CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Raya Dah Nak Dekat Tapi Rambut Bermasalah? Cuba 5 Petua Rawatan Tradisional Ini

16-5-2019 03:21 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4552| Komen: 18|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Jika anda sudah cuba pelbagai jenis rawatan tetapi belum berhasil, apa kata anda cuba mana-mana rawatan traditional dan alami berikut ? Semoga berjaya!
Kredit Foto: Tampilcantik.com

Macam mana ni raya dah nak dekat tapi rambut kering dan tersekat-sekat? Jangan risau, cuba tips ini.

1. Rawatan Dadih


Kredit Foto: StyleCraze

Pecah dan pukul beberapa biji telur dan campurkan dengan beberapa sudu dadih.  Sapu pada permukaan kulit kepala dan biarkan selama 10 minit sebeluum dibilas. Rawatan ini sesuai untuk kulit kepala yang berkelemumur.

 

2. Rawatan Minyak Badam


Kredit Foto: AnhGlobal.org

Untuk merawat rambut yang rosak, rapuh dan mudah putus, gunakan minyak badam. Panaskan beberapa cawan minyak badam di atas api selama 40 saat. Kemudian lumurkan pada rambut yang bermasalah. Biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan dengan syampu dan perapi harian anda. Gunakan air yang sejuk ketika membersihkan minyak badam.

 

3. Rawatan Jus Lemon

Kredit Foto: YouTube

Rambut tidak bermaya? Selepas dibersih dan dibilas seperti biasa, lumurkan sedikit jus lemon ke atas rambut dan keringkan dengan tuala. Rawatan ini juga akan mengekalkan seri dan kelembapan rambut, sesuai ntuk mereka yang inginkan rambut keperangan.


4. Rawatan Minyak Zaitun

 

Kredit Foto: Naturally Curly

Sekiranya anda punya rambut yang rosak kerana sering terdedah kepada terik matahari, gunakan rawatan minyak zaitun ini. Campurkan 1-2 sudu minyak zaitun dengan setengah  cawan madu dan 1-2 sudu kuning telur sehingga sebati.  Lumurkan pada rambut selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Rawatan ini membantu menggantikan ikatan protein keratin, menurut Dr. Suttar.

 

5. Rawatan Alkohol

Kredit Foto: Be Fit and Fine

Ingin mengekalkan kelembapan rambut? Sapukan alkohol pada rambut yang basah dan lumurkan secara seragam dengan mengurut permukaan kulit kepala. Lakukan urutan selama 20 minit. Kemudian cuci dan bersihkan rambut seperti biasa. Rawatan ini boleh dibuat seminggu sekali. Rawatan ini bagaimanapun tidak sesuai jika anda mengidap sinus atau sedang flu/demam.


Jika anda sudah cuba pelbagai jenis rawatan tetapi belum berhasil, apa kata anda cuba mana-mana rawatan tradisional dan alami di atas? Semoga berjaya! -CARI
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 16-5-2019 04:46 PM
Rawatan secara guna bahan semula jadi ni selalunya makan masa baru boleh lihat hasilnya.  Kalau nak tengok hasil dalam waktu terdekat mesti ke saloon juga.
Quote noraidil_06 16-5-2019 06:20 PM
Yg minyak almond tu i amalkan. Beli kt kedai runcit India. Berkesan utk lebatkan rambut.insyaAllah.
Quote hyie 16-5-2019 06:38 PM
noraidil_06 replied at 16-5-2019 06:20 PM
Yg minyak almond tu i amalkan. Beli kt kedai runcit India. Berkesan utk lebatkan rambut.insyaAllah.

dah berapa lama sis guna? dan brand yang sama macam dalam gambar kat atas tu ye?
Quote noraidil_06 16-5-2019 06:56 PM
hyie replied at 16-5-2019 06:38 PM
dah berapa lama sis guna? dan brand yang sama macam dalam gambar kat atas tu ye?

