View: 5620|Reply: 47
|
lawak ke der 3 bakal kembali menggegarkan...
[Copy link]
|
|
Program lawak popular yang dipentaskan di Istana Budaya, Lawak Ke Der bakal kembali menggegarkan panggung berprestij negara itu untuk musim ketiga bermula pada 3 hingga 6 Oktober 2013.
Dalam usaha untuk menyuntik kelainan serta memberikan idea dan pengisian baru, pihak penerbit bertindak menggunakan kombinasi muka lama dan baru untuk enam pementasan yang akan berlangsung. Untuk musim terbaru program jenaka ini, pasti akan membuat penonton yang hadir terhibur dengan jenaka-jenaka baharu dan bukannya jenaka yang digunakan berulang kali.
“Lawak Ke Der akan mengabungkan wajah lama dan wajah baru bagi memberikan kesegaran pengisian jenaka untuk penonton.
“Pastinya individu yang pernah terlibat sebelum ini akan hadir kembali memeriahkan pentas Lawak Ke Der tetapi demi untuk membawa konsep baharu, ”Selain itu, pertukaran ini turut memberi ruang dan peluang kepada individu-individu lain untuk mengetengahkan bakat komedi yang dimiliki mereka,”
Program Lawak Ke Der 3 bakal menyaksikan pelawak Harith Iskander dan Nabil Ahmad dikekalkan selain menampilkan muka baharu di pentas program tersebut iaitu kumpulan Jambu dan juga Douglas Lim.
Sebanyak enam pementasan akan dijalankan dan harga tiket untuk menyaksikannya adalah di antara RM43 hingga RM193 dan tiket boleh didapati dengan melayari laman web www.ticket2u.biz atau hadir terus ke kaunter Istana Budaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by onetwonine on 10-9-2013 03:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah komedinya akan menjadi lebih boring?
aku suka tengok yg 1st je.
yang 2nd, tengok pun skip2.
agak memboringkan. |
|
|
|
|
|
|
|
jozang xdo ko dlm lawak ke der 3 kali ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah kenapa ai rasa nabil ngan harith ni bukan pelawak.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk part harith je...yg lain tu erm..... |
|
|
|
|
|
|
|
mohon slot Harith Iskander dilebihkan..
yg lain2 tu xpe.. |
|
|
|
|
|
|
|
knapa dorg x pggil jepp sepah..mesti lg laku
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suka part nabil and harith jek.
Setuju part harith dipanjangkan |
|
|
|
|
|
|
|
Deadsoul posted on 10-9-2013 04:06 PM
aku suka part nabil and harith jek.
Setuju part harith dipanjangkan
harith nye lawak cam berulang jek...poyosss
|
|
|
|
|
|
|
|
ellZack posted on 10-9-2013 03:22 PM
adakah komedinya akan menjadi lebih boring?
aku suka tengok yg 1st je.
yang 2nd, tengok pun skip2. ...
sbb tgk kat tv tuh dah byk yg di potong..klu tgk live sgt2 la kelakar...
|
|
|
|
|
|
|
|
opie5662 posted on 10-9-2013 04:09 PM
sbb tgk kat tv tuh dah byk yg di potong..klu tgk live sgt2 la kelakar...
iols tengok kat youtube..
but yg paling annoying was boboi..
tak tau nape but i dont think lawak diorang kelakar.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu ar, bahagian 1 memang lawak, 2 dah kureng sket. |
|
|
|
|
|
|
|
opppssss!!!!xgentar tanpa jozan n boboi ker???
KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2013: Setelah berjaya menempa kejayaan menerusi pementasan Lawak Ke Der musim pertama dan kedua, kini ianya kembali buat musim ketiga menerusi Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya pada 3 hingga 6 Oktober ini.
Bagaimana pun, barisan pelawak untuk Lawak Ke Der 3 berubah apabila hanya mengekalkan Nabil Ahmad dan Harith Iskandar daripada pementasan yang lalu dan menampilkan muka baru seperti Doughlas Lim dan Kumpulan Jambu untuk menggantikan tempat Jozan dan Boboi.
Penerbit Tall Order Production (TOP), Hans Isaac berkata perubahan itu dilakukan bagi memberikan suntikan baru yang lebih segar buat pementasan Lawak Ke Der 3.
"Ini cara saya untuk berikan pembaharuan di dalam Lawak Ke Der 3 supaya pengisiannya nanti lebih segar. Lagipun, saya mahu memberi peluang kepada semua pelawak untuk beraksi di Lawak Ke Der, bukan hanya mengekalkan wajah yang sama.
"Saya memilih Douglas Lim kerana pada saya dia ada bakat semulajadi dalam melawak dan saya mahu tampilkan kelainan apabila dia bakal membuat persembahan lawak dalam Bahasa Melayu selama 30 minit walaupun dia mengaku kurang fasih.
"Saya pasti ianya tidak boleh ditonton di mana-mana kecuali di pentas Lawak Ke Der 3.
"Sementara itu, Kumpulan Jambu pula saya pilih kerana mereka telah berjaya buat saya ketawa dalam program Maharaja Lawak.
"Padahal sebelum itu, terus-terang saya sediri tidak mengenali siapa mereka..
"Ternyata, mereka punya kelebihan tersendiri yang saya yakin mereka dapat tampilkan kelebihan di pentas berprestij Istana Budaya," katanya dalam sidang media Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, semalam.
Lawak Ke Der diperkenalkan buat pertama kali di Istana Budaya pada tahun 2011.
Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dnegan Lawak Ke Der 2.
Apabila ditanya, adakah Hans Issac tidak rasa terjejas atau gusar jika Lawak Ke Der 3 tidak mendapat sambutan seperti sebelum ini selepas ketiadaan Jozan kali ini, Hans akui langsung tidak memikirkannya.
"Saya tak rasa terjejas, malah saya tidak pernah terfikir mengenai itu walaupun saya akui mereka popoular.
"Tetapi saya yakin, mereka yang menonton Lawak Ke Der bukan sahaja dikalangan peminat Jozan tetapi dikalangan mereka yang mahukan hiburan ringan.
"Malah, ketika pementasan sebelum ini, peminat Jozan pun akhirnya jadi peminat Harith Iskandar selepas melihat keseluruhan Lawak Ke Der. Tak jadi masalah kalau peminat Jozan datang kerana saya akan pastikan mereka dapat dihiburkan," jelasnya lagi.
Tiket bagi menyaksikan Lawak Ke Der 3 sudah boleh dibeli secara online di www.ticket2u.bizatau datang terus ke kaunter boxoffice di Istana Budaya. Harga tiket dijaula dari harga RM43 hingga RM193. |
|
|
|
|
|
|
|
jambu pn nak pggil..sampah je
|
|
|
|
|
|
|
|
BebeQ posted on 10-9-2013 04:13 PM
gossipnya mana?
gosipnye adelah jozan xdo..kehkeh
|
|
|
|
|
|
|
|
ellZack posted on 10-9-2013 04:13 PM
iols tengok kat youtube..
but yg paling annoying was boboi..
tak tau nape but i dont think la ...
youtube pon dah potong...tp yg kedua boboi mmg tak bape best..yg 2nd part tuh ok sket...1st hancus...harith mmg best sgt...tp kat tv tuh tak tunjuk penuh..sayang...die punye slot lama jugak sebenarnye
|
|
|
|
|
|
|
|
ade org komen silap besau la kuarkan jozan..atau pon lamarla sepahtu...jepp pon power lawak nye..cer komen geng.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|