Seorang lelaki dari Sydney, Australia mati akibat dijangkiti penyakit selepas menelan seekor lintah tanah kerana menyahut cabaran kawan-kawannya.
Kredit foto: Inside Edition
Sam Ballard, 29, disahkan meninggal Jumaat lalu selepas hampir 10 tahun bertarung nyawa kerana komplikasi daripada jangkitan penyakit yang berpunca daripada lintah tanah yang ditelannya.
Menurut ahli keluarganya, kejadian pada 2010 itu bermula ketika Sam dan rakan-rakannya sedang duduk bersantai di sebuah taman. Mereka kemudiannya ternampak seekor lintah tanah sedang merayap, dan Sam telah menelannya selepas dicabar oleh kawan-kawannya.
Kredit foto: Sky News
Beberapa hari selepas kejadian itu, Sam mula mengalami kesakitan di kakinya.
Pada mulanya keluarga Sam mengesyaki Sam mengidap multiple sclerosis, penyakit yang sama dideritai oleh ayahnya tetapi pemeriksaan doktor mengesahkan Sam mengidap penyakit lain.
Kredit foto: Buzzfeed
Susulan beberapa pemeriksaan lain, Sam kemudiannya disahkan dijangkiti rat lungworm, sejenis penyakit meningjitis yang dibawa oleh tikus, siput babi dan lintah.
Kebanyakan menusia yang dijangkiti penyakit ini jarang menunjukkan sebarang simptom tetapi dalam kes Sam, kuman itu telah menyerang otak dan sarafnya. Sam kemudiannya koma selama 420 hari dan lumpuh akibat daripada jangkitan itu.
Kredit foto: Carian Google
Rawatan selama hampir 10 tahun hanya berjaya memulihkan sedikit pergerakannya dan akhirnya Jumaat lepas Sam menghembuskan nafasnya yang terakhir dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakannya.
Kredit foto: Sky News
Menurut laporan The Sun, kata-kata terakhir Sam kepada ibunya ialah 'I love you, mum'. -CARI |