CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Aku Kesian Tengok Nina Meraung Sakit" - Rupa-Rupanya Mizz Nina 6 Tahun Turun Naik Hospital

30-4-2019 12:05 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 30331| Komen: 140|Original author: Oleh: Azza

Description: Pasangan romantis Noh Salleh dan Mizz Nina antara suami isteri yang banyak berdakwah serta membuat amal kebajikan di dalam dan luar negara. Biarpun dari luaran mereka tampak pasangan bahagia, namun ru ...




Pasangan romantis Noh Salleh dan Mizz Nina antara suami isteri yang banyak berdakwah serta membuat amal kebajikan di dalam dan luar negara. Biarpun dari luaran mereka tampak pasangan bahagia, namun rumah tangga mereka yang dibina sejak 2011 ini tetap sunyi tanpa kehadiran cahayamata. Noh, vokalis band Hujan membongkar rahsia bahawa mereka sebenarnya pernah dan sedang membuat IVF (invitro fertilization) atau bayi tabung uji.

Noh menjelaskan yang dia melihat sendiri isterinya menahan kesakitan ketika prosedur IVF seperti mengambil telur hingga menjejaskan emosinya.

"Rupanya enam tahun turun naik hospital, IVF cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia,
hormon dia tak settle tiba-tiba emosi. All out weh. Sampai sekarang aku kesian."


Pengakuan ikhlas Noh ini membuatkan ramai netizen terpaku kerana tidak mengetahui kesukaran yang dialami oleh Nina semata-mata untuk mendapatkan anak.


Menurut Noh lagi, prosedur tersebut membuatkan Nina terpaksa menahan kesakitan dan perkataan yang disebut cumalah...

"This for Allah. I want to have baby. This is sunnah to have a child."


Kredit foto: Carian Internet

Malahan Noh turut menjelaskan yang mungkin mereka belum dikurniakan anak kerana Allah merasakan mereka belum bersedia seperti yang diceritakan kepada Zayan.

Netizen turut terkesima dengan kisah inspirasi ini lalu menyokong supaya Noh dan Mizz Nina sentiasa berdoa mendapatkan cahaya mata mereka satu hari nanti.

Kredit foto: IG



Ujian setiap orang memang berbeza-beza. Semoga Noh dan Nina akan dikurniakan cahayamata soleh apabila tiba masanya. - CARI 




Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote de_ikea 30-4-2019 12:07 PM
Ivf mmg bukan mudah. Iols tabik hormat tokt boleh buat sampai 5 kali.
Quote laksmanabentan 30-4-2019 12:07 PM
haah ada kawan aku cerita pun...
sakit sesangat process IVF tuh...
semoga dipermudahkan ya Nina & Noh
Quote munchkin 30-4-2019 12:21 PM
Sunnah je kot. Tak perlu seksa diri. Ada lagi sunnah lain yg boleh dibuat.

Apa pun aku harap media rentikanlah tanya soalan terencat akal bila nak ada anak  dia ingat buat anak pakai vending machine ke
Quote True-X 30-4-2019 12:24 PM
x payah la cakap nak anak kerana Allah....

kita mmg nak anak kan..
Quote DeeHanania 30-4-2019 12:24 PM

Semoga ada rezeki tuk anak&dipermudahkan urusan buat Nina&Noh
Aamiin
Quote menjad 30-4-2019 12:26 PM
Salute...  Mcm aku nih dah redho dah xder anak sendiri...  Cukuplah anak tiri yg ada nih... Tu pun cabaran besarrrrr nak galas.
Quote ninjago 30-4-2019 12:30 PM
bagus dorg nie..senyap2 je takyah kecoh2 kat org buat apa2..

mmg sakit, letih & emosi sepanjang buat ivf..i've seen how my aunt has suffered.

smoga Allah permudahkan jalan & memakbulkan doa2 mereka. amiiinnn. stay strong miss Nina!
Quote Minami2013 30-4-2019 12:33 PM
Moga Allah mudahkan dan sampaikan hajat Mizz Nina....
Quote qusairy 30-4-2019 12:33 PM
InsyaAllah niat dan berserah kepada Allah yg penting jgn putus asa miss nina and noh, yakin dgn Allah itu yg penting.

Tok t pun amik masa 11 tahun utk dptkan aafiyah, kena sabar, tawakal dan doa x putus. InsyaAllah.
Quote Atata 30-4-2019 12:37 PM
menjad replied at 30-4-2019 12:26 PM
Salute...  Mcm aku nih dah redho dah xder anak sendiri...  Cukuplah anak tiri yg ada nih... Tu pun c ...

Wowww... Salute
Quote xtahumenahu 30-4-2019 12:42 PM
Semoga ada rezeki anak untuk noh n nina
aaaminnn
Quote helicornia 30-4-2019 12:48 PM
tak tau pulak proses ivf tu sakit
Quote whadda 30-4-2019 12:54 PM
moga ade rezeki dikurniakan anak satu hari nanti.. iol tak suka bertanya kat kawan2 yg baru kawen setahun dua dah mengandung ke belum.. sebab pernah berada kat tempat diorang
Quote nazzse 30-4-2019 12:59 PM
helicornia replied at 30-4-2019 04:48 AM
tak tau pulak proses ivf tu sakit

Sangat sakit uols..tengoklah documentary ivf dkt utube..kita yg tgok ni boleh rasa sekali sengsaranya utk org yg buat treatment ni.. Bersyukur la yg senang dpt anak tu..
Quote jepp 30-4-2019 01:04 PM
kaka juga belum dikurnia anak. dah 10 tahun 5 hari kawen.
dah 2 kali miscarriage. doakan kaka juga ya..
Quote DandelionW 30-4-2019 01:25 PM
Laaa....kesiannya.tak tau pun ivf tu sakit prosesnya.ingatkan mcm proses papsmear.
Teringat pula baca benang kat CI tu yg dia 16x beranak dpt anak 38org.....subur tersangat la pula.
Quote nuralisa 30-4-2019 01:29 PM
semoga korang2 yang belum dikurniakan anak lagi ... teruskan berdoa dan berusaha..
insyallah adalah rezeki nnt...
Quote YomiuriLandMae 30-4-2019 01:30 PM
semoga dipermudahkan.. teruskan usaha tapi jangan sampai menyeksa diri..
Quote aemon 30-4-2019 01:34 PM
Kenapa aku tgk muka nina gmbr single tu mcm sayu je..

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.082570 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top