CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemas! Kanak-kanak Terjatuh Ke Dalam Sangkar Panda

12-2-2019 10:08 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3270| Komen: 15|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik menakutkan selepas terjatuh ke dalam kawasan pemeliharaan panda di Sichuan, China pada 9 Februari lalu.


Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik menakutkan selepas terjatuh ke dalam kawasan pemeliharaan panda di Sichuan, China pada 9 Februari lalu.

Memetik laporan South China Morning Post, kanak-kanak yang masih bersekolah rendah itu terjatuh kira-kira dua meter ke dalam parit yang mengelilingi Pusat Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu.

Rakaman video insiden tersebut menunjukkan seekor panda menghampiri kanak-kanak yang sedang menangis manakala orang ramai yang berada di sekitar lokasi berkenaan hanya mampu melihat apa yang berlaku.

Namun, dia bernasib baik panda berkenaan tidak memasuki parit dan menghampirinya.

Selepas gagal menarik keluar mangsa dengan menggunakan sebatang kayu panjang, seorang pengawal keselamatan bergayut pada pagar sebelum berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut.



Kredit foto: South China Morning Post

Sementara itu, seorang kakitangan pusat penyelidikan berkenaan mempertahankan langkah-langkah keselamatan yang diambil di sekitar kawasan habitat panda.

"Pagar yang dipasang adalah agak tinggi, jadi mustahil untuk terjatuh kecuali anda memanjatnya," katanya.



Walau bagaimanapun, berdasarkan rakaman video berkenaan, pagar setinggi semeter yang dipasang di lokasi kejadian kelihatan memiliki ruang mencukupi untuk dibolosi kanak-kanak bertubuh kecil.

Tidak diketahui bagaimana mangsa boleh terjatuh ke dalam kawasan pemeliharaan panda, namun dia dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walaupun panda sering dilihat sebagai haiwan yang comel dan manja, ia boleh bertindak agresif dan mengganas seperti beruang apabila dalam keadaan terancam. - CARI
10

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 12-2-2019 10:35 AM
naseb baik tak kojol ....
Quote prettyuglybabe 12-2-2019 10:37 AM
elok buat dinding kaca dari bawah tanah sampai ke langit kalau dah tau penduduk negara tu peghak mengalahkan sakai hutan.. sakai pun lagi behave dari orang china ni..
Quote nisako 12-2-2019 10:38 AM
adoi parent budak ni pun...............
Quote CiliPadiSedap 12-2-2019 10:47 AM
Jangan sampai kaum kaka kungfu panda. Nasib baik selamat
Quote Artemesiaa 12-2-2019 10:58 AM
Tak hairan benda macam ni boleh berlaku disana knowing macamana perangai mereka bila berkunjung ke tempat2 sebegitu.
Quote myakayina 12-2-2019 11:17 AM
nasib ada parit tu..klu takde..dah selamat kena keroyok dek panda budak tu...
Quote chinta89 12-2-2019 11:22 AM
kalau perangai batak.. mmg mcm ni. Org lain elok je x jatuh. tgk jauh2 x leh ke. ni kalau boleh nk duk plg depannn n mcm nk masuk dlm kandang dh kalau pegi tgk haiwan di zoo.
Quote None68 12-2-2019 11:31 AM
Cina dan sakai berpisah tiada..
Quote ipes2 12-2-2019 02:41 PM
''..mengganas seperti beruang..'' haha
Panda ni memang dari segi DNA nya adalah ''True Bear'', ie bukan species branch ke, species kacukan seperti a mule ke etc. Mereka nampak cute kerana colour mereka, padahal mereka, mcm beruang lain, memang akan attack manusia jika masuk territory mereka.
Quote hussaini4675 26-2-2019 10:52 AM
nisako replied at 12-2-2019 10:38 AM
adoi parent budak ni pun...............

budak tu ingat panda tu jinak macam dalam cerita kungfu panda kot
Quote hussaini4675 27-2-2019 10:09 AM
nisako replied at 12-2-2019 10:38 AM
adoi parent budak ni pun...............

mak bapak dia leka kot
Quote ninu 22-3-2019 03:19 PM
jangan lepas anak lagi2 tempat awam..kene elert
Quote dua_chzy 22-3-2019 03:24 PM
Patutnya biar ja mati. If behave well takda maknanya boleh jatuh dalam sangkar panda.
Quote ikanmasin 22-3-2019 03:53 PM
mcm mana lah bdk tu bole terjatuh kat situ..nsb baik takde apa2 jd
Quote akusukaq 22-3-2019 10:38 PM
nisako replied at 12-2-2019 10:38 AM
adoi parent budak ni pun...............

dia orang ni  selalu harap atuk nenek bawak cucu .mak bapak sebok cari duit.dah cucu pun satu je tentu tok nenek sayang gile

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.091492 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top