CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Lawak Ke Der 3 Bakal Kembali Menggegarkan

11-9-2013 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6754| Komen: 47

Description: Program Lawak Popular Yang Dipentaskan Di Istana Budaya, Lawak Ke Der Bakal Kembali Menggegarkan Panggung Berprestij Negara Itu Untuk Musim Ketiga Bermula Pada 3 Hingga 6 Oktober 2013.


Program lawak popular yang dipentaskan di Istana Budaya, Lawak Ke Der bakal kembali menggegarkan panggung berprestij negara itu untuk musim ketiga bermula pada 3 hingga 6 Oktober 2013.

Dalam usaha untuk menyuntik kelainan serta memberikan idea dan pengisian baru, pihak penerbit bertindak menggunakan kombinasi muka lama dan baru untuk enam pementasan yang akan berlangsung. Untuk musim terbaru program jenaka ini, pasti akan membuat  penonton yang hadir terhibur dengan jenaka-jenaka baharu dan bukannya jenaka yang digunakan berulang kali.


“Lawak Ke Der akan mengabungkan wajah lama dan wajah baru bagi memberikan kesegaran pengisian jenaka untuk penonton.
“Pastinya individu yang pernah terlibat sebelum ini akan hadir kembali memeriahkan pentas Lawak Ke Der tetapi demi untuk membawa konsep baharu, ”Selain itu, pertukaran ini turut memberi ruang dan peluang kepada individu-individu lain untuk mengetengahkan bakat komedi yang dimiliki mereka,”
Program Lawak Ke Der 3 bakal menyaksikan pelawak Harith Iskander dan Nabil Ahmad dikekalkan selain menampilkan muka baharu di pentas program tersebut iaitu kumpulan Jambu dan juga Douglas Lim.


Sebanyak enam pementasan akan dijalankan dan harga tiket untuk menyaksikannya adalah di antara RM43 hingga RM193 dan tiket boleh didapati dengan melayari laman web www.ticket2u.biz atau hadir terus ke kaunter Istana Budaya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onetwonine 10-9-2013 03:21 PM
Last edited by onetwonine on 10-9-2013 03:22 PM

Quote ellZack 10-9-2013 03:22 PM
adakah komedinya akan menjadi lebih boring?
aku suka tengok yg 1st je.
yang 2nd, tengok pun skip2.
agak memboringkan.
Quote onetwonine 10-9-2013 03:24 PM
jozang xdo ko dlm lawak ke der 3 kali ni..
Quote anishacute 10-9-2013 03:25 PM
Entah kenapa ai rasa nabil ngan harith ni bukan pelawak..
Quote shazana 10-9-2013 03:36 PM
nak tgk part harith je...yg lain tu erm.....
Quote chaintea 10-9-2013 03:53 PM
mohon slot Harith Iskander dilebihkan..

yg lain2 tu xpe..
Quote maxim 10-9-2013 03:55 PM
knapa dorg x pggil jepp sepah..mesti lg laku
Quote onetwonine 10-9-2013 04:05 PM
suke ngok jozan jek...
Quote Deadsoul 10-9-2013 04:06 PM
aku suka part nabil and harith jek.

Setuju part harith dipanjangkan
Quote onetwonine 10-9-2013 04:08 PM
Deadsoul posted on 10-9-2013 04:06 PM
aku suka part nabil and harith jek.

Setuju part harith dipanjangkan

harith nye lawak cam berulang jek...poyosss

Quote opie5662 10-9-2013 04:09 PM
ellZack posted on 10-9-2013 03:22 PM
adakah komedinya akan menjadi lebih boring?
aku suka tengok yg 1st je.
yang 2nd, tengok pun skip2. ...

sbb tgk kat tv tuh dah byk yg di potong..klu tgk live sgt2 la kelakar...
Quote ellZack 10-9-2013 04:13 PM
opie5662 posted on 10-9-2013 04:09 PM
sbb tgk kat tv tuh dah byk yg di potong..klu tgk live sgt2 la kelakar...

iols tengok kat youtube..
but yg paling annoying was boboi..
tak tau nape but i dont think lawak diorang kelakar.

Quote BebeQ 10-9-2013 04:13 PM
gossipnya mana?
Quote donpapachino 10-9-2013 04:13 PM
tu ar, bahagian 1 memang lawak, 2 dah kureng sket.
Quote onetwonine 10-9-2013 04:14 PM
opppssss!!!!xgentar tanpa jozan n boboi ker???

KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2013: Setelah berjaya menempa kejayaan menerusi pementasan Lawak Ke Der musim pertama dan kedua, kini ianya kembali buat musim ketiga menerusi Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya pada 3 hingga 6 Oktober ini.

Bagaimana pun, barisan pelawak untuk Lawak Ke Der 3 berubah apabila hanya mengekalkan Nabil Ahmad dan Harith Iskandar daripada pementasan yang lalu dan menampilkan muka baru seperti Doughlas Lim dan Kumpulan Jambu untuk menggantikan tempat Jozan dan Boboi.

Penerbit Tall Order Production (TOP), Hans Isaac berkata perubahan itu dilakukan bagi memberikan suntikan baru yang lebih segar buat pementasan Lawak Ke Der 3.

"Ini cara saya untuk berikan pembaharuan di dalam Lawak Ke Der 3 supaya pengisiannya nanti lebih segar. Lagipun, saya mahu memberi peluang kepada semua pelawak untuk beraksi di Lawak Ke Der, bukan hanya mengekalkan wajah yang sama.

"Saya memilih Douglas Lim kerana pada saya dia ada bakat semulajadi dalam melawak dan saya mahu tampilkan kelainan apabila dia bakal membuat persembahan lawak dalam Bahasa Melayu selama 30 minit walaupun dia mengaku kurang fasih.

"Saya pasti ianya tidak boleh ditonton di mana-mana kecuali di pentas Lawak Ke Der 3.

"Sementara itu, Kumpulan Jambu pula saya pilih kerana mereka telah berjaya buat saya ketawa dalam program Maharaja Lawak.

"Padahal sebelum itu, terus-terang saya sediri tidak mengenali siapa mereka..

"Ternyata, mereka punya kelebihan tersendiri yang saya yakin mereka dapat tampilkan kelebihan di pentas berprestij Istana Budaya," katanya dalam sidang media Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, semalam.

Lawak Ke Der diperkenalkan buat pertama kali di Istana Budaya pada tahun 2011.

Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dnegan Lawak Ke Der 2.

Apabila ditanya, adakah Hans Issac tidak rasa terjejas atau gusar jika Lawak Ke Der 3 tidak mendapat sambutan seperti sebelum ini selepas ketiadaan Jozan kali ini, Hans akui langsung tidak memikirkannya.

"Saya tak rasa terjejas, malah saya tidak pernah terfikir mengenai itu walaupun saya akui mereka popoular.

"Tetapi saya yakin, mereka yang menonton Lawak Ke Der bukan sahaja dikalangan peminat Jozan tetapi dikalangan mereka yang mahukan hiburan ringan.

"Malah, ketika pementasan sebelum ini, peminat Jozan pun akhirnya jadi peminat Harith Iskandar selepas melihat keseluruhan Lawak Ke Der. Tak jadi masalah kalau peminat Jozan datang kerana saya akan pastikan mereka dapat dihiburkan," jelasnya lagi.

Tiket bagi menyaksikan Lawak Ke Der 3 sudah boleh dibeli secara online di www.ticket2u.bizatau datang terus ke kaunter boxoffice di Istana Budaya. Harga tiket dijaula dari harga RM43 hingga RM193.
Quote maxim 10-9-2013 04:15 PM
jambu pn nak pggil..sampah je
Quote onetwonine 10-9-2013 04:16 PM
BebeQ posted on 10-9-2013 04:13 PM
gossipnya mana?

gosipnye adelah jozan xdo..kehkeh

Quote opie5662 10-9-2013 04:17 PM
ellZack posted on 10-9-2013 04:13 PM
iols tengok kat youtube..
but yg paling annoying was boboi..
tak tau nape but i dont think la ...

youtube pon dah potong...tp yg kedua boboi mmg tak bape best..yg 2nd part tuh ok sket...1st hancus...harith mmg best sgt...tp kat tv tuh tak tunjuk penuh..sayang...die punye slot lama jugak sebenarnye
Quote onetwonine 10-9-2013 04:19 PM
ade org komen silap besau la kuarkan jozan..atau pon lamarla sepahtu...jepp pon power lawak nye..cer komen geng..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.099640 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top