Kredit foto: Instagram Melly Goeslow
Umum mengetahui, tanggal 31 Oktober setiap tahun, ramai orang menyambut perayaan Halloween di seluruh dunia.
Perayaan ini menampilkan pelbagai jenis kostum yang kreatif dan menakutkan malah menyeronokkan bagi individu yang menyambutnya namun bagi Melly Goeslow ia adalah sebaliknya.
Melly berasa marah dan meluahkan rasa kecewanya menerusi laman Instagram apabila imejnya dijadikan sebagai tema kostum dan bahan ejekan di sebuah parti Halloween.
Jurusolek Bubah Alfian menggayakan sepersalinan kostum hitam mirip Melly. Malah penyanyi Vidi Aldiano turut memuat naik sebuah video yang memperlihatkan Bubah berperlakuan seperti pelantun Jika itu.
Susulan daripada itu, Melly bertegas menganggap tindakan Bubah itu tidak ubah seperti membulinya. Bagaimanapun tidak lama kemudian Melly telah memadam posting tersebut.
Ekoran insiden itu, Bubah memuat naik permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagram beliau.
Kredit foto: Instagram Bubah Alfian
Sejak mula berhijab, Melly Goeslaw sering kali tampil dengan imej yang cukup kreatif, unik dan bergaya hingga mendorong orang lain meniru gaya beliau. Akan tetapi ia menjadi sesuatu isu lain pula apabila dijadikan tema kostum.
Semoga insiden ini menjadi pengajaran pada semua kerana apabila melibatkan imej seseorang ia dikira kurang peka dan tidak sensitif. - CARI
|