CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Saya Mahu Malaysia Jadi Pilihan Nombor 1 - Syed Saddiq

30-4-2019 02:20 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2432| Komen: 13|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Tetap pertahankan keputusan anjur konsert BTS.
Banyak pihak membantah penganjuran konsert BTS sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 seperti diumumkan Syed Saddiq baru-baru ini. Kredit foto: Carian Google


Walaupun dikecam banyak pihak, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap tidak berganjak daripada keputusan menjemput kumpulan k-pop, Bangtan Boys atau BTS untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Memetik status dalam laman Facebook beliau pada 26 April, langkah itu diyakini mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama penganjuran konsert artis luar negara dan persidangan antarabangsa.

Syed Saddiq berkata, dana yang diperolehi hasil jualan tiket konsert artis antarabangsa seterusnya akan digunakan untuk menampung kos penyelenggaraan kemudahan sukan di Malaysia.

Jelasnya, negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Korea Selatan, Indonesia dan Jepun turut menjemput artis-artis asing untuk membuat persembahan.


Kredit foto: Facebook
Syed Saddiq turut memaparkan rumusan kajian yang menerangkan tentang kesan penganjuran acara-acara persembahan muzik secara langsung di Malaysia, United Kingdom dan Korea Selatan bagi menyokong keputusannya itu.

Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook

Walau bagaimanapun, pandangan Syed Saddiq itu ditempelak oleh para netizen yang mengingatkan bahawa usaha membawa artis asing untuk mengadakan persembahan di negara ini bukan tugas menteri Kabinet.

Mereka juga mahu Syed Saddiq memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas hakiki sebagai Menteri Belia dan Sukan yang sepatutnya berusaha memajukan pembangunan belia dan sukan di negara ini.

Kredit foto: Facebook
Nampaknya Syed Saddiq seperti lari daripada topik sebab yang dipertikaikan adalah mengapa artis luar yang dijemput membuat konsert sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 30-4-2019 02:23 PM
hebat debat die nih haha
Quote umbut 30-4-2019 02:30 PM
Biarlah bts datang.. dengki lah
Kita multiracial.. takkan nak tgk awie yg cina india
Nak BTS
Quote CharlesDera 30-4-2019 02:39 PM
saya nampak yang komen2 tu lebih ceredik daripada syed soddoq yang rajin tunjuk pandai ni....wakakakkakakakakkaakkakaka

tak serik ka syed soddoq...wakakakakakakakakakakakakkaka

south korea support music industry? of course la.. depa pun dah banyak generate graduates....tapi tak boleh provide jobs untuk depa......terpaksa la guna industri hiburan...muka senget benget terpaksa pi renovate.....tu la..pi south korea setakat nak isi gambaq dalam instagram.....belajaq bahasa korea sebab nak berlagak..bukan nak sembang dengan orang2 korea tu tanya ceghita negara depa....wakakakakakaka

united kondom tu pun sama la...negara penuh dengan immigran...anak bangsa depa yang pucat2 tu sampai tak dak kereja....sampai ada yang terpaksa jadi youtuber...hangpa dok hingaq bigo la tik tok la..kat sana dah lama dah depa terjebak dengan sex cam nak buat duit....sebab tu depa2 yang berlagak cakap english accent mai belajaq dari sana pindah mai balik kampung sini....sebab kat sana pun depa tak dapat kereja....ini la ceghita sebenaq....tu yang mai Malaysia konon jadi cikgu tuisyen tu laih2 pi cabui anak2 rentung...buat naya oghang ja pucat2 tu...wakaakakakakakakakaka

beza dia hang case study tu tak relevan dengan projek mengimport celeb2 luaq ni...estimated jobs tu pun hanya tinggai estimation dan projection.....tapi baguih effort syed soddoq ni dalam temberang.....malangnya tak semua dia boleh temberang....wakakakakakakkakaakakaka
Quote EvieWanKenobi 30-4-2019 02:55 PM
what a crap!
Quote willow12 30-4-2019 03:02 PM
Ko letak la jawatan menteri n bagi kat org lain yg blh buat kerja. Ko jadi promoter konsert je la
Quote CiliPadiSedap 30-4-2019 03:02 PM
ok xlama lagi ada kerabat bertanding tempat YB jangan lari pula ye?
Quote RatuDunia94 30-4-2019 04:46 PM
Next...
Bawa pertandingan Miss Universe ke Malaysia please!!!
Quote najib888 30-4-2019 05:40 PM
Kalau la dajei dah kluaq, sure dia invite dengan hati terbuka...
Dajei mai bukan bawak tangan kosong..siap bagi duit berbukit2..emas berlambak2...
Bukan setakat negara ja bleh jadi kaya, dengan orang2 yang mai sekali kaya..
Quote meisapoya 30-4-2019 06:57 PM
Banyak lagi ko boleh improve. Pulau2 tu, ko buat la penambahan corals segala bagai. Ni gi pulau, coral tak lawa mana.. taman laut hampeh, coral mati je banyak.

Bandar pulak, hampeh. Bangunan lama2 kat bandar tu, jaga la elok2. Ni terbiar buruk. Revive balik mcm penang buat, phuket buat kat bandar lama dia tu. Ni sikit je contoh i bagi...

I bukan anti konsert, tapi statement ko pasal konsert tu bodoh sangat. Mcm la konsert satu tu je yang boleh attract pelancong. Kalau gitu, sepanjang tahun lah ko anjur konsert jemput retis international.
Quote airmineral 30-4-2019 07:14 PM
I sokong je kalau msia ni jadi pilihan utk benda2 baik dan perkara elok2
Tapi jgn la jadi no 1 utk benda2 xelok
Quote HannahMontana 30-4-2019 09:37 PM
RatuDunia94 replied at 30-4-2019 04:46 PM
Next...
Bawa pertandingan Miss Universe ke Malaysia please!!!

Aku setuju

aku nak wakil Malaysia .
Quote olaklempit 30-4-2019 09:52 PM
Dah dekat setahun, apa yg menteri2 PH ni hasilkan? Macam kerja merasmikan projek2 BN dulu je...kalau rakde perasmian takdelah new product or output...
Quote green~tea 1-5-2019 08:45 AM
BTS best ok... ape barang siti gundu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060929 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top