CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bil Elektrik Punya Pasal, Lelaki Maut Ditetak Abang

29-7-2019 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2856| Komen: 8

Description: Tindakan lelaki memukul abangnya kerana bercakap kasar dengan ibu mereka membawa maut apabila dia ditetak lelaki berusia 37 tahun itu.
Tindakan lelaki memukul abangnya kerana bercakap kasar dengan ibu mereka membawa maut apabila dia ditetak lelaki berusia 37 tahun itu.

Lapor Sinar Harian, mangsa berusia 35 tahun itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di kaki lima hadapan kedai makan keluarganya di Pantai Remis, kira-kira jam 11.40 malam, semalam.


Difahamkan, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan ibu mereka mengenai bil elektrik kedai makan yang tertunggak.


Gambar Hiasan

"Mangsa yang terdengar percakapan kasar terhadap ibunya terus datang dan memukul abangnya yang ketika itu sedang mengemas dapur kedai dengan senjata tajam," kata Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman.

Tambahnya, mangsa yang juga pembantu kedai berkenaan kemudian melarikan diri ke bahagian luar sebelum ditemui terbaring dalam keadaan kepala berlumuran darah.


"Pemeriksaan lanjut menemui kesan kecederaan di kepala mangsa dipercayai kesan tikaman," ujarnya.

Katanya lagi, mangsa masih dalam keadaan separa sedar ketika anggota polis tiba di lokasi, namun tidak lama kemudian dia dikatakan kaku dan tidak bergerak.

Mangsa kemudian disahkan pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan telah meninggal dunia.

Tambah Muhammad Hanif, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, suspek dilaporkan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 29-7-2019 03:05 PM
abang tak guna...mesti gune duit letrik tuh beli dadah....org waras mn nk bunuh adik sendrik
Quote palmolive 29-7-2019 03:09 PM
melayu, cina or indiaee?
Quote ketambangkang 29-7-2019 03:30 PM
panas la hati dia tgk mak dia kena tengking ngn si abg
Quote Voyagers 29-7-2019 03:39 PM
palmolive replied at 29-7-2019 03:09 PM
melayu, cina or indiaee?

melayu
dalam berita lain ada sebut nama
Quote kualibesi 29-7-2019 06:00 PM
Iolls ad kenal jgk seko perangai mcm mamat sakai ni. Engko yg duduk; bil api smpi beratus, xmo bayar bila mak ngkoo suruh byr. Ko mrh plk org tua. Menjawab biar plk duduk dlm gelap. Ptut laaaaaaaaaa bini anak lari
Quote dubuk 29-7-2019 09:09 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote sarahmirza 30-7-2019 06:26 AM
Kenapa la anak yang membela mak yang mati dulu....
Quote suatumasa 31-7-2019 05:04 PM
Sian anaknya....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.100231 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top