CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Itulah, Ceraikan Isteri Sebab Sibuk Sangat Kerja! Dah Sakit Baru Menyesal

16-4-2019 12:21 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 11377| Komen: 23|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Ceraikan Bini Kerana Sibuk Kerja, Lelaki Akhirnya Kesal Selepas Jatuh Sakit
Seorang lelaki, Khairul Hakimin Muhammad berkongsi cerita mengenai sahabatnya Shah (bukan nama sebenar) yang menceraikan isterinya kerana selalu sibuk keluar bekerja tetapi menyesal apabila beliau jatuh sakit dan hanya bekas isterinya yang menjaganya sepanjang ditahan di hospital.



Menurut Khairul lagi, Shah memintanya berkongsi cerita itu sebagai pengajaran kepada para lelaki untuk menghargai isteri masing-masing.


Kredit foto: Facebook


Kisah mereka bermula apabila Shah dan isterinya yang sudah memiliki tiga orang anak termasuk seorang bayi berumur 5 bulan memutuskan untuk bercerai.


Alasan yang diberikan oleh Shah ialah kerana kesibukan isterinya mengejar kejayaan dalam kerjaya sehingga sering keluar outstation hampir setiap minggu.


Kredit foto: Facebook


Ini menyebabkan Shah terpaksa menguruskan anak-anaknya sendiri tanpa isteri sepanjang masa. Memutuskan untuk menceraikan isterinya, Shah kemudian menghabiskan masa untuk dirinya di gimnasium dan mengubah penampilan dirinya.



Kredit foto: Facebook


Bagaimanapun, nasib Shah berubah apabila belliau tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan di wad hospital. Kerana keluarganya yang jauh, hanya bekas isterinya yang sanggup menjaga makan-minum Shah di hospital sehinggalah beliau kembali sembuh selepas dibedah.


Kredit foto: Facebook


Rupa-rupanya, bekas isterinya datang setiap pagi dan menjaga semua keperluan pakaian Shah di hospital. Malahan bekas isterinya juga kekal menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga Shah.


Kredit foto: Facebook



Khairul mengatakan sahabatnya Shah kembali rujuk dengan bekas isterinya. Kini, isterinya juga telah berhenti kerja dan memberikan tumpuan kepada suami dan keluarga. 


Shah menasihati semua para suami supaya menghargai isteri masing-masing dan tidak mencari pasal jika isteri keluar untuk mencari rezeki yang halal.


Kredit foto: Facebook



Ramai netizen yang membaca perkongsian itu berkata ianya sangat menginsafkan dan meruntun hati. 'Kebahagiaan itu ada di depan mata, sayangilah dia sepenuhnya' kata seorang pembaca.



Kredit foto: Facebook


Bagaimanapun ada netizen yang membacanya berpendapat lelaki itu (Shah) tidak berguna kerana mensia-siakan isterinya yang sanggup bekerja keras.


Kredit foto: Facebook


Ada pula yang mendoakan Shah akan kembali sembuh sepenuhnya dan perkahwinan mereka kembali bahagia.


Diharap perkongsian Khairul mengenai sahabatnya Shah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 16-4-2019 12:33 PM
haaa... ni berbau hasanah..
gambar sapa entah dia cedok
Quote imransulaiman 16-4-2019 12:33 PM
*mencuba untuk mempercayai kisah ini bukan hasanah versi lelaki*

{:thief{:thief{:thief{:thief{:thief
Quote RatuDunia94 16-4-2019 12:56 PM
Khairul Hakimin ni sitizoners.. selalu nampak heols posting pasal siti.. heols juga ada terbitkan buku..

