View: 9738|Reply: 23
|
Itulah, Ceraikan Isteri Sebab Sibuk Sangat Kerja! Dah Sakit Baru Menyesal
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki, Khairul Hakimin Muhammad berkongsi cerita mengenai sahabatnya Shah (bukan nama sebenar) yang menceraikan isterinya kerana selalu sibuk keluar bekerja tetapi menyesal apabila beliau jatuh sakit dan hanya bekas isterinya yang menjaganya sepanjang ditahan di hospital.
Menurut Khairul lagi, Shah memintanya berkongsi cerita itu sebagai pengajaran kepada para lelaki untuk menghargai isteri masing-masing.
Kredit foto: Facebook
Kisah mereka bermula apabila Shah dan isterinya yang sudah memiliki tiga orang anak termasuk seorang bayi berumur 5 bulan memutuskan untuk bercerai.
Alasan yang diberikan oleh Shah ialah kerana kesibukan isterinya mengejar kejayaan dalam kerjaya sehingga sering keluar outstation hampir setiap minggu.
Kredit foto: Facebook
Ini menyebabkan Shah terpaksa menguruskan anak-anaknya sendiri tanpa isteri sepanjang masa. Memutuskan untuk menceraikan isterinya, Shah kemudian menghabiskan masa untuk dirinya di gimnasium dan mengubah penampilan dirinya.
Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun, nasib Shah berubah apabila belliau tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan di wad hospital. Kerana keluarganya yang jauh, hanya bekas isterinya yang sanggup menjaga makan-minum Shah di hospital sehinggalah beliau kembali sembuh selepas dibedah.
Kredit foto: Facebook
Rupa-rupanya, bekas isterinya datang setiap pagi dan menjaga semua keperluan pakaian Shah di hospital. Malahan bekas isterinya juga kekal menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga Shah.
Kredit foto: Facebook
Khairul mengatakan sahabatnya Shah kembali rujuk dengan bekas isterinya. Kini, isterinya juga telah berhenti kerja dan memberikan tumpuan kepada suami dan keluarga.
Shah menasihati semua para suami supaya menghargai isteri masing-masing dan tidak mencari pasal jika isteri keluar untuk mencari rezeki yang halal.
Kredit foto: Facebook
Ramai netizen yang membaca perkongsian itu berkata ianya sangat menginsafkan dan meruntun hati. 'Kebahagiaan itu ada di depan mata, sayangilah dia sepenuhnya' kata seorang pembaca.
Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun ada netizen yang membacanya berpendapat lelaki itu (Shah) tidak berguna kerana mensia-siakan isterinya yang sanggup bekerja keras.
Kredit foto: Facebook
Ada pula yang mendoakan Shah akan kembali sembuh sepenuhnya dan perkahwinan mereka kembali bahagia.
Diharap perkongsian Khairul mengenai sahabatnya Shah ini menjadi pengajaran kepada kita semua. |
|
|
|
|
|
|
|
haaa... ni berbau hasanah..
gambar sapa entah dia cedok |
|
|
|
|
|
|
|
*mencuba untuk mempercayai kisah ini bukan hasanah versi lelaki*
{:thief{:thief{:thief{:thief{:thief |
|
|
|
|
|
|
|
Khairul Hakimin ni sitizoners.. selalu nampak heols posting pasal siti.. heols juga ada terbitkan buku..
Zaman skrg ni kisah2 mcm ni ada yg betul.. ada yg hassanah.. kita ambil yg positif jah.. x perlu percaya bulat2. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nazzse at 16-4-2019 06:50 AM
Gambar gym tu FA kan? Gambar laki bini tu lah kot yg betulnya kalau bukan hasanah..
Tapi mamat ni banyak betul cerita dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hasanahtul punya cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe: haaa... ni berbau hasanah..gambar sapa entah dia cedok
Uols ni dh mcm 'hasanah' inspector kt CI ni lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-4-2019 01:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Khairul ni memang kaki reka cerita ala Hassanah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak cakap pic gim tu pic FA
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm cerita rekaan semata2.pic tu mcm biasa nampak tp kalau betul
lelaki tu mmg jenis pentingkan diri sendiri dah sakit tau jg cr bekas bini
tlg jaga..cuba kalau bekas bini tu yg sakit silap2 jenguk pun tak nak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ikanmasin replied at 16-4-2019 03:26 PM
mcm cerita rekaan semata2.pic tu mcm biasa nampak tp kalau betul
lelaki tu mmg jenis pentingkan dir ...
Bukan pic bung fath ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam tak sama langsung je gambor gym dgn yang di hospital. Sejenis Hasanah jugak ke ni ? |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau nak komen, tp akak pon nak komen gaya hasanah, klu akak, akak kapok kan jew...dulu ko nak sgt ceraikan aku, sekarang bila ssh nak cari aku balik, bole blah. |
|
|
|
|
|
|
|
oh ye ke..tak ingat pl sis..
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ye ke sis..tak ingat tq bgt
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ye ke sis..tak ingat tq bgt..
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk pic macam x kena je.. ke ada tulis"sekadar gambar hiasan"? |
|
|
|
|
|
|
|
baca cerita ni teringat lak mak saya pernah cerita pasal sorang yang dia kenal ni.
si suami dapat kekasih baru, ceraikan bini yang dah ade berapa orang anak dengan dia.
pastu beberapa tahun kemudian si laki tu jatuh sakit, terbaring kat wad, yang kekasih dia tu datang lawat dia bersama boyfren baru dia. lepas tuh diorang break la kot.
yang ex wife ni pulak setia dok jaga ex husband dia yang sakit. ex husband dia mintak maaf bnyk2 kat ex wife tu, katanya dia tak dapat menilai antara kaca dengan berlian.
pastu si ex husband siap cakap kat dia, bila dia sihat balik nak ajak kawen semula.
tapi hajat tak kesampaian, si lelaki tu meninggal.
mase ni zaman2 mak saya dulu2, jadi mungkin diorang kurang pendidikan agama la kot. zaman orang pakai tudung kurang, mak saya pon pakai mini skirt je dulu. hmm.. terpulanglah sape nak percaya,saya pon dengar dari orang lain je. nasib baik ayah saya bukan jenis macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ingat mana pernah terbaca... 'men always see the glimmers of gems around him but always failed to realized the more valuable treasure he possessed until someone else are willing to polish the jewel he forsaken.' lebih kurang macam tula... |
|
|
|
|
|
|
|
da diceraikan biar je staff hospital yg jaga
kut ada yg kesiannnn
|
|
|
|
|
|
|
| |
|