CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Fad, Achey Diselar Murahan Bila Rakam Video Ratapi Pemergian Abam

11-2-2020 11:42 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 26651| Komen: 182|Original author: Myeonir

Description: Pasti ramai masih lagi terkejut dengan berita pemergian Abam Bocey yang dikatakan telah meninggal dalam tidurnya. Isterinya yang cuba mengejutkannya untuk solat Subuh dibalas dengan hiba apabila Allah ...
Pasti ramai masih lagi terkejut dengan berita pemergian Abam Bocey yang dikatakan telah meninggal dalam tidurnya. Isterinya yang cuba mengejutkannya untuk solat Subuh dibalas dengan hiba apabila Allahyarham langsung tidak memberikan tindak balas.


Pelawak comel ini sangat disayangi ramai kerana telatahnya yang lucu selain lawaknya yang sentiasa menghiburkan hati penonton. Sudah pasti kumpulan Bocey akan merasa sedikit sunyi selepas ketiadaan Abam ini.

Kredit foto: Blog
Walaupun sedang bersedih, ramai netizen yang semakin sayu apabila melihat video dua orang rakan baik Abam iaitu Fad dan Achey yang juga merupakan ahli kumpulan Bocey. Mereka berdua nyata tidak dapat menahan air mata daripada mengalir kerana kesedihan itu.


Lagi menyayat hati apabila Fad tidak dapat bertemu buat kali terakhir dengan Abam kerana lelaki itu yang kini berada di Jepun bersama keluarganya.


Walau bagaimanapun, ada pula segelintir netizen yang mengatakan video diiringi tangisan yang dirakam oleh Fad dan Achey adalah sedikit murahan dan tak perlu dirakam pun sebenarnya.

Kredit foto: Twitter
Pun begitu, ramai lagi netizen lain yang tampil dan kritik komen beberapa individu ini yang dianggap tidak sensitif. Bagi mereka setiap orang ada cara tersendiri bagi meluahkan rasa sedih atas kematian orang tersayang.

Dalam pada itu, Achey berkata dia dan Fad bersedia untuk mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam Bocey secara percuma untuk membantu keluarga arwah.

Kredit foto: IG
Menurut Achey, meskipun Abam sudah tiada, dia dan Fad akan meneruskan perancangan mereka untuk menghasilkan sebuah program khas bagi peminat kerana itu adalah hasrat Allahyarham sendiri.

Susah nak cari kawan macam Achey dan Fad ini. -CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wanzulina 11-2-2020 11:45 AM
Bodoh org yang komen mcm tu. itu adalah reaksi org express kesedihan. Sbb diaorg ni celebriti. itu cara diaorg nk bgtahu rakyat Msia. Kalau rakyat marhain mcm kita ni siapa yg nak tgk.
Quote ArchieCharlie 11-2-2020 11:50 AM
Alahai husnuzon tak boleh ke netizen ni, segala mak nenek nak dikomen
Quote shizikato 11-2-2020 11:53 AM
at least bila tgk ig fad tu baru lah kita ni tau oooo betul abam dh meninggal..kalau tak tgk kat feed fb ingat fake news...
Quote silampumeja 11-2-2020 11:57 AM
dulu finjamal ada meratap mcm ni kat ig jugak kan.. someone kwan-kawan dlm industri jugakla kot.. bila ditegur dia melawan balik pertahankan tindakan dia..

semalam waktu tengok dia dua orang ni nangis dlm ig sebenarnya terlintas benda sama, macam tak kena pulak nak meratap gitu dan rakam...

TAPI.

kita takde tempat diorang, maybe spontan sangat tindakan tu hilang arah... cuma tak smpat fikir panjang... amik video je...

Ali punya tindakan amat baguslah.... dia just buat caption dan up text sahaja...update alamat .


Boleh jadikan iktibar. nak kata salah sangat, kita mcm takleg fikir pulak perasaan diorang kan... tapi kalau Ali boleh, kiranya yang lain boleh lebih baik juga uruskan emosi tu...

Ali...kuatlah untuk family.
Quote izat123 11-2-2020 11:58 AM
Aku rasa niat diorang more to nak share berita tu lah. Kan diorang buat video tu nak bagitahu abam dah takde sebab mesti ramai orang call call whatsapp diorang tanya. Baik dia announce je. Yelah zaman sekarang ni banyak berita kematian palsu artis artis.

