CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2376|Reply: 11

Peningnya, Tak Jumpa Maklumat Yang Dicari Di Internet!?

[Copy link]
Post time 2-10-2018 01:14 PM | Show all posts |Read mode






Mesti semua orang pernah cari maklumat di internet kan? Tak kisahlah untuk dapatkan info semasa ke hiburan atau pendidikan sekali pun, sebab sekarang maklumat kan hanya di hujung jari. Tapi pernah tak anda dapat hasil carian yang tidak berkaitan dengan carian anda?


Bayangkan berapa banyak maklumat yang ada dalam internet tu, sampai tak tahu nak taip apa lagi untuk dapatkan keputusan carian yang memuaskan. Dah jangan pening-pening, jom tengok tips di bawah ni.




1. Gunakan kata kunci yang mudah dan ringkas
Elakkan menaip pertanyaan yang terlalu panjang di enjin carian (search engine). Cuba gunakan ayat yang paling ringkas untuk menerangkan carian anda, tidak perlu menggunakan ayat yang lengkap, sebaliknya anda boleh menaip beberapa istilah atau kata kunci yang penting sahaja.


Contoh: Anda ingin mencari buku tetapi tidak tahu tajuknya, anda boleh menaip perkara yang berkaitan seperti nama penulis, ISBN atau Tarikh terbit buku tersebut.








2. Cari dengan menggunakan tanda petikan (quotation mark).
Apabila anda mencari perkataan atau frasa dalam "petikan", hasil carian tersebut hanya akan memaparkan halaman yang mengandungi kata-kata yang sama dalam susunan yang sama seperti dalam "petikan". Jadi, sekiranya anda ingin  mencari kandungan maklumat yang mempunyai perkataan spesifik sahaja, cuba gunakan tanda petikan (" "). Enjin carian akan menyelaraskan perkataan spesifik carian anda tersebut, dengan padanan maklumat yang tepat di internet. Kemudian, paparan keputusan carian akan menapis keluar carian yang tidak berkaitan.


Contoh: Anda ingin mencari maklumat tentang Mental Disorder. Taip dan search " Mental Disorder". Keputusan yang keluar akan berkaitan dengan carian tersebut.



Sumber : SlideShare Fadzliaton Zainudin





3. Menggunakan carian Boolean (or/and/not)
Pencarian dengan menggunakan Boolean, membolehkan anda menggabungkan perkataan dengan menggunakan (OR/AND/NOT). Cara ini dapat memperluaskan dan mengehadkan carian anda.


- Gunakan perkataan atau simbol (dan, and, +) untuk mencari dokumen atau kandungan artikel yang mengandungi kedua-dua perkataan tersebut. Contoh, Spaghetti DAN carbonara, spaghetti + carbonara.


- Gunakan perkataan (atau,or) untuk mencari keputusan yang mengandungi salah satu daripada perkataan tersebut. Contoh, carbonara ATAU Bolognese.


- Gunakan perkataan atau simbol (bukan, not,-) untuk menyingkir hasil carian dengan mengecualikan istilah atau perkataan tertentu. Contoh, Oregon BUKAN travel.


Tu antara cara yang anda boleh gunakan untuk cari maklumat di internet, harap lepas ni tak sesat lagi ya. Selamat mencuba. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2018 02:56 PM | Show all posts
tanx for the info TT
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss baru belajar bab gini dlm cari LR.. dlm scopus pon mmg ada tnjk cara nk search.. dan iolss mmg praktikkan dlm google search jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yg bermanfaat utk dipraktikkan..thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 05:11 PM | Show all posts
aaah... macam tu eh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 05:17 PM | Show all posts
thxs for the information. akak belajar benda baru hr ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-10-2018 10:26 AM | Show all posts

u're welcome

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2018 10:28 AM | Show all posts
aleesyasofia replied at 2-10-2018 03:30 PM
iolss baru belajar bab gini dlm cari LR.. dlm scopus pon mmg ada tnjk cara nk search.. dan iolss mmg ...

good kak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2018 10:28 AM | Show all posts
sehirkedi replied at 2-10-2018 03:57 PM
Info yg bermanfaat utk dipraktikkan..thanks tt

u're welcome

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2018 10:29 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2018 10:30 AM | Show all posts
goss79 replied at 2-10-2018 05:17 PM
thxs for the information. akak belajar benda baru hr ni.

u're welcome kak
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 11:41 AM | Show all posts

meollss pn kalu main google je kadang kluar result hauk btol..penah terkeluar gamba xsenonoh pn hado..alahai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.388699 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list