View: 2110|Reply: 8
|
Bil Elektrik Punya Pasal, Lelaki Maut Ditetak Abang
[Copy link]
|
|
Tindakan lelaki memukul abangnya kerana bercakap kasar dengan ibu mereka membawa maut apabila dia ditetak lelaki berusia 37 tahun itu.
Lapor Sinar Harian, mangsa berusia 35 tahun itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di kaki lima hadapan kedai makan keluarganya di Pantai Remis, kira-kira jam 11.40 malam, semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan ibu mereka mengenai bil elektrik kedai makan yang tertunggak.
Gambar Hiasan
"Mangsa yang terdengar percakapan kasar terhadap ibunya terus datang dan memukul abangnya yang ketika itu sedang mengemas dapur kedai dengan senjata tajam," kata Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman.
Tambahnya, mangsa yang juga pembantu kedai berkenaan kemudian melarikan diri ke bahagian luar sebelum ditemui terbaring dalam keadaan kepala berlumuran darah.
"emeriksaan lanjut menemui kesan kecederaan di kepala mangsa dipercayai kesan tikaman," ujarnya.
Katanya lagi, mangsa masih dalam keadaan separa sedar ketika anggota polis tiba di lokasi, namun tidak lama kemudian dia dikatakan kaku dan tidak bergerak.
Mangsa kemudian disahkan pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan telah meninggal dunia.
Tambah Muhammad Hanif, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, suspek dilaporkan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
abang tak guna...mesti gune duit letrik tuh beli dadah....org waras mn nk bunuh adik sendrik |
|
|
|
|
|
|
|
panas la hati dia tgk mak dia kena tengking ngn si abg |
|
|
|
|
|
|
|
palmolive replied at 29-7-2019 03:09 PM
melayu, cina or indiaee?
melayu
dalam berita lain ada sebut nama |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls ad kenal jgk seko perangai mcm mamat sakai ni. Engko yg duduk; bil api smpi beratus, xmo bayar bila mak ngkoo suruh byr. Ko mrh plk org tua. Menjawab biar plk duduk dlm gelap. Ptut laaaaaaaaaa bini anak lari |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la anak yang membela mak yang mati dulu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|