CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Pelajar Malaysia Cedera Dalam Insiden Rompakan Di Afrika Selatan

6-1-2020 03:50 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2962| Komen: 19|Original author: Tukang Tulis

Description: Kejadian berlaku di Newcastle, Durban pada 3 Januari 2020.
Gambar hiasan. Kredit foto: Pexels

Tiga pelajar Malaysia cedera dalam kejadian rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada malam 3 Januari lalu.

Memetik kenyataan Wisma Putra, ketiga-tiga pelajar terbabit menuntut di University of Newcastle.

"Seorang daripada mangsa ditembak di bahagian kaki, manakala dua yang lain ditikam dalam insiden berkenaan. 

"Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," jelas Wisma Putra.

Kejadian berlaku di bandar Newcastle, Durban, Afrika Selatan. Kredit foto: Carian Google

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

Walau bagaimanapun, butiran terperinci seperti nama ketiga-tiga mangsa dan apa yang berlaku semasa kejadian tidak didedahkan.

Semoga mangsa-mangsa segera sembuh dan sentiasa berhati-hati semasa menuntut di negara orang. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 6-1-2020 03:58 PM
Oh...baru tau Malaysia ada hantar student study kat sini...
Quote Ina8895 6-1-2020 04:50 PM
Bahaya jugak afrika selatan ni
Quote Perawankota 6-1-2020 05:18 PM
Mana2 tmpt pon ada jenayah
Quote Ina8895 6-1-2020 05:26 PM
Perawankota: Mana2 tmpt pon ada jenayah

Rasanya belum dengar lagi pelajar afrika selatan kena rompak kat sini
Quote damsel_fiji 6-1-2020 06:31 PM
Ina8895 replied at 6-1-2020 04:50 PM
Bahaya jugak afrika selatan ni

Sejak apartheid tumbang.. south afrika pun merudum sis, jenayah sana sini..ekonomi down.. menangis nelson mandela klu dia tgk afrika selatan skrg
Quote ninja boy 6-1-2020 06:33 PM
Africa selatan negara cantik mukabumi sayang sekali byk jenayah
Quote addved 6-1-2020 09:05 PM
Jenayah wujud kat semua negara, cuma sesetengah negara tak war-war kan je. Malaysia pon mereput, ekonomi merundum, jenayah sana sini, penagih banyak, buang bayi banyak, tak yah nak kondem sangat la negara luar.
Quote sukacactus 6-1-2020 09:12 PM
Sana kalau rumah2 biasa mmg selalu kena rompak
Nak selamat skit dok kat tempat gated & guarded siap kawat letrik lg
Ni dr apa yg aku tgk kat tv la
Quote tikusmontok 6-1-2020 11:17 PM
sukacactus replied at 6-1-2020 09:12 PM
Sana kalau rumah2 biasa mmg selalu kena rompak
Nak selamat skit dok kat tempat gated & guarded siap ...

Sis tgk kat hgtv kan
Quote Forfoxache 7-1-2020 12:01 AM
Perawankota replied at 6-1-2020 05:18 PM
Mana2 tmpt pon ada jenayah

LOL. Durban tu macam ghetto black nye area. Aprika tak selamat untuk whites atau pun apa2 bangsa yg kulit cerah.
Quote sukacactus 7-1-2020 07:02 AM
tikusmontok replied at 6-1-2020 11:17 PM
Sis tgk kat hgtv kan

X, tgk kat 728
Kat 90 Days Fiance The Other Way
Pompuan American ni kawin dgn South African
Terkejut dia keadaan xmcm kat US
Dl masa kes South African atlet, Oscar Pistorius tembak gf dia pun ada tgk kat tv keadaan rumah kat sana
Even gated & guarded, pagar letrik tinggi kemain pun xberapa nak selamat
Quote elzy 7-1-2020 07:50 AM
Semoga mangsa-mangsa diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala..
Wrong time, wrong place..
Quote Ina8895 7-1-2020 06:46 PM
Penyamun tu dah tangkap ke?
Quote tikusmontok 7-1-2020 08:04 PM
sukacactus replied at 7-1-2020 07:02 AM
X, tgk kat 728
Kat 90 Days Fiance The Other Way
Pompuan American ni kawin dgn South African

ooo iya..iols pun tgk channel tu...yg hband dia gambler tu kan.ppn tu ada anak llki sorang..
Quote sukacactus 7-1-2020 10:13 PM
tikusmontok replied at 7-1-2020 08:04 PM
ooo iya..iols pun tgk channel tu...yg hband dia gambler tu kan.ppn tu ada anak llki sorang..

Haah...yg tu la
Sanggup tu pasal cinta, bf br keluar pusat pun berani dibuat laki
Quote ikanmasin 8-1-2020 01:03 AM
sukacactus replied at 7-1-2020 10:13 PM
Haah...yg tu la
Sanggup tu pasal cinta, bf br keluar pusat pun berani dibuat laki

geleng kepala kan peguam tu bila perempuan ni bgt psl bf nya tu..
sanggup tanggung risiko.
Quote sukacactus 8-1-2020 06:46 AM
ikanmasin replied at 8-1-2020 01:03 AM
geleng kepala kan peguam tu bila perempuan ni bgt psl bf nya tu..
sanggup tanggung risiko.

Kannn...padahal dia tu cantik even tembam skit
Boleh je cari org lain
Quote ikanmasin 8-1-2020 12:08 PM
sukacactus replied at 8-1-2020 06:46 AM
Kannn...padahal dia tu cantik even tembam skit
Boleh je cari org lain

itulah tp nak buat mcm mana kan.dah cinta sanggup lah..
Quote RatuDunia94 8-1-2020 06:49 PM
Teringat Miss Universe 2017 dr South Africa Demi Leigh Nel Peters pon kena rompak..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055998 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top