CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Model Kanak-Kanak, Ella Gross Belanja Ribuan Ringgit Untuk Produk Kecantikan Bagi Wajahnya!

16-9-2019 07:34 PM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 12177| Komen: 84|Original author: Myeonir

Description: Mesti semua dah tahu tentang model cilik dari Korea yang sangat popular dengan kecantikannya sehingga mampu menjadi muka untuk jenama terkenal seperti GAP dan Levi's.Punyalah terkenal Ella Gross ini s ...
Mesti semua dah tahu tentang model cilik dari Korea yang sangat popular dengan kecantikannya sehingga mampu menjadi muka untuk jenama terkenal seperti GAP dan Levi's.

Punyalah terkenal Ella Gross ini sehingga pengikut Instagramnya mencecah 3.5 juta orang! Baru berusia 11 tahun tapi dah kecap populariti yang sangat besar.


Kredit foto: Blog
Kulit wajahnya yang cantik itu memang sentiasa menjadi sebutan netizen. Genetik kacukan darah Korea-Amerika itu satu hal, mesti ada rahsia lain kan?

Baru-baru ini, Ella telah berkongsi rutin penjagaan wajah hariannya. Tapi yang mengejutkan netizen adalah produk kecantikan yang digunakannya.

Rupanya, Ella menggunakan produk kecantikan berjenama iaitu La Mer di mana ada sesetengah produknya mencecah harga ribuan ringgit. Wow!


Kredit foto: Twitter
Melihatkan harga produk kecantikan tersebut, kebanyakan netizen merasa terkejut kerana kanak-kanak itu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kecantikan wajahnya.

Tak kurang juga yang keliru dan tertanya-tanya perlukah kanak-kanak sekecil Ella memakai produk kecantikan yang banyak.

Kredit foto: Twitter
Menurut sumber dari Twitter, Ella sebenarnya duta kepada La Mer untuk kempen selamatkan laut. Jadi, mungkin dia mendapat sponsor daripada jenama tersebut.

Kredit foto: Twitter
Untunglah cantik, dapat sponsor. Kalau kita kena tunggu Watsons buat sales baru mampu beli! -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 16-9-2019 07:44 PM
bkn ke korea ni cpt trigger ke kalau hak asasi kanak2 dh tergugat ke? hr tu budak ni gak kene kecam pasal iklan baskin robin.. yg ni xde ke  netz korea pertikaikan? 11 years old kene pakai skincare dh serius??
Quote Cicisweets 16-9-2019 08:14 PM
Budak boleh pakai ke la mer tu?
Quote Carcosa 16-9-2019 08:29 PM
Cantiknya kau dikkk  {:childlike  {:childlike  {:childlike
Quote bellaa 16-9-2019 08:31 PM
Meh la sedekah 1 la mer kat akak ni. Akak pakai skincare drugstore je dik belas2 ringgit punye
Quote aku_best 16-9-2019 08:31 PM
Produk timbang kilo acik2 malaysia pon x  leh lawan ngan adik nih...
Quote sfrnna 16-9-2019 08:48 PM
Mmg cantik budaknya. Tp sian pulak kecik2 dah kena pakai benda2 org dewasa pakai.
Quote Skuau 16-9-2019 08:49 PM
aku_best replied at 16-9-2019 08:31 PM
Produk timbang kilo acik2 malaysia pon x  leh lawan ngan adik nih...

sendiri pakai la mer...jual kek ore yg timbang kilo...bijak...bijak.kihkihkih.....
Quote Iema5008 16-9-2019 08:56 PM
idakamaruddin replied at 16-9-2019 07:44 PM
bkn ke korea ni cpt trigger ke kalau hak asasi kanak2 dh tergugat ke? hr tu budak ni gak kene kecam  ...

Budak2 korea p sekolah siap dengan make up bagai. So bg depa xdak issue lansung...
Quote sukacactus 16-9-2019 09:05 PM
Skincare mahal murah xkisah la asal sesuai dgn kulit sdr.
Yg penting skincare tu selamat ada lab test semua
So kalau xmampu la mer, pakai drugstore products pun ok
Quote cHimo 16-9-2019 09:09 PM
Yang penting bukan timbang kilo. Produk murahan jual harga yahudi. Tapi tetap ada yang beli demi nak dapatkan kulit putih yang nampak sangat tak natural
Quote hasniey 16-9-2019 09:09 PM
idakamaruddin replied at 16-9-2019 07:44 PM
bkn ke korea ni cpt trigger ke kalau hak asasi kanak2 dh tergugat ke? hr tu budak ni gak kene kecam  ...

Xde maknanye.minoriti jah
Majoriti sekolah rendah lg dh ada set makeup sendiri.
Naik sekolah menengah kang buat surgery mata
Yg jd isu harga makeup dia je
Quote MeghanK 16-9-2019 09:11 PM
kecik2 pakai la mer..sian ko dik tua sebelum usia
Quote MeghanK 16-9-2019 09:14 PM
act dekat tv / socmed je nampak kulit dorang cantik
hakikat nya tak seindah yang digambarkan..kelig meols 2,3 orang korean so boleh compare
Quote cupu 16-9-2019 09:37 PM
Knp la mer ni mahal sgt..serius aku br tau...hahahha...buat ngan apa tu..
Quote epis 16-9-2019 09:51 PM
Mahalnyaa la mer ni... ni yg chef wan pakai kan? Pernah dia tunjuk kt instagram...
Quote allysumc 16-9-2019 09:55 PM
Seriuslah rega lamer ni sampai 10k? Tau brand mahal. Ingatkan rega ratus2 jer
Quote dani-rox 16-9-2019 09:56 PM
untunglah ko, nakk... mampu pakai set la mer. acik cuma mampu basuh muka dgn air bilasan beras jah.
Quote MissCarcosa9753 16-9-2019 09:58 PM
Wow sama taraf dgn hanis haizi
Quote Asdan 16-9-2019 10:00 PM

budak ber makeup, budak ber tudung, serupa aja,

bezanya makeup nampak lebih style & happy, betul tak?

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.150079 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top