CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Tak Setuju Tawaran Gaji RM1300 Sahaja. Nak Makan Roti Hari-Hari Ke?

14-8-2018 11:02 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5758| Komen: 12|Original author: Oleh: Whitney

Description: Lambakan para graduan yang baru menamatkan pengajian mereka kadang kala terpaksa bekerja walaupun gaji yang ditawarkan hanya gaji minima iaitu rm1200 sebulan. Bagi menyedapkan hati, ia sekadar dijadik ...

Gambar sekadar hiasan
Lambakan para graduan yang baru menamatkan pengajian mereka kadang kala terpaksa bekerja walaupun gaji yang ditawarkan hanya gaji minima iaitu RM1200 sebulan. Bagi menyedapkan hati, ia sekadar dijadikan pengalaman bekerja sebelum mereka benar-benar diterima atau layak mendapat pekerjaan mengikut bidang pengajian dan gaji yang setaraf dengan tahap pendidikan mereka. 

Sedihnya, gaji minima yang diperoleh dengan keadaan ekonomi sekarang yang menjerut leher sudah tentu tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi ada yang menanggung beban kerja yang banyak dan tekanan yang dirasai sama seperti mereka yang bekerja dengan gaji yang lebih besar. Ia seakan tidak adil dan menyebabkan ramai yang lari mencari pekerjaan lain.

Seorang pengguna twitter memuat naik status mengecam gaji yang ditawarkan oleh Pos Malaysia Berhad bagi jawatan posmen atau pemandu van. Dia beranggapan gaji tersebut begitu rendah berbanding dengan beban kerja dan tekanan yang dihadapi oleh pekerja Pos Malaysia. Oleh sebab itulah ramai yang tidak bertahan lama bekerja sebagai posmen atau pemandu van di Pos Malaysia Berhad.




Gaji RM1300 sebulan memang tak cukup!

Ramai netizen bersetuju dengan status lelaki ini kerana dengan gaji RM1300 sebulan adalah kecil berbanding kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang ini. Bukan sahaja Pos Malaysia Berhad, tetapi syarikat-syarikat lain juga ada menawarkan gaji yang minima dan tidak berbaloi dengan beban kerja dan titik peluh mereka. 


Ramai pekerja protes
Netizen turut beranggapan barang-barang pelanggan Pos Malaysia Berhad yang selalu hilang mungkin berpunca daripada pekerja yang memprotes atau tertekan dengan barang yang semakin banyak tetapi gaji tetap sama. 


Tidak wajar guna alasan fresh grad 
Tidak dinafikan, komen netizen ini ada betulnya. Kebanyakan syarikat yang ingin mengambil pekerja baru sengaja menawarkan gaji yang sangat rendah atas alasan tiada pengalaman terutamanya mereka yang baru menamatkan pengajian. Mahu atau tidak, mereka terpaksa menerima agar tidak menganggur. 

Jujur penulis katakan, tangga gaji bagi pekerja-pekerja di negara ini perlu dikaji semula agar ia berbaloi dengan tahap pendidikan, kemahiran yang ada, beban kerja dan tahap tekanan yang perlu dihadapi oleh para pekerja. Sekiranya gaji yang ditawarkan itu berbaloi dengan kerja keras para pekerja, mutu kerja mereka akan lebih meningkat. Setuju tak? - CARI 

11

Bagus
19

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
19

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 14-8-2018 11:27 AM
gaji tinggi xkan jadikan negara kaya....  kawan atok syrd baukari pun setuju
Quote prettyuglybabe 14-8-2018 12:33 PM
tengok la had kelayakan pendidikan..
berbaloi la dengan gaji yang diterima..
ada epf socso insurance benefit ok apa..
kalau rajin, OT berkepuk juga pos malaysia ni..
kang bagi gaji 3 4 ribu, dah golongan executive pulak bising nak revise gaji..
yang bising-bising tu cuba jadi majikan..
tengok kedekut ke tak kedekut masing-masing nak bayar gaji pekerja..

Quote palmolive 14-8-2018 12:54 PM
nak naik gaji kena lompat kerja la..
melainkan kerja kerajaan..
ada pencen maa..terjamin masa depan..
bukan aku cakap,..org lain cakap
Quote moonbug 14-8-2018 02:21 PM
1300 utk PMR/SPM holder mmg level tu lah. Diploma pun lebih kurang tu je. Degree 2k++.
Quote missinpiece 14-8-2018 02:42 PM
Demand lebih. Kualiti keje n hidup hauk. Sanggup menganggur 2-3 bulan asal gaji 4k. Hape x reti buat part time nak mencukupkan duit?
Quote leylapple 14-8-2018 03:00 PM
level PMR nak ambik gaji 2500 ker?
Quote fofuler 14-8-2018 03:13 PM
1300 ni tak termasuk elaun kan? Okay lah tu, ramai lagi kat negara ni gaji dia lagi kurang dari itu, elaun pun tarak. Lagipun target diorang rasanya bukanlah yang ada degree ke apa, kat situ pun dah jelas tulis result pmr spm bagai. Tapi kalau yang ada kelulusan tapi belum dapat keje, boleh je nak cuba jadi posmen sambil2 apply kerja yang sesuai dengan kelulusan. Rezeki tu luas cuma rajin atau tak je
Quote tamanros 14-8-2018 06:05 PM
Golongan eksekutif atau lepasan u tak perlu dengki kalau gaji untk kerja berat dan penat setara dgn gajimereka. Mmg la hanya lepasan pmr daan spm tapi perlu ambil kira penat lelah dll. Tanpa mereka sapa nk deliver brg online shopping kita, tanpa mereka sapa yg sanggup jadi guard jaga sekolah anak2 kita.
Quote whitePoison 14-8-2018 07:38 PM
tak sangka gaji mereka 1.3k.. ermm
Quote blinkmos 15-8-2018 10:41 AM
gaji 1.3k..
kena penampar pulak tu...
bertabahlah..
Quote MsKoreanfanatic 15-8-2018 10:44 AM
ok je gaji tu.. lama2 keje naik la gaji tu.. teringat zaman iols yg keje kerani lps abis SPM.. RM300 sebulan je~
Quote chinta89 15-8-2018 11:01 AM
menuju negara maju duk kejar sgt kan.. gaji plk tak setimpal ngn status negara maju yg diwar2kan.

so something, kesian life diorg.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.067752 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top