Menjelang akhir tahun, biasanya sudah banyak promosi mengenai jualan akhir tahun (Year End Sale - YES), namun tahun ini seakan sunyi dari laungan tersebut.
Rupa-rupanya ada penganjur yang berhutang puluhan ribu ringgit dengan vendor hinggakan tergamak melarikan diri kemudiannya mencari mangsa baru. Siapa lagi kalau bukan Mood Republik yang kontroversi setiap tahun tapi kali ini, berniat jahat melarikan duit orang!
Kredit foto: Fb
Antara vendor terlibat ialah usahawan selebriti, Ben Ali yang mendedahkan penipuan Mood Republik ini.
Kredit foto:Fb
Menurut Ben, kejadian ini bermula sejak tahun 2016 lagi dengan para peniaga sudah membayar deposit / full payment untuk event-event yang akan datang kepada penganjur tetapi beberapa lokasi dibatalkan secara mengejut diatas pelbagai alasan yang diberikan menyebabkan ramai yang mengalami kerugian.
Ianya berlarutan sehinggalah MR Melaka dibatalkan 3 hari sebelum event bermula.
Kredit foto: Ceo Mood Republik yang didakwa melarikan duit
Lebih menyedihkan buat peniaga makanan yang jangka hayatnya tidak lama dan perlu dihabiskan dalam masa beberapa hari sahaja.
Malahan bukan Ben sahaja yang terlibat, peniaga lain juga ramai terlibat. Semuanya mengutarakan masalah sama iaitu telah membayar untuk beberapa festival tetapi dibatalkan tanpa ada pemulangan duit. Semuanya dijanjikan manis belaka tetapi akhirnya menyekat peniaga yang cuba menegakkan kebenaran.
Walaupun setelah laporan polis dibuat, pendedahan di media sosial dan media massa, kes ini tidak boleh dibawa ke pengadilan kerana Ketua Pegawai Operasi, Kimi Iskandar hilang tanpa dikesan. Ada yang menyamakannya seperti kes 1MDB yang mana Jho Low juga sukar dikesan.
Kredit foto: Fb
Lebih mengharukan, laman media sosialnya aktif mencari mangsa untuk tahun 2020 pula dengan pelbagai janji manis. Jadi, awas! Ramai yang sudah terkena dengan 'scammer' ini. Sebarkan kepada semua peniaga lain supaya berhati-hati. - CARI |