CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Syed Azmi Bincang Isu Budak 7 Tahun Ketagih Seks Dalam Analisis Di TV Alhijrah Jumaat Ini

8-3-2019 10:49 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6120| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Topik yang akan menjadi perbincangan bagi rancangan popular Analisis minggu ini adalah: Usia 7 Tahun Ketagih Seks, Salah Siapa?
Selepas isu doula dan suplemen yang menarik tontonan ramai, kini TV Alhijrah sekali lagi membicarakan sebuah topik yang dekat dengan hati masyarakat. 

Topik yang akan menjadi perbincangan bagi rancangan popular Analisis minggu ini adalah: Usia 7 Tahun Ketagih Seks, Salah Siapa?


Kredit foto: Facebook

Sememangnya topik yang agak sensitif, penerbit rancangan itu telah mengundang beberapa panel untuk mengupas dan memberikan pendapat mereka termasuk Prof Datuk Dr Harlina Siraj, seorang pakar O&G dan Pendidikan Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Syed Azmi Alhabsi, seorang aktivis sosial.



Kredit foto: Facebook

Kepakaran Dr Harlina sememangnya tidak boleh dinafikan lagi dengan pengalaman puluhan tahun dalam bidang perubatan. Beliau sering dijemput memberikan ceramah, pembentangan dan perkongsian dalam dunia akademik. 


Kredit foto: Facebook

Manakala, Syed Azmi pula adalah seorang aktivis sosial yang dikenali ramai di dunia Facebook. Mengintai setiap status di media sosialnya akan mengesahkan kesibukan beliau dalam kerja-kerja sosial terutamanya dalam memberikan bantuan kepada remaja dan kanak-kanak yang berdepan dengan isu kehamilan dan pengabaian. 


Kredit foto: Facebook

Difahamkan, panel yang ketiga belum diputuskan oleh penerbit rancangan. Seperti siaran sebelumnya, rancangan ini akan dihoskan oleh pembicara berwibawa, Syafinaz Yunus. Sudah semestinya gandingan panel yang berkeliber dan topik yang menarik masyarakat akan membuatkan rancangan ini sekali lagi bakal menjadi bualan.  


Analisis bersama Dr. Harlina dan Syed Azmi akan bersiaran Jumaat ini, 8 Mac, jam 10 malam di TV Alhijrah. - CARI
5

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 8-3-2019 10:57 AM
Wah.. Kembar ke baby yg dak laki tu pegang
Untung nye lah kamu anak
Quote Sang_Pencinta 8-3-2019 11:00 AM
Masih remaja lagi dah jadi bapa baby kembar
Quote vee_zara 8-3-2019 11:08 AM
I dah lama unfollow dia ni sbb everytime i baca posting dia i rasa mcm terlalu negatif dgn kehidupan. Sometimes mmg i elak baca crite walaupun based on reality but btul2 mempengaruhi mood sepanjng hari. Tak smpai hati nak baca n rasa tak nak tahu yg mmg ada org berperangai binatang kt anak sendiri.
Quote EvieWanKenobi 8-3-2019 11:27 AM
biar betul umur 7 tahun??
Quote Sang_Pencinta 8-3-2019 11:41 AM
Edited by Sang_Pencinta at 8-3-2019 08:40 PM
vee_zara replied at 8-3-2019 11:08 AM
I dah lama unfollow dia ni sbb everytime i baca posting dia i rasa mcm terlalu negatif dgn kehidupan ...

Truth hurts, sis
Quote duri_durians 8-3-2019 11:54 AM
vee_zara replied at 8-3-2019 11:08 AM
I dah lama unfollow dia ni sbb everytime i baca posting dia i rasa mcm terlalu negatif dgn kehidupan ...

bukan semua orang boleh bergelumang dgn "negativity" tersebut. kebanyakan manusia cuma kisah hal sendiri, tutup mata hati telinga pada realiti dan keburukan sekeliling. kebanyakan manusia tak cukup kuat mental, emosi, kudrat untuk mengakui, menghadapi apatah lagi untuk membantu memperbaiki keadaan.

tak salah pun jadi manusia.





Quote K_Lily 8-3-2019 12:32 PM
sedih sangat... dan menakutkan sangat
Quote vee_zara 8-3-2019 12:46 PM
duri_durians replied at 8-3-2019 11:54 AM
bukan semua orang boleh bergelumang dgn "negativity" tersebut. kebanyakan manusia cuma kisah hal s ...

Ya betul.. paling terkesan psl cerita dia yg cikgu sibuk tanya mana anak awak? Padahal budak tu dah tak ingat apa yg ayah dia dah buat n yg dia tu dah pernah mengandung n beranak. Bila kita letak diri kita kat tempat dia btul2 rasa nak meraung...
Quote Artemesiaa 8-3-2019 05:24 PM
Bukan cerita baru pun dah berpuluh tahun rasanya ada kes sebegini tapi sekarang lebih ramai tahu mengenainya bila adanya media social.  Sebelum ni selalunya keluarga akan rahsiakan dan membawa mereka2 yang terlibat berpindah ke tempat lain.
Quote alesandra 9-3-2019 09:05 PM
pastu bila kerajaan ada niat  adapt sikit2 sex education ada je mangkok2 ignorance otak lembu jadikan isu neh perkauman ,politik.
Quote pearl.silver 10-3-2019 12:02 AM
Xde org wat rumusan ke mcm topik2 sebelum ni..
Quote _nursha_ 10-3-2019 02:00 PM
setuju ngan forumer kat atas...cerita2 ni sebenarnya dr dulu lg dh ade, dah banyak.. cume bilanya dh ade media sosial ni, benda ni jd terbuka sikit....
and betul juga kata forumer , bila scroll fb syed azmi, terasa terlalu byk negatif dgn kehidupan, dan mempengaruhi mood, tp tulah , mujur ada org mcm dia sanggup nk tlg mereka2 ni...kalau x, xtaula apa nak jd....
nk harapkan diri sendiri menolong mcm dia, xtermampu...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.086817 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top