Kalau kau bukan artis tak payah lah umum umum.
Quote CikDaNdeLi0n 11-2-2020 12:02 PM
My 20sen.. theyols ni kan celebriti.. rasanya tk perlu ler nangis siap rekod cenggitu.. even nk sahkan berita pn boleh jer update text kan..
Quote anilanil 11-2-2020 12:03 PM
Diorang ni celebrity. Dah terbiasa dgn socmed. Semua benda nak share, update. Ai rasa jujur jer diorang tu sedih tapi dah terbiasa kan semua nk upload. Dpt baby, buat surprise beli keta/moto, gi travel, buat prank, belasungkawa pon upload..
Quote LostStar 11-2-2020 12:04 PM
biaq p la.. depa nk teriak ka apa ka.. sibuk la.. nk kecam dlm forum ni jek dah la.. baru la nampak berilmu.. ni kecam gitu nmpk bodo d situ..EH!
Quote LindaCat 11-2-2020 12:05 PM
aku xrase dorang over pun sbb record video bgai..dorang cuma nk bg tau semua org je abam dh xde..mcm fad lg larh die xde kt malaysia pulak..
Quote silampumeja 11-2-2020 12:08 PM
yang paling bagus I tengok tak gaduh nak update banyak-banyak adalah si johan... Johan ni dari time pakyus meninggal pun dia yang turun kebumi arwah.... masa tu i tak tgk status ig dia ... lama lepas tu baru bininya up pasal pergi prgram tribute untuk pakyus ...


kalini pulak bila abam meninggal, lepas settle kerja djay era dia ke sana rasanya... bercakap dengan mak abam.... orang amik video dia duk pujuk2... bini dia pun duk dukung anak abam orang amik gambar....

bab Sakit dan kematian ni rasanya kita kena amik iktibar jauhi dari terlalu nak maklumkan pada dunia...

bila melawat org sakit ada adabnya, apetah lagi adab kita menghadapi kematian...saat hambaNya dijemput Ilahi.... iktibar kita...
Quote missDollie 11-2-2020 12:15 PM
Entah la nak.. Yang penting iols tak tekan play pun video tu.. Cukup la iols tau abam dah meninggal dan semua orang tengah sedih.. Actually aku lagi nak tau cerita abam ni dari family members.. Dah tengok wartawan intebiu adik abam si ali tu iols dah puas hati.. Lagi sedih rasanya..
Quote Kurex 11-2-2020 12:18 PM
ala netizen, kalau korang celebrity, korang pun buat benda sama
Quote makton 11-2-2020 12:23 PM
aku tak tgk pun video tu. tgk dr luar mcm tu pun aku dah rasa tak suka nak tgk.
baca caption dorg pun mcm hmmm... ntah laa..

apa2 pun alfatihah utk abam.
Quote mdhelmi 11-2-2020 12:24 PM
netizen up status menunjukkan mereka yg masih hidup
Quote hatikudus 11-2-2020 12:27 PM
shizikato replied at 11-2-2020 11:53 AM
at least bila tgk ig fad tu baru lah kita ni tau oooo betul abam dh meninggal..kalau tak tgk kat fee ...

Akupun memula ingatkan fake news
Quote kentel 11-2-2020 12:27 PM
let people express their sorrow....ape la masalahnya...
Quote kucingitam 11-2-2020 12:29 PM
ada juga yang berfikiran sama cam aku rupanya.. over nau especially acey..dahla aku mmg x berkenan dgn dia, bingit..

pape pun semoga roh arwah ditempatkan bersama org2 yang beriman..
Quote Suchi 11-2-2020 12:29 PM
Ibu fauziah nawi masa nak bgtau anak dia dah ditemui dan meninggal pun wat live video sambil bgtau dlm keadaan menangis juga.
Penyanyi Nora pun bgtau semua org tentang kematian dia melalui video dan ketika tgh menangis gak.

Husnuzon jelaa skrg zaman teknologi canggih mungkin mereka gunakan cara tu utk menyampaikan berita atleast kita tau la bukan fake news ke apa.
Quote RumiMenari 11-2-2020 12:30 PM
Dah komen kt thread yg lebih kurang sama semalam.. so drop nak amek tacang kt sini

Lihat semua komen(182)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054217 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top