CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Melly Goeslow Berang Imejnya Dijadikan Tema Kostum Halloween

1-11-2019 11:37 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7679| Komen: 20|Original author: natrahn

Description: Kredit foto: Instagram Melly GoeslowUmum mengetahui, tanggal 31 Oktober setiap tahun, ramai orang menyambut perayaan Halloween di seluruh dunia.Perayaan ini menampilkan pelbagai jenis kostum yang krea ...
Kredit foto: Instagram Melly Goeslow


Umum mengetahui, tanggal 31 Oktober setiap tahun, ramai orang menyambut perayaan Halloween di seluruh dunia.

Perayaan ini menampilkan pelbagai jenis kostum yang kreatif dan menakutkan malah menyeronokkan bagi individu yang menyambutnya namun bagi Melly Goeslow ia adalah sebaliknya.

Melly berasa marah dan meluahkan rasa kecewanya menerusi laman Instagram apabila imejnya dijadikan sebagai tema kostum dan bahan ejekan di sebuah parti Halloween.




Jurusolek Bubah Alfian menggayakan sepersalinan kostum hitam mirip Melly. Malah penyanyi Vidi Aldiano turut memuat naik sebuah video yang memperlihatkan Bubah berperlakuan seperti pelantun Jika itu.

Susulan daripada itu, Melly bertegas menganggap tindakan Bubah itu tidak ubah seperti membulinya. Bagaimanapun tidak lama kemudian Melly telah memadam posting tersebut.

Ekoran insiden itu, Bubah memuat naik permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagram beliau.

Kredit foto: Instagram Bubah Alfian

Sejak mula berhijab, Melly Goeslaw sering kali tampil dengan imej yang cukup kreatif, unik dan bergaya hingga mendorong orang lain meniru gaya beliau.  Akan tetapi ia menjadi sesuatu isu lain pula apabila dijadikan tema kostum.

Semoga insiden ini menjadi pengajaran pada semua kerana apabila melibatkan imej seseorang ia dikira kurang peka dan tidak sensitif. - CARI 
1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 1-11-2019 11:40 AM
Dah pakai pelik2, memang la orang buat pelik2 juga. Ramai minat dia ni, suara dia tak best, meols tak minat, lagu pun kureng, belum dapat memikat halwa telinga meols, cam seram ja muzik lagu jika tu
Quote Kurex 1-11-2019 11:50 AM
Tapi memang seram pun dia ni
Quote Artemesiaa 1-11-2019 12:12 PM
Diminat ler tu dia cuba tiru tengok macam The Rock relax je orang tiru gayanya tu untuk Halloween
Quote imransulaiman 1-11-2019 01:06 PM
Ellen tiap-tiap tahun tiru gaya selebriti...relax je dorang {:thief
Quote inspiro92 1-11-2019 01:58 PM
Sape brani tiru gaya hajjah lofa?
Quote jula7 1-11-2019 02:04 PM
ala..saja jah nak naik nama balik
Quote Perawankota 1-11-2019 02:09 PM
Relax lah kakak... Positive je k
Quote Orix 1-11-2019 02:26 PM
Lorhhhh psl tu jek pn sentap mbak melly. ?? Tp lagu mbak melly mmg best2 bangett
Quote greantea 1-11-2019 02:51 PM
dah imej ko pon merepek-repek. patut bangga taw. tgk lady gaga, rilek jek
Quote natrahn 1-11-2019 03:28 PM
greantea replied at 1-11-2019 02:51 PM
dah imej ko pon merepek-repek. patut bangga taw. tgk lady gaga, rilek jek

orang yg tiru jadi tak lawa...tu dia marah hehehe
Quote ikanmasin 1-11-2019 05:03 PM
utk dia sahaja ..org lain tak bole copy paste gituu
Quote aleesyasofia 1-11-2019 07:06 PM
imej ssuai ikut tema kan..
Quote Suchi 1-11-2019 10:39 PM
Artemesiaa replied at 1-11-2019 12:12 PM
Diminat ler tu dia cuba tiru tengok macam The Rock relax je orang tiru gayanya tu untuk Halloween

Lawak gila kevin tu tiru hahahahah
Quote Suchi 1-11-2019 10:40 PM
Btw iols tetungu2 thread himpunan pesen retis holiwood tahun ni suka tgk tau kostum ni halloween ni.
Quote mizzmimi 2-11-2019 01:04 AM
Selayaknyalah mbakk.. Selayaknya

Siapa je sanggup lilit tayar moto atas kepala? Ko sorang je kak.. Hadapp
Quote azimodin 2-11-2019 08:02 PM
Biasa la tu. Kim kardashian jadi elle woods, ciara jadi beyonce. Kenapa sentap benar mbak melly. Tau ngak kemarin vicha jadi bunda hetty kat maharaja lawak
Quote keknaih 3-11-2019 04:06 PM
emangnya mbak hari2 mengayakan kostum halloween  
Quote royaldanish 5-11-2019 11:05 AM
inspiro92 replied at 1-11-2019 05:58 AM
Sape brani tiru gaya hajjah lofa?

jahlop tak payah tunggu halloween pun ramai yang tiru
Quote mieymiey 5-11-2019 05:07 PM
Lho patut bangga kok mbak. Maksudnya orang itu menjadikan lho inspirasinya dia. Gitoh!

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054154 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top