View: 1527|Reply: 6
|
Percaya Iklan Bomoh Boleh Tilik Nasib, Pesara Tentera Berputih Mata RM8,390 Les
[Copy link]
|
|
RM8,390 'terbang' gara-gara termakan kata-kata bomoh yang kononnya boleh menilik nasib.
Menurut Bernama, mangsa yang juga pesara tentera berusia 44 tahun itu berkata, dia mengenali bomoh berkenaan yang mendakwa berstatus ‘Datuk’ menerusi laman sosial sekitar Jun lalu.
Difahamkan, mangsa terus menghantar pesanan WhatsApp sebaik melihat iklan perkhidmatan bomoh itu kerana tertarik dengan dakwaan bomoh terbabit yang kononnya boleh membantunya menilik nasib.
Gambar hiasan
“Bomoh itu juga dikatakan telah menawarkan diri untuk melakukan upacara sembahyang bagi pihak mangsa, jika tilikan itu mendapati mangsa tidak bernasib baik,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof.
Pada 3 Jun lalu, bomoh itu meminta bayaran pertama sebanyak RM100 untuk melakukan upacara sembahyang berkenaan.
Bagaimanapun, suspek kemudian meminta mangsa membayar sebanyak RM8,390 lagi selepas mendakwa wang itu (RM100) tidak cukup.
Mangsa mula curiga apabila bomoh itu tidak boleh dihubungi sejak beberapa hari lalu sebelum membuat laporan di balai polis Mentakab, Temerloh, semalam.
Tambah Mohd Wazir, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
memang tak baik nasibnya kalau gini |
|
|
|
|
|
|
|
tilik nasib je pun dah bayar beribu, bukannya dia nak bagi no ekor yang kompem naik |
|
|
|
|
|
|
|
Gelakkan je la orang macam ni. Sape suh peecaya tilik menilik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
bomoh tu sendiri tidak tahu macam mana nasib dia esok hari..ni kan plak nak nak tilik nasib orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Untung bomoh tu xyah susah2 cari duit |
|
|
|
|
|
|
|
Makan besaq bomoh tu..ada jugak org yg bodoh percaya tilik menilik zaman sekarang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|