CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Peningnya, Tak Jumpa Maklumat Yang Dicari Di Internet!?

2-10-2018 01:14 PM| Diterbitkan: nr_dl97| Dilihat: 3170| Komen: 11|Original author: Oleh: Dee Shariza

Description: Tips Carian Maklumat Spesifik Di Internet.



Mesti semua orang pernah cari maklumat di internet kan? Tak kisahlah untuk dapatkan info semasa ke hiburan atau pendidikan sekali pun, sebab sekarang maklumat kan hanya di hujung jari. Tapi pernah tak anda dapat hasil carian yang tidak berkaitan dengan carian anda?

Bayangkan berapa banyak maklumat yang ada dalam internet tu, sampai tak tahu nak taip apa lagi untuk dapatkan keputusan carian yang memuaskan. Dah jangan pening-pening, jom tengok tips di bawah ni.


1. Gunakan kata kunci yang mudah dan ringkas
Elakkan menaip pertanyaan yang terlalu panjang di enjin carian (search engine). Cuba gunakan ayat yang paling ringkas untuk menerangkan carian anda, tidak perlu menggunakan ayat yang lengkap, sebaliknya anda boleh menaip beberapa istilah atau kata kunci yang penting sahaja.


Contoh: Anda ingin mencari buku tetapi tidak tahu tajuknya, anda boleh menaip perkara yang berkaitan seperti nama penulis, ISBN atau Tarikh terbit buku tersebut.



2. Cari dengan menggunakan tanda petikan (quotation mark).
Apabila anda mencari perkataan atau frasa dalam "petikan", hasil carian tersebut hanya akan memaparkan halaman yang mengandungi kata-kata yang sama dalam susunan yang sama seperti dalam "petikan". Jadi, sekiranya anda ingin  mencari kandungan maklumat yang mempunyai perkataan spesifik sahaja, cuba gunakan tanda petikan (" "). Enjin carian akan menyelaraskan perkataan spesifik carian anda tersebut, dengan padanan maklumat yang tepat di internet. Kemudian, paparan keputusan carian akan menapis keluar carian yang tidak berkaitan.

Contoh: Anda ingin mencari maklumat tentang Mental Disorder. Taip dan search " Mental Disorder". Keputusan yang keluar akan berkaitan dengan carian tersebut.

Sumber : SlideShare Fadzliaton Zainudin

3. Menggunakan carian Boolean (or/and/not)
Pencarian dengan menggunakan Boolean, membolehkan anda menggabungkan perkataan dengan menggunakan (OR/AND/NOT). Cara ini dapat memperluaskan dan mengehadkan carian anda. 

- Gunakan perkataan atau simbol (dan, and, +) untuk mencari dokumen atau kandungan artikel yang mengandungi kedua-dua perkataan tersebut. Contoh, Spaghetti DAN carbonara, spaghetti + carbonara.

- Gunakan perkataan (atau,or) untuk mencari keputusan yang mengandungi salah satu daripada perkataan tersebut. Contoh, carbonara ATAU Bolognese.

- Gunakan perkataan atau simbol (bukan, not,-) untuk menyingkir hasil carian dengan mengecualikan istilah atau perkataan tertentu. Contoh, Oregon BUKAN travel.

Tu antara cara yang anda boleh gunakan untuk cari maklumat di internet, harap lepas ni tak sesat lagi ya. Selamat mencuba. - CARI 
19

Bagus
20

Marah
11

Terkejut
17

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 2-10-2018 02:56 PM
tanx for the info TT
Quote aleesyasofia 2-10-2018 03:30 PM
iolss baru belajar bab gini dlm cari LR.. dlm scopus pon mmg ada tnjk cara nk search.. dan iolss mmg praktikkan dlm google search jgk..
Quote sehirkedi 2-10-2018 03:57 PM
Info yg bermanfaat utk dipraktikkan..thanks tt
Quote Foxey 2-10-2018 05:11 PM
aaah... macam tu eh...
Quote goss79 2-10-2018 05:17 PM
thxs for the information. akak belajar benda baru hr ni.
Quote nr_dl97 3-10-2018 10:26 AM

u're welcome

Quote nr_dl97 3-10-2018 10:28 AM
aleesyasofia replied at 2-10-2018 03:30 PM
iolss baru belajar bab gini dlm cari LR.. dlm scopus pon mmg ada tnjk cara nk search.. dan iolss mmg ...

good kak
Quote nr_dl97 3-10-2018 10:28 AM
sehirkedi replied at 2-10-2018 03:57 PM
Info yg bermanfaat utk dipraktikkan..thanks tt

u're welcome

Quote nr_dl97 3-10-2018 10:29 AM



Quote nr_dl97 3-10-2018 10:30 AM
goss79 replied at 2-10-2018 05:17 PM
thxs for the information. akak belajar benda baru hr ni.

u're welcome kak
Quote chicozinn 3-10-2018 11:41 AM

meollss pn kalu main google je kadang kluar result hauk btol..penah terkeluar gamba xsenonoh pn hado..alahai...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.154479 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top