![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/05/075904bg642o4fwzg45zgp.jpg) Gambar hiasan. Kredit foto: Pexels
Tiga pelajar Malaysia cedera dalam kejadian rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada malam 3 Januari lalu.
Memetik kenyataan Wisma Putra, ketiga-tiga pelajar terbabit menuntut di University of Newcastle.
"Seorang daripada mangsa ditembak di bahagian kaki, manakala dua yang lain ditikam dalam insiden berkenaan.
"Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," jelas Wisma Putra.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/05/075959mlqq35kqklz1ly95.jpg) Kejadian berlaku di bandar Newcastle, Durban, Afrika Selatan. Kredit foto: Carian Google
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
Walau bagaimanapun, butiran terperinci seperti nama ketiga-tiga mangsa dan apa yang berlaku semasa kejadian tidak didedahkan.
Semoga mangsa-mangsa segera sembuh dan sentiasa berhati-hati semasa menuntut di negara orang. - CARI |