Nanti i tepek n tag u ye
Quote noraidil_06 16-5-2019 06:57 PM
@hyie ni hah. Kt Lazada mahal la.
Quote hyie 16-5-2019 07:12 PM
noraidil_06 replied at 16-5-2019 06:57 PM
@hyie ni hah. Kt Lazada mahal la.

tq sis! selalu chuols sape terus ke atau panaskan macam dalam sexplanation di atas?
Quote noraidil_06 16-5-2019 08:24 PM
hyie replied at 16-5-2019 07:12 PM
tq sis! selalu chuols sape terus ke atau panaskan macam dalam sexplanation di atas?

Sapu terus. Husband iols almost botak. Dia sapu ni lebat balik.save duit
Quote hyie 16-5-2019 09:22 PM
noraidil_06 replied at 16-5-2019 08:24 PM
Sapu terus. Husband iols almost botak. Dia sapu ni lebat balik.save duit

tq chuolsss!!! lazada 12.90 jehh untuk 100ml...
Quote salmon-suki 17-5-2019 01:08 AM
noraidil_06: Yg minyak almond tu i amalkan. Beli kt kedai runcit India. Berkesan utk lebatkan rambut.insyaAllah.

utk rambut gugur boleh jgk ke kak?lately rambut asyik gugur je n kulit kepala pun gatal2 kalau pakai tudung..{:cryrun
Quote MsPercy 19-5-2019 04:22 AM
Hari tu ade orang share tips nak elak rambut gugur. Aku pon try. Caranya letak 3 biji bunga cengkih dlm shampoo kita. Raseyer berkesan. Takdelah 100% ...oklah 80% rambut aku x gugur. Klo x, hmm bersepak rambut di lantai
Quote mzzenma 19-5-2019 06:10 AM
rambut mzz dah start gugur balik and kering nau. Lepas bersalin haritu depan dah mcm botak, lepas tu ok, ni jadi balik pula.

Tapi mzz tak boleh pakai minyak2 ni semua.. nanti muka naik jerawat
Quote schabella 19-5-2019 04:46 PM
MsPercy replied at 19-5-2019 04:22 AM
Hari tu ade orang share tips nak elak rambut gugur. Aku pon try. Caranya letak 3 biji bunga cengkih  ...

Wah bagusla mcm tu nk try jugak la.
Quote chinta89 20-5-2019 01:16 PM
iols guna Franch Oil (Pre Wah Shampoo) warna hijau.

lps tu syampu mcm biasa (syampu ikut la apa pun)

lps tu sapu minyak castor (campur myk lain sikit sb minyak castor pekat sgt2)

Alhamdulillah so far rambut kurnag gugur. rambut makin lebat.
Quote Ivysaur 8-6-2019 03:03 PM
Boleh nak cuba la almond oil....terima kasih
Quote groundfloor 8-6-2019 04:22 PM
noraidil_06 replied at 16-5-2019 08:24 PM
Sapu terus. Husband iols almost botak. Dia sapu ni lebat balik.save duit

Tq sis...iol pun nak beli kalau boleh lebatkan rambut coz rambutbyr gugur dan dah tipis. Tq untuk info ini.
Quote groundfloor 8-6-2019 04:23 PM
MsPercy replied at 19-5-2019 04:22 AM
Hari tu ade orang share tips nak elak rambut gugur. Aku pon try. Caranya letak 3 biji bunga cengkih  ...

Tq untuk petua. Nanti nak cuba.
Quote keds 13-6-2019 03:28 PM
perkongsian yang bagus.........
Quote oshinz 18-7-2019 11:10 PM
MsPercy replied at 19-5-2019 04:22 AM
Hari tu ade orang share tips nak elak rambut gugur. Aku pon try. Caranya letak 3 biji bunga cengkih  ...

Kite pun pernah baca petua ni. Hehe tgh cuba jugak. Harap2 berkesan.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.190308 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top