CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Sahut Cabaran Rakan. Lelaki Koma 420 Hari, Mati Selepas Telan Lintah

8-11-2018 11:52 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6160| Komen: 25|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Seorang lelaki dari Sydney, Australia mati akibat dijangkiti penyakit selepas menelan seekor lintah tanah kerana menyahut cabaran kawan-kawannya.

Seorang lelaki dari Sydney, Australia mati akibat dijangkiti penyakit selepas menelan seekor lintah tanah kerana menyahut cabaran kawan-kawannya.

Kredit foto: Inside Edition

Sam Ballard, 29,  disahkan meninggal Jumaat lalu selepas hampir 10 tahun bertarung nyawa kerana komplikasi daripada jangkitan penyakit yang berpunca daripada lintah tanah yang ditelannya. 


Menurut ahli keluarganya, kejadian pada 2010 itu bermula ketika Sam dan rakan-rakannya sedang duduk bersantai di sebuah taman. Mereka kemudiannya ternampak seekor lintah tanah sedang merayap, dan Sam telah menelannya selepas dicabar oleh kawan-kawannya.


Kredit foto: Sky News

Beberapa hari selepas kejadian itu, Sam mula mengalami kesakitan di kakinya. 


Pada mulanya keluarga Sam mengesyaki Sam mengidap multiple sclerosis, penyakit yang sama dideritai oleh ayahnya tetapi pemeriksaan doktor mengesahkan Sam mengidap penyakit lain.


Kredit foto: Buzzfeed

Susulan beberapa pemeriksaan lain, Sam kemudiannya disahkan dijangkiti rat lungworm, sejenis penyakit meningjitis yang dibawa oleh tikus, siput babi dan lintah. 


Kebanyakan menusia yang dijangkiti penyakit ini jarang menunjukkan sebarang simptom tetapi dalam kes Sam, kuman itu telah menyerang otak dan sarafnya. Sam kemudiannya koma selama 420 hari dan lumpuh akibat daripada jangkitan itu.


Kredit foto: Carian Google

Rawatan selama hampir 10 tahun hanya berjaya memulihkan sedikit pergerakannya dan akhirnya Jumaat lepas Sam menghembuskan nafasnya yang terakhir dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakannya.


Kredit foto: Sky News

Menurut laporan The Sun, kata-kata terakhir Sam kepada ibunya ialah 'I love you, mum'. -CARI

9

Bagus
28

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
21

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 8-11-2018 11:58 AM
Lamanya koma..lain kali agak2 la nk sahut cbrn pun..
Quote Artemesiaa 8-11-2018 12:03 PM
Sahut cabaran yang sia2 dapat penyakit hilang nyawa juga akhirnya
Quote Sang_Pencinta 8-11-2018 12:07 PM
Nak tunjuk jantan ke tu?
Quote EncikRhoma 8-11-2018 12:24 PM
takde orang nak komen cash ke? kalau orang malaysia, mesti dah ada komen cash
Quote tikusmontok 8-11-2018 12:28 PM
kawan2 dia yg cabar tu nyesal tak?
Quote Sang_Pencinta 8-11-2018 01:27 PM
tikusmontok replied at 8-11-2018 12:28 PM
kawan2 dia yg cabar tu nyesal tak?

Actually kalau baca news lain, dia , keluarga dan kawan2 dia tak menyesal langsung


Quote Modngengade 8-11-2018 01:42 PM
cash la kan..bodoh sgt ikut cabaran org...ujung2 kau mereput dlm tanah
Quote Sang_Pencinta 8-11-2018 01:52 PM
EncikRhoma replied at 8-11-2018 12:24 PM
takde orang nak komen cash ke? kalau orang malaysia, mesti dah ada komen cash

Yang biasa komen CASH tu belum masuk lagi
Masih awal nak bersangka baik


Tunggu sekejap lg

Quote chicozinn 8-11-2018 03:30 PM
hmm..mendapat la hai..aku dulu masa umo 8 thun pn penah sahut cabaran gi telan sampah pensil warna seb bek takde efek bila da besar ni..bila pkir2 balik ape ke bodo je trima cabaran camtu
Quote Sang_Pencinta 8-11-2018 03:37 PM
chicozinn replied at 8-11-2018 03:30 PM
hmm..mendapat la hai..aku dulu masa umo 8 thun pn penah sahut cabaran gi telan sampah pensil warna s ...

Lawaknya


Masah sek rendah saya pernah cabar anak jiran masukkan kepala dalam tin milo sederhana tapi kepala dia tak boleh keluarlah pulak!!!! Lol

Nasib baik bapak dia ada gunting besi
Quote Bujat 8-11-2018 03:41 PM
Selayaknya lah khuenn
Quote FailFish 8-11-2018 03:47 PM
ajal ni memang pelbagai
at least dia sempat la family
kalau mcm lion air tu habis terus
Quote orgsepang 8-11-2018 05:11 PM
Nampaknya mereka terima tragedi tu dengan hati terbuka
Quote Buritan 8-11-2018 05:24 PM
Sang_Pencinta replied at 8-11-2018 01:52 PM
Yang biasa komen CASH tu belum masuk lagi
Masih awal nak bersangka baik


Cash utk mulayu jah.. kata famri7
Quote cmf_premierleag 8-11-2018 05:37 PM
apa sedap bebenor ke telan lintah tu
Quote Jorja 8-11-2018 06:41 PM
Kuman pyakit ni semua punca utama dari tikus kan
Quote akimhajihim 8-11-2018 07:00 PM
Mula sekali diri tu yang bodoh kemudian si kawan yang bangang, membuat cabaran ntah apa-apa
Quote chicozinn 8-11-2018 10:06 PM
Sang_Pencinta replied at 8-11-2018 03:37 PM
Lawaknya



Besa la time bebudak dulu..lagi la bila kne cabar pastu dorang spesis suka main nama bapak..bila pkir2 menyesal lak tkot efek pape je t.
Quote moonbug 8-11-2018 10:12 PM
Teringat pada budak junior yg aku cabar minum Dynamo itu. Moga sihat-sihat aje hendaknya

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.396178 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top