CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Percaya Iklan Bomoh Boleh Tilik Nasib, Pesara Tentera Berputih Mata RM8,390 Lesap

28-11-2019 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2240| Komen: 6

Description: RM8,390 'terbang' gara-gara termakan kata-kata bomoh yang kononnya boleh menilik nasib.
RM8,390 'terbang' gara-gara termakan kata-kata bomoh yang kononnya boleh menilik nasib.

Menurut Bernama, mangsa yang juga pesara tentera berusia 44 tahun itu berkata, dia mengenali bomoh berkenaan yang mendakwa berstatus ‘Datuk’ menerusi laman sosial sekitar Jun lalu.


Difahamkan, mangsa terus menghantar pesanan WhatsApp sebaik melihat iklan perkhidmatan bomoh itu kerana tertarik dengan dakwaan bomoh terbabit yang kononnya boleh membantunya menilik nasib.


Gambar hiasan

“Bomoh itu juga dikatakan telah menawarkan diri untuk melakukan upacara sembahyang bagi pihak mangsa, jika tilikan itu mendapati mangsa tidak bernasib baik,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof.

Pada 3 Jun lalu, bomoh itu meminta bayaran pertama sebanyak RM100 untuk melakukan upacara sembahyang berkenaan.

Bagaimanapun, suspek kemudian meminta mangsa membayar sebanyak RM8,390 lagi selepas mendakwa wang itu (RM100) tidak cukup.


Mangsa mula curiga apabila bomoh itu tidak boleh dihubungi sejak beberapa hari lalu sebelum membuat laporan di balai polis Mentakab, Temerloh, semalam.

Tambah Mohd Wazir, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bob92 28-11-2019 05:26 PM
memang tak baik nasibnya kalau gini
Quote buapakperut 28-11-2019 05:31 PM
tilik nasib je pun dah bayar beribu, bukannya dia nak bagi no ekor yang kompem naik
Quote Rainrein 28-11-2019 05:31 PM
Gelakkan je la orang macam ni. Sape suh peecaya tilik menilik ni.
Quote qumbu 28-11-2019 05:33 PM
bomoh tu sendiri tidak tahu macam mana nasib dia esok hari..ni kan plak nak nak tilik nasib orang..
Quote LuvAurora 28-11-2019 06:39 PM
Untung bomoh tu xyah susah2 cari duit
Quote violetungu 28-11-2019 06:52 PM
Makan besaq bomoh tu..ada jugak org yg bodoh percaya tilik menilik zaman sekarang.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.441153 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top