CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mood Republik Penipu? "Larikan Duit Peniaga, Tak Bayar Kontraktor, Tapi Ada Hati Cari Mangsa Lagi!"

18-11-2019 02:31 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 22432| Komen: 37|Original author: Shimmer Shine

Description: Menjelang akhir tahun, biasanya sudah banyak promosi mengenai jualan akhir tahun (Year End Sale - YES), namun tahun ini seakan sunyi dari laungan tersebut.Rupa-rupanya ada penganjur yang berhutang pul ...


Menjelang akhir tahun, biasanya sudah banyak promosi mengenai jualan akhir tahun (Year End Sale - YES), namun tahun ini seakan sunyi dari laungan tersebut.

Rupa-rupanya ada penganjur yang berhutang puluhan ribu ringgit dengan vendor hinggakan tergamak melarikan diri kemudiannya mencari mangsa baru. Siapa lagi kalau bukan Mood Republik yang kontroversi setiap tahun tapi kali ini, berniat jahat melarikan duit orang!

Kredit foto: Fb

Antara vendor terlibat ialah usahawan selebriti, Ben Ali yang mendedahkan penipuan Mood Republik ini.


Kredit foto:Fb

Menurut Ben, kejadian ini bermula sejak tahun 2016 lagi dengan para peniaga sudah membayar deposit / full payment untuk event-event yang akan datang kepada penganjur tetapi beberapa lokasi dibatalkan secara mengejut diatas pelbagai alasan yang diberikan menyebabkan ramai yang mengalami kerugian. 

Ianya berlarutan sehinggalah MR Melaka dibatalkan 3 hari sebelum event bermula.

Kredit foto: Ceo Mood Republik yang didakwa melarikan duit

Lebih menyedihkan buat peniaga makanan yang jangka hayatnya tidak lama dan perlu dihabiskan dalam masa beberapa hari sahaja.

Malahan bukan Ben sahaja yang terlibat, peniaga lain juga ramai terlibat. Semuanya mengutarakan masalah sama iaitu telah membayar untuk beberapa festival tetapi dibatalkan tanpa ada pemulangan duit. Semuanya dijanjikan manis belaka tetapi akhirnya menyekat peniaga yang cuba menegakkan kebenaran.



Walaupun setelah laporan polis dibuat, pendedahan di media sosial dan media massa, kes ini tidak boleh dibawa ke pengadilan kerana Ketua Pegawai Operasi, Kimi Iskandar hilang tanpa dikesan. Ada yang menyamakannya seperti kes 1MDB yang mana Jho Low juga sukar dikesan.

Kredit foto: Fb

Lebih mengharukan, laman media sosialnya aktif mencari mangsa untuk tahun 2020 pula dengan pelbagai janji manis. Jadi, awas! Ramai yang sudah terkena dengan 'scammer' ini. Sebarkan kepada semua peniaga lain supaya berhati-hati. - CARI 
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Jorja

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 18-11-2019 03:14 PM
yihh.. tak hadap la nak pergi event hijabista acah2 trendy gadis semasa nih..  not my level..
Quote kucingitam 18-11-2019 03:19 PM
x pernah teringin nak pergi
Quote cikatilia 18-11-2019 03:23 PM
aku rasa yg selamat is peniaga2 seleburiti sahaja

takat besha2 ni mmg kena la

sedap kan baling2 duit raya
3 hari 3 malam berkg

tup2 telan duit org
nasib aku xpenah jejak kaki ke sana
Quote tulanglampai 18-11-2019 04:02 PM
dulu ada baca, rasanya org yg buat part time pun dorg lambat bayar.. kecoh dkt twitter...
Quote electricopop 18-11-2019 04:07 PM
Dari dulu dh dengar mcm mcm pasal Mood Republic ni, tak penah hadap nak g.
Sian kat peniaga peniaga...
Quote chicozinn 18-11-2019 04:23 PM
ceo MR ni cinkies kah?
Quote Betara_Indera 18-11-2019 04:34 PM
fuuuuu peritnye duit pegi camtu aje
Quote Perawankota 18-11-2019 04:56 PM
Pernah p.. Tp klu tgk, ramai yg dtg cuci mata jer... Dh lah brg harga mahal2.. Klu beli baju, nak test pon x selesa.. Baik aku p jer butik2 biasa.. X yah bersesak
Quote VespaSilbe 18-11-2019 05:08 PM
Iols tak suka bergasak ramai2 nak soping
Cinkies le kut ownernye...
Beg Hermes bersusun wei
Ada masuk rancangan apo ntah ritu
trek selebriti ghasanya.. masa tu iols whoryus kan deme
Quote aznizazzadele 18-11-2019 05:31 PM
Anak didik DAO ni ...
Quote AbukRokok 18-11-2019 05:41 PM
yg fefeeling malaysia nak jadi republik elok la join
boleh amik mood dulu
Quote gummiebear 18-11-2019 05:55 PM
Iols pernah pegi sekali jah dulu. Lepas tu tobat dah. Barang2 mahal pastu umat manusia punya lah ramai, tak payah jalan uols tunggu jah orang belakang tolak
Quote sayawifenikmie 18-11-2019 07:22 PM
.. muka pun hmmm .. muka penipu ni .....
Quote Armand2018 18-11-2019 07:23 PM
Mak bapak aku dulu pergi MR kat KL . Nak masuk kena beratur register tunggu giliran. Jadah aponya. Last2 balik. Orang nak shopping raya la , expo lain okay je
Quote LuvAurora 18-11-2019 07:41 PM
Pernah p sekali ja, barang semua mahal2.. Dah tu ramai nak matey xnampak pun apa yg bestnya
Quote RatuDunia94 18-11-2019 07:49 PM
Sbb tu Didie Alias (Le Fest Tour) n Ifa Raziah (Star Vendors) masing2 buat karnival jualan sendiri.. dulu deols ni rajin join Mood Republik.
Quote emma.giggs 18-11-2019 08:30 PM
Penah pegi MR ni.mmg seramai2 manusia. Lagi tgh mlm lagi ramai org. Pastu biase expo2 ni brg2 patut nye murah la. Xde nk murah. Aku rs kalau murah pon stakat diskaun singgit 2.mmg xberbaloi nk pegi. Lg pulak kebanyakkan nye kedai2 retis. Paham2 la retis punye rege.

Aku rs ceo MR ni nama kimi. Kawan nye si joy repah. Ms gosip2 repah ni tgh hangat dgn kes pismidon dulu, mcm ade repah upload gmbr lepak sama2 dgn kimi ni. Tp kalau xslh ingatan aku lah
Quote umbut 18-11-2019 08:39 PM
MR ni siap ada bangunan sendiri.. kaya... tapi tulah bisness betu betullah.. jgn tipu org
Quote sarah82 18-11-2019 08:53 PM
Aku x pernah pi.. Sbb aku berpendapat dia memaksa pembeli membeli dgn harga mahai tanpa sedar..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064646 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top