Zaman skrg ni kisah2 mcm ni ada yg betul.. ada yg hassanah.. kita ambil yg positif jah.. x perlu percaya bulat2.
Quote nazzse 16-4-2019 01:00 PM
Edited by nazzse at 16-4-2019 06:50 AM

Gambar gym tu FA kan? Gambar laki bini tu lah kot yg betulnya kalau bukan hasanah..
Tapi mamat ni banyak betul cerita dia..
Quote Kurex 16-4-2019 01:31 PM
Hasanahtul punya cerita ni
Quote matchstick 16-4-2019 01:33 PM
prettyuglybabe: haaa... ni berbau hasanah..gambar sapa entah dia cedok


Uols ni dh mcm 'hasanah' inspector kt CI ni lol
Quote Sang_Pencinta 16-4-2019 01:46 PM
Khairul ni memang kaki reka cerita ala Hassanah ke?
Quote fushimi 16-4-2019 02:29 PM
nazzse replied at 16-4-2019 01:00 PM
Gambar gym tu FA kan? Ganbar aki bini tu lah kot yg betulnya kalau bukan hasanah..
Tapi mamat ni ba ...

baru nak cakap pic gim tu pic FA
Quote ikanmasin 16-4-2019 03:26 PM
mcm cerita rekaan semata2.pic tu mcm biasa nampak tp kalau betul
lelaki tu mmg jenis pentingkan diri sendiri dah sakit tau jg cr bekas bini
tlg jaga..cuba kalau bekas bini tu yg sakit silap2 jenguk pun tak nak..
Quote rukia2 16-4-2019 04:14 PM
ikanmasin replied at 16-4-2019 03:26 PM
mcm cerita rekaan semata2.pic tu mcm biasa nampak tp kalau betul
lelaki tu mmg jenis pentingkan dir ...


Bukan pic bung fath ke?
Quote MarissaOberlin 16-4-2019 04:19 PM
Macam tak sama langsung je gambor gym dgn yang di hospital. Sejenis Hasanah jugak ke ni ?
Quote giyomi 16-4-2019 07:22 PM
tak tau nak komen, tp akak pon nak komen gaya hasanah, klu akak, akak kapok kan jew...dulu ko nak sgt ceraikan aku, sekarang bila ssh nak cari aku balik, bole blah.
Quote ikanmasin 16-4-2019 07:25 PM
rukia2 replied at 16-4-2019 04:14 PM
Bukan pic bung fath ke?

oh ye ke..tak ingat pl sis..
Quote ikanmasin 16-4-2019 07:26 PM
rukia2 replied at 16-4-2019 04:14 PM
Bukan pic bung fath ke?

oh ye ke sis..tak ingat tq bgt
Quote ikanmasin 16-4-2019 07:27 PM
rukia2 replied at 16-4-2019 04:14 PM
Bukan pic bung fath ke?

oh ye ke sis..tak ingat tq bgt..
Quote sfrnna 16-4-2019 08:34 PM
tgk pic macam x kena je.. ke ada tulis"sekadar gambar hiasan"?
Quote ArnabAtasBulan 17-4-2019 02:45 AM
baca cerita ni teringat lak mak saya pernah cerita pasal sorang yang dia kenal ni.
si suami dapat kekasih baru, ceraikan bini yang dah ade berapa orang anak dengan dia.
pastu beberapa tahun kemudian si laki tu jatuh sakit, terbaring kat wad, yang kekasih dia tu datang lawat dia bersama boyfren baru dia. lepas tuh diorang break la kot.
yang ex wife ni pulak setia dok jaga ex husband dia yang sakit. ex husband dia mintak maaf bnyk2 kat ex wife tu, katanya dia tak dapat menilai antara kaca dengan berlian.
pastu si ex husband siap cakap kat dia, bila dia sihat balik nak ajak kawen semula.
tapi hajat tak kesampaian, si lelaki tu meninggal.

mase ni zaman2 mak saya dulu2, jadi mungkin diorang kurang pendidikan agama la kot. zaman orang pakai tudung kurang, mak saya pon pakai mini skirt je dulu. hmm.. terpulanglah sape nak percaya,saya pon dengar dari orang lain je. nasib baik ayah saya bukan jenis macam ni.
Quote bazarayamy 17-4-2019 12:46 PM
tak ingat mana pernah terbaca... 'men always see the glimmers of gems around him but always failed to realized the more valuable treasure he possessed until someone else are willing to polish the jewel he forsaken.' lebih kurang macam tula...
Quote haryatie 17-4-2019 03:01 PM
da diceraikan biar je  staff hospital yg jaga
kut ada yg kesiannnn

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.227639 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top