CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar! Anak Lembu Berkepala Dua Lahir Di India

15-3-2020 08:43 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3022| Komen: 8|Original author: Tukang Tulis

Description: Haiwan itu dikatakan mengalami gejala bicephaly.
Anak lembu berkepala dua di Paarasalai, selatan India. Kredit foto: Mirror

Seorang petani di Paarasalai, selatan India terkejut besar apabila salah seekor lembu betina yang diternaknya melahirkan anak lembu berkepala dua baru-baru ini.

Memetik laporan Mirror, anak lembu yang dipelihara Bhaskar itu juga mempunyai empat mata dan dua mulut.

Namun, haiwan ganjil tersebut hanya mempunyai sepasang telinga.

Memandangkan anak lembu itu ada dua lidah, ia tidak berupaya meminum susu seperti lembu yang normal.

Keadaan itu menyebabkan Bhaskar terpaksa memberinya minum susu dari botol setiap hari.

Anak lembu berkepala dua bermanja-manja dengan ibunya. Kredit foto: Mirror

Setakat ini, kedua-dua lembu betina dan anaknya berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, nasib anak lembu berkepala dua itu pada masa akan datang tidak dapat ditentukan.


Lazimnya, haiwan seperti lembu, ular, ikan jerung, penyu dan udang yang dilahirkan dengan bicephaly tidak mampu hidup lama.

Pada Julai tahun lalu, seekor anak penyu hijau berkepala dua yang menetas di Pulau Mabul, Sabah mati dalam masa 72 jam kemudian. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 15-3-2020 09:13 AM
Kesiannya.. boleh hidup lama ke ni???
Quote RatuDunia94 15-3-2020 10:34 AM
So jd mangsa sembahan tak??
Quote MissyMolly 15-3-2020 10:37 AM
ksian...susah nk myusu
Quote LautBiru52 15-3-2020 02:06 PM
Kalau pjg umur lembu ni sampai ke sudah la minum pakai botol yek
Quote Ina8895 15-3-2020 05:36 PM
Geli la tengok air liur dia
Quote husna_amal 16-3-2020 11:14 AM
Semua yang terjadi atas kehendak-Nya
Quote Artemesiaa 16-3-2020 05:50 PM
Mutant ada je kejadian lebih kurang macam ni sebelum ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055422 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top