CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Karam 2500 Tahun Berjaya Ditarik Keluar Dari Laut Hitam

24-10-2018 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9602| Komen: 92|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Teknologi paling canggih yang pernah digunakan berjaya menarik keluar kapal karam yang tertua di dunia dari kedalaman Laut Hitam.
Teknologi paling canggih yang pernah digunakan berjaya menarik keluar kapal karam yang tertua di dunia dari kedalaman Laut Hitam.

Sky News menyatakan, kapal yang digunakan pada zaman Greek dan Rom itu masih berada dalam keadaan yang elok, seolah-olah baru semalam karam.


Kapal yang berjaya diangkat itu adalah kejayaan daripada  penyelidiakan Projek Arkeologi Maritim Laut Hitam.

Karbon yang ada pada kapal mencadangkan yang ianya bertarikh 500 sebelum masihi dan dipercayai sebagai kapal tertua berusia 2500 tahun.

Foto: Skynews
Dr Kroum Batchvarov, pakar yang terlibat dalam projek berkenaan berkata : “Kami memiliki struktur kapal yang lengkap dengan tiang yang masih lagi berdiri dan alat kemudi yang terletak pada tempatnya.


“Ia adalah satu penemuan yang menakjubkan dan ia adalah yang pertama seumpamanya.”

Kapal tersebut masih terpelihara dengan baik kerana Laut Hitam tidak mempunyai oksigen.

Tulang ikan ‘monkfish’ yang dimakan oleh orang Rom masih dalam keadaan baik di atas dek.

Projek Laut Hitam tersebut adalah penyelidikan saintifik selama bertahun-tahun yang dipimpin oleh institusi antarabangsa termasuk Universiti Southampton.

Mereka meneroka perubahan Laut Hitam dan bagaimana ia telah mempengaruhi tamadun manusia. -CARI
10

Bagus
17

Marah
20

Terkejut
15

Sedih
16

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zafira 24-10-2018 09:16 AM
wow... menakjubkan..
Quote cmf_premierleag 24-10-2018 09:23 AM
Mereka meneroka perubahan Laut Hitam dan bagaimana ia telah mempengaruhi tamadun manusia.

part ni pun menarik gak
Quote insulin 24-10-2018 09:30 AM
Agaknya kayu apa la yang digunakan untuk membina kapal ni? 2500 tahun dah berlalu namun masih utuh.
Quote zulka 24-10-2018 09:35 AM
Quote zulka 24-10-2018 09:36 AM
Quote wirazam 24-10-2018 09:41 AM
mohon majalah buat scope pasal nih.. ataupun astro awani..
Quote paz 24-10-2018 09:44 AM
Wah menariknya.
Quote c===8 24-10-2018 09:47 AM
insulin replied at 24-10-2018 09:30 AM
Agaknya kayu apa la yang digunakan untuk membina kapal ni? 2500 tahun dah berlalu namun masih utuh.

Disebabkan Laut Hitam tidak mempunyai oksigen, kapal tersebut masih terpelihara dengan baik sehinggakan tulang ikan ‘monkfish’ yang dimakan oleh orang Rom masih dalam keadaan baik di atas dek.
Quote chinta89 24-10-2018 09:49 AM
wahhhh best2nya.

iols suke sesuatu cerita bkaitan sejarah2 mcm ni... n jugak cter mistik2.
Quote insulin 24-10-2018 10:04 AM
c===8 replied at 24-10-2018 09:47 AM
Disebabkan Laut Hitam tidak mempunyai oksigen, kapal tersebut masih terpelihara dengan baik sehing ...

Wow. Interesting.
Quote rosasen 24-10-2018 10:33 AM
kagum giler...
Quote raihaneem 24-10-2018 10:41 AM
Teruih nak cari info pasal kapal ni n laut hitam
Quote sinbet 24-10-2018 10:44 AM
Hmmm info cmni la best nak tau.  Buat series sampai 145 episode pn bagus. Tak la melangak drama org kaya syok org miskin, nenek berkuasa, cucu tetipu.. Eh. Ttiba
Quote Artemesiaa 24-10-2018 10:45 AM
Wah penemuan menarik harap ada lapuran lanjut mengenainya nanti
Quote CardiGans85 24-10-2018 10:47 AM
Menarik. Mohon update lagi kalau ada perkembangan
Quote aHoi83 24-10-2018 10:48 AM
Sgt menarik berita ni. I bila dgr laut hitam mcm scary je bunyi laut tu. Harap teknologi akan dtg dpt jumpa MH370
Quote xtahumenahu 24-10-2018 11:00 AM
mana gambar dah ditarik keluar???
Quote Hessa 24-10-2018 11:07 AM
dunia dan alam ni dipenuhi pelbagai kisah & misteri kan. hanya DIA sahaja yg Maha Mengetahui..
Quote ckenj 24-10-2018 11:15 AM
kagummnnya.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.400188 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top