CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kenapa Kahwin Lain, Salah Saya Kah?"- Jawapan Berhikmah Bekas Suami Kepada Bekas Isteri

31-7-2019 04:19 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 11137| Komen: 40|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Masa Boleh Menyembuh
Banyak sangat kes cerai berai yang kita dengar kebelakangan ini. Macam-macam puncanya, selalunya disebabkan orang ketiga, curang, duit dan pelbagai lagi. 


Nak memulihkan hati yang sakit kerana perceraian itu bukan mudah. Ambil masa bertahun, ada yang langsung tak berbaik sampai ke tua. 

Tetapi, kisah diceritakan seorang pengguna Twitter ini menyentuh perasaan. 

Dia menulis tentang kisah ibu bapanya yang berpisah. Selepas bercerai, ayahnya kahwin lain. Ibunya pula membujang selama 10 tahun sebelum berjumpa lelaki lain yang buka hatinya untuk berkahwin sekali lagi. 

Salah saya kah? Foto: Twitter


Tetapi, sebelum si ibu berkahwin, dia menghubungi bekas suaminya untuk bertanyakan soalan paling penting: "Sebab salah sayakah, awak berkahwin lain selepas kita bercerai?"

Sebabnya kalau betul salah si ibu sehingga perceraian berlaku, dia mahu mengubah sikapnya supaya perkahwinan kedua itu berpanjangan. 

Jawapan penuh hikmah bekas suami. Foto: Twitter

Dan jawapan bekas suaminya penuh hikmah: "Jika saya boleh putar balik masa, saya tak akan buat silap seperti yang saya buat."

"Bukan salah awak. Sebab saya kahwin lain sebab ketika kita berkahwin saya biarkan orang luar masuk campur rumah tangga kita sampai saya buat silap. Saya harap awak bahagia kali ini dan jangan biarkan orang luar masuk campur perkahwinan awak." 

Kisah itu mendapat pujian netizen, yang menyifatkan sukar sebenarnya hendak memaafkan bekas pasangan, lebih-lebih lagi kalau perpisahan berakhir kerana orang ketiga masuk campur. Semuanya kehendak Allah. 


Ada juga yang mengharapkan ibu bapa mereka yang berpisah berbuat perkara sama. Saling memaafkan. 

Ada yang mengharapkan ibu bapa mereka juga ketepikan ego. Foto: Twitter

Orang kata masa boleh menyembuh kan? Semoga mereka berbahagia. - CARI 


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redvelvet3 31-7-2019 04:35 PM
Wlaupun dah berpisah tetap masih boleh berkawan demi anak2....
Quote Pink_Purple 31-7-2019 04:37 PM
dah berpisah xpayah tanya salah siapa...move on je,,past is past..

orang lain perangai situasi lain..xsama..
Quote Ferr_Remy 31-7-2019 04:41 PM
Citer2 bdk twitter ni, 10% je blh caya. 90% add on sbb btk likes. Hahaha. Nak kasi viral punya pasal.
Quote rayriff 31-7-2019 04:44 PM
Ferr_Remy: Citer2 bdk twitter ni, 10% je blh caya. 90% add on sbb btk likes. Hahaha. Nak kasi viral punya pasal.



ala yeke baru nak touched. {:childlike
Quote awanysss 31-7-2019 04:48 PM
mcm sedih lak baca.
Quote becir 31-7-2019 05:01 PM
Few years ago, Ada budak mat saleh ni tweet gambar jambangan Bunga bapak dia hantar kat mak dia on the day their divorce was finalized. dekat card Tu, Bapak dia tulis "it was always you"

Tak tau kenapa I sedih gila bila baca..sampai berharap parents dia get together balik. Haish....
Quote gummygummy 31-7-2019 05:06 PM
sedihnya baca ni emm
Quote KIM.K 31-7-2019 05:10 PM
True. Nak menyesal dah terlambat. Biasa lelaki 50an lepas kawin lain tak bercerai dah even unhappy
Tak mampu duduk sendirian. Hadap sampai habis
Quote Meiizu 31-7-2019 05:43 PM
ehhh bebudak twitterr ni... mak tiri ko dah serang ko balik tak??? ke tengah amukan kat bapakkk?
Quote eyansss 31-7-2019 05:50 PM
kita  cuba amek kes ni as if betul la ye...

