CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Terkejut Dibuatnya!" - Bom Puluhan Tahun Dijumpai Di Set Penggambaran Filem Marvel

8-11-2019 04:51 PM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 3678| Komen: 16

Description: Pada 4 November lepas, sebutir bom yang dipercayai dari Perang Dunia Kedua ditemui di sekitar lokasi penggambaran filem terbaru terbitan Marvel Studios, The Eternals.Kredit Foto: Carian GooglePenemuan ...
Pada 4 November lepas, sebutir bom yang dipercayai dari Perang Dunia Kedua ditemui di sekitar lokasi penggambaran filem terbaru terbitan Marvel Studios, The Eternals. 

Kredit Foto: Carian Google
Penemuan ini berlaku di Fueterventura, pulau Canary kedua terbesar di Sepanyol, di mana kesemua kru penggambaran dan para pelakon diminta untuk mengosongkan set penggambaran tersebut secara serta merta atas kebarangkalian bom tersebut akan meledak. 

Turut berada di tempat kejadian termasuklah pelakon-pelakon terkenal seperti Angelina Jolie dan Richard Madden, pelakon cerita bersiri Game of Thrones.

Kredit Foto: The Sun
Menurut laporan awal, bom itu dikatakan berasal dari sebuah tapak tentera Nazi terbiar yang dijumpai berhampiran pantai tersebut. Ia berusia puluhan tahun dan dikatakan tidak pernah disentuh. Selepas ia berjaya dikeluarkan oleh pakar pemusnah bom, siasatan masih lagi dijalankan untuk memastikan jika kawasan tersebut benar-benar bebas daripada sebarang ancaman bom lain. 

Setakat ini, pihak produksi perlu menunggu untuk menyambung semula penggambaran filem ini.

Kredit Foto: Mirror
The Eternals, arahan Chloe Zhao telah memulakan penggambaran sejak bulan Julai, dan filem ini merupakan filem kedua Marvel Studio untuk Fasa Keempat bagi Marvel Cinematic Universe selepas filem Black Widow yang bakal ditayangkan pada April 2020. Filem ini diterajui oleh barisan pelakon-pelakon terkenal seperti Angelina Jolie, Richard Madden, Gemma Chan, Kumail Nanjiani dan bintang dari Korea Selatan, Ma-Dong Seok. 

The Eternals akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula November 2020.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-11-2019 05:26 PM
ehhhh takde ke begum????
Quote shernazz 8-11-2019 05:41 PM
Kurex replied at 8-11-2019 05:26 PM
ehhhh takde ke begum????

Begum tolak lah
X menepati sariat islam katanya...
Dia tolakkkkk okeh...
Quote Kurex 8-11-2019 07:03 PM
shernazz replied at 8-11-2019 05:41 PM
Begum tolak lah
X menepati sariat islam katanya...
Dia tolakkkkk okeh...

ruginya.. kalau tak boleh berlakon sebaris dgn pelakon A list sebagai watak orang yg jerit mintak peetolongan dalam tren yg hendak jatuh dari landasan
Quote manjalara_01 8-11-2019 07:06 PM
movie ape ni u all? bleh storykan plot?..
Angie main watak superhero ape?..
Quote shernazz 8-11-2019 11:27 PM
Kurex replied at 8-11-2019 07:03 PM
ruginya.. kalau tak boleh berlakon sebaris dgn pelakon A list sebagai watak orang yg jerit mintak  ...

Dia sanggup tolak dari permainkan agama
Tu yang terus kawin tu..
Quote Kurex 8-11-2019 11:40 PM
shernazz replied at 8-11-2019 11:27 PM
Dia sanggup tolak dari permainkan agama
Tu yang terus kawin tu..

tak dapat tengok belum berlakon menjerit dalam subway
Quote fly_in_d_sky 9-11-2019 07:42 AM
Kurex replied at 8-11-2019 05:26 PM
ehhhh takde ke begum????

begum?
siapa tu?
Quote chicozinn 9-11-2019 09:08 AM
fly_in_d_sky: begum?siapa tu?

Alah yg mandi kat shower pkai baju putih tu..
Quote Kurex 9-11-2019 09:39 AM
fly_in_d_sky replied at 9-11-2019 07:42 AM
begum?
siapa tu?

raja illya
Quote fly_in_d_sky 9-11-2019 12:40 PM
ooo sorry la tak aware pun
bukan pelakon terkenal sangat kan?

Quote Perawankota 9-11-2019 04:53 PM
Ni citer pasal apa yer
Quote Ladybird910 10-11-2019 11:11 AM
Kurex replied at 9-11-2019 01:39 AM
raja illya

Nape jd ramilah begum kurex?
Quote Artemesiaa 10-11-2019 05:31 PM
Nasiblah sempat tahu kalau tak pasti jadi kejadian yang tak diingini
Quote belilies 11-11-2019 12:32 AM
Angelina jolie blakon cita marvel? Interesting.....
Quote mieymiey 11-11-2019 11:33 AM
Ladybird910 replied at 10-11-2019 11:11 AM
Nape jd ramilah begum kurex?

Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya.
Quote Ladybird910 12-11-2019 08:03 AM
mieymiey replied at 11-11-2019 03:33 AM
Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya.

Laaaahhhh...

Mana mai ilya tuuuu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.065131 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top