengajar...

Nabi pun kata punca nafsu di perut... itu permulaan segala kerosakan dalaman atau luaran termasuk kerosakan atas muka bumi... sebab tu I hilang hormat pada orang yg konon beragama tapi makan tak ingat dunia... the idea is not to overindulge... benda paling asas untuk kawal ialah makan.. kalau tu pun fail yg lain tu paham2 la...
Quote Mejami 19-12-2020 10:45 AM
jiwarasa replied at 9-11-2020 03:54 PM
aku nak baca quran pun tergagap...huhu

mulakan dgn bljr iqra..kt youtube ada...jgn segan sis..tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..maksudnya selagi kita blm mati kita boleh belajar..iols pun masih bljr juga

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.056920 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top