|
View: 9870|Reply: 92
|
[Dunia]
Penemuan Menakjubkan, Kapal Karam 2500 Tahun Berjaya Ditarik Keluar Dari Laut Hi
[Copy link]
|
|
|

Kapal karam yang tertua di dunia berjaya ditarik keluar dari kedalaman Laut Hitam selepas pencarian menggunakan teknologi paling canggih dilakukan.
Kapal yang digunakan pada zaman Greek dan Rom itu didapati masih berkeadaan elok seolah-olah ia baru sahaja karam semalam.
Difahamkan, kapal tersebut diangkat keluar dari kedalaman laut Eropah timur sebagai sebahagian daripada penyelidiakan Projek Arkeologi Maritim Laut Hitam.
Karbon kapal tersebut bertarikh 500 sebelum Masihi dan dianggarkan sebagai kapal tertua berusia lebih 2,500 tahun.
Ia kelihatan menyerupai seperti kapal popular yang digambarkan dalam Siren Vase dan kini diletakkan di Muzium Britain.
Gambar : The Siren Vase/The British Museum
Kapal kedua tertua di dunia daripada 72 kapal yang direkodkan adalah bertarikh 200 sebelum Masihi.
Dr Kroum Batchvarov, pakar yang terlibat dalam projek berkenaan berkata : “Kami memiliki struktur kapal yang lengkap dengan tiang yang masih lagi berdiri dan alat kemudi yang terletak pada tempatnya.
“Ia adalah satu penemuan yang menakjubkan dan ia adalah yang pertama seumpamanya.”
Disebabkan Laut Hitam tidak mempunyai oksigen, kapal tersebut masih terpelihara dengan baik sehinggakan tulang ikan ‘monkfish’ yang dimakan oleh orang Rom masih dalam keadaan baik di atas dek.
Projek Laut Hitam tersebut adalah penyelidikan saintifik selama bertahun-tahun yang dipimpin oleh institusi antarabangsa termasuk Universiti Southampton.
Mereka meneroka perubahan Laut Hitam dan bagaimana ia telah mempengaruhi tamadun manusia.
Sumber : Sky News |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka meneroka perubahan Laut Hitam dan bagaimana ia telah mempengaruhi tamadun manusia.
part ni pun menarik gak  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya kayu apa la yang digunakan untuk membina kapal ni? 2500 tahun dah berlalu namun masih utuh. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon majalah buat scope pasal nih.. ataupun astro awani.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan Laut Hitam tidak mempunyai oksigen, kapal tersebut masih terpelihara dengan baik sehinggakan tulang ikan ‘monkfish’ yang dimakan oleh orang Rom masih dalam keadaan baik di atas dek.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh best2nya.
iols suke sesuatu cerita bkaitan sejarah2 mcm ni... n jugak cter mistik2. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow. Interesting. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruih nak cari info pasal kapal ni n laut hitam |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm info cmni la best nak tau. Buat series sampai 145 episode pn bagus. Tak la melangak drama org kaya syok org miskin, nenek berkuasa, cucu tetipu.. Eh. Ttiba |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah penemuan menarik harap ada lapuran lanjut mengenainya nanti |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menarik. Mohon update lagi kalau ada perkembangan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sgt menarik berita ni. I bila dgr laut hitam mcm scary je bunyi laut tu. Harap teknologi akan dtg dpt jumpa MH370  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mana gambar dah ditarik keluar??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dunia dan alam ni dipenuhi pelbagai kisah & misteri kan. hanya DIA sahaja yg Maha Mengetahui.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|