memang dugaan rumahtangga datang dari outsider...  but to blame the outsider tu salah...  salahkan diri sendiri sebab membenarkan outsider menghuruharakan rumahtangga...  kalau kita stand strong, datang la 50 outsider, boleh ditepis cenggitu aje...

rumahtangga akan bertahan kalau pasangan saling mempertahankan pasangan dan kuat untuk pasangannya...
Quote ainashiqa 31-7-2019 05:55 PM
Aku sokong sgt apa kau ckp.. {:good
Quote setori_mori 31-7-2019 06:27 PM
So yang discuss dekat twitter tu dah kawin ke belom
Quote mbhcsf 31-7-2019 06:40 PM
Edited by mbhcsf at 31-7-2019 06:42 PM

life has its own purpose as dictated by Allah SWT. Life is infact a form of debt paid through total submission to Allah Azza Wajalla.

and...

life is not even a gamble so don't get into this misconception commonly held in the vault of our subconscious that  something happens all at random , mana ada begitu.


so, to have this kind of humility , pushing aside  the ego from both  man and  lady at this very intimate, humbling, selfless conversation would tell you that probably insya ALLAH -  this is the kind of mature , wise , wisdom characters  finally acquired through the passage of  time finally and beautifully articulated at the end , at the most appropriate appointed time...

lesson learnt.

and what  you have gotten are two kind souls, who have learnt about patience and sabr and forgiveness. selalunya begitu, kan?

bless them.

selamat membina semula masjid daripada puin puin  kekecewaan lalu dan barkah hikmah pengalaman lepas.

mahal hikmah tu.




Quote salmon-suki 31-7-2019 07:07 PM
Aiolzs rasa annoyed dgn komen y pakai dp pmpuan tu..english dah ler berterabur..guna bm je xleh ke?"gon,gon"...acah urban much?

Lagi satu aiolzs tak suka bila dia ckp marriage is a gamble...hmmm..ntah ler..pd aiolzs,kawin tu adalah satu penyatuan dan kenalah saling melengkapi..jgn anggap marriage tu mcm satu perjudian,menang,menanglah..kalau kalah,kalahlah..apa pny pemikiran gitu?hmm..
Quote caritegar 31-7-2019 07:29 PM
Same like what happened to my marriage before this.. semua starting from letting outsider intrude our marriage..lepas tu berkecai macam tu saja...dan anak masih kecik
Quote Foxey 31-7-2019 07:52 PM
Life is a gamble? No, i don't think so
Quote mbhcsf 31-7-2019 08:36 PM
salmon-suki replied at 31-7-2019 07:07 PM
Aiolzs rasa annoyed dgn komen y pakai dp pmpuan tu..english dah ler berterabur..guna bm je xleh ke?" ...

yups, mana ada gamble , bila gamble tu kita macam associate secara misalan ia macam judi sedangkan judi tu adalah elemen haram dan meletakkan seolah olah ALLAH tu macam sesaje je nak uji tanpa apa apa hikmah sedagkan zalim itu sifat mustahil bagi Allah.

sebab tu i pun tak berkenan bila dikatakan ia gamble gamble

mana pi konsep qada qadr dan choices...

tu lahtu ...

ini menyebabkan seseorang tak dapat closure atau rconcile dengan bitter experience kalau asyik dok ingat gambel gamble gitu


Quote salmon-suki 31-7-2019 08:44 PM
mbhcsf replied at 31-7-2019 08:36 PM
yups, mana ada gamble , bila gamble tu kita macam associate secara misalan ia macam judi sedangkan ...

Level bbnu twidderland sis...tgk drama matsalehssss sebut gamble,gamble,semua bnde pun dia nak "gamble" kan...that's why citer2 kt twidder ni baca boleh,percaya tu jgn sepenuhnya..

Tipikal manusia acah2 urban dan westernzzzzzz
Quote evlinne 31-7-2019 10:28 PM
salmon-suki replied at 31-7-2019 07:07 PM
Aiolzs rasa annoyed dgn komen y pakai dp pmpuan tu..english dah ler berterabur..guna bm je xleh ke?" ...

Cubaan nak nampak urban and join the bandwagon tapi tulis terabur, point kelaut. Eh babi betul budak yg menaip tu. Rengsa betul iols

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.508203 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top