CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibunuh Suami Sendiri, Mayat Wanita Dalam Kumbahan Dengan Tukul Di Kepala

21-6-2018 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7161| Komen: 42

Description: Seorang wanita ditemui dalam keadaan terendam di dalam kumbahan bawah dapur rumah, dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri.
Seorang wanita ditemui dalam keadaan terendam di dalam kumbahan bawah dapur rumah, dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri.

Harian Metro melaporkan, muka mayat wanita dikenali sebagai Siti Ratna Enok, 24,itu ditutup dengan tuala serta terdapat tukul di kiri kepalanya.


Mangsa ditemui oleh bapanya di Kampung Kiansam Lama, Labuan sekitar jam 9 malam selepas bapanya tidak melihat kelibat mangsa selama dua hari sejak 18 Jun lepas bersama suaminya.

Disebabkan kecurigaan itu, si bapa datang ke rumah anaknya dan mengumpil pintu rumah yang berkunci.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, 

"Ketika bapa mangsa masuk ke dalam rumah, dia terhidu bau busuk dari bahagian dapur rumah anaknya.

"Bapa mangsa kemudian memeriksa dan membuka satu keping papan lapis pada lantai dapur rumah lalu menemui mayat anaknya dalam keadaan terlentang dan tidak bernyawa."


"Mayat yang terendam ditutupi dengan tuala dan terdapat sebuah tukul di bahagian kiri kepala mangsa serta kesan cedera di dahi dan leher."

Polis kini sedang giat mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri.

"Mangsa dan suami (suspek) baru berkahwin lapan bulan lalu.

"Polis kini giat mengesan suspek yang juga suami mangsa berusia 24 tahun."

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -CARI

15

Bagus
7

Marah
21

Terkejut
26

Sedih
8

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dutch_lady 21-6-2018 04:10 PM
kene katuk dgn laki pakai tukul ke?
Quote moonbug 21-6-2018 04:31 PM
What went wrong? Kesiannya
Quote wanitajelita 21-6-2018 04:56 PM
Luluh hati seorang ayah... sebaik sahaja bukak penutup papan tu...
Quote samasam90 21-6-2018 05:26 PM
rip.. kesiannya.. baru je baca thread jenayah 80's semalam..
Quote sarahmirza 21-6-2018 05:29 PM
Takziah..
Ayah yang begitu sayangkan anaknya..
Baru tak nampak 2 hari dah mencari..
Pasti sedih betul bila tau nasib yang menimpa anaknya.
Quote Zaien 21-6-2018 05:31 PM
scarynya..... alih2 bukak papan tu.. hurmmmm
Quote exclusive_vvip 21-6-2018 05:36 PM
Allah..kesiannya pd mangsa dan keluarga...24 thn bapanya jaga elok2, baru 8 bulan serahkan pd lelaki lain untuk dijaga, dibunuh pulak...semoga dapat ditangkap suaminya tu..
Quote KILL_NANCY 21-6-2018 06:38 PM
takziah pada keluarga mangsa.haihhhh~
Quote dubuk 21-6-2018 06:50 PM
samasam90 replied at 21-6-2018 05:26 PM
rip.. kesiannya.. baru je baca thread jenayah 80's semalam..

link please..

Quote kamilaa 21-6-2018 08:08 PM
Scary nya dpt laki mcm tuh {:cryrun
Quote izwan_izi 21-6-2018 08:09 PM
Kiansam ni mmg tempat pelarian pilipin...Kerajaan Malaysia baik hati bukak kem penempatan utk diaorg sampailah generasi selepas tu dpt IC biru..
Quote whitePoison 21-6-2018 08:18 PM
si ayah menjaga selama 24tahun anaknye, ditatang dengan baik..dapat kat lelaki lain yg bergelar suami, senang2 dibunuhnye..
Quote EvieWanKenobi 21-6-2018 09:35 PM
takziah.. semoga suaminya dapat ditangkap..
Quote samasam90 21-6-2018 09:54 PM
dubuk replied at 21-6-2018 10:50 AM
link please..

ada dekat bod lagenda, mitos.. lupa thread mana satu.. thread tu discuss pasal kes jenayah kat johor pd tahun 80's... ada dua org budak (adik beradik), nampak pasangan berzina, pastu lelaki tu ikat pastu bunuh budak tu, simpan dlm kumbahan belakang rumah..
Quote doubleA 21-6-2018 10:21 PM
Luluh hati si bapa dia juga yg jumpa mayat anaknya
Quote annabellaruz2 21-6-2018 11:26 PM
samasam90 replied at 21-6-2018 10:54 PM
ada dekat bod lagenda, mitos.. lupa thread mana satu.. thread tu discuss pasal kes jenayah kat joh ...

jilake betul! hanat! dh kantoi berzina, dibunuhnya budak tu?!
Quote annabellaruz2 21-6-2018 11:27 PM
semoga dapat ditangkap suspek tu..senang2 je cabut nyawa org..
Quote munchkin 22-6-2018 12:46 AM
nama dia bukan macam nama orang tempatan
Quote samasam90 22-6-2018 02:26 AM
annabellaruz2 replied at 21-6-2018 03:26 PM
jilake betul! hanat! dh kantoi berzina, dibunuhnya budak tu?!

Yup.. tapi pelaku tak pasti pula siapa.. based on hearsay, pompuan..

Dah ingat link dia.. cc @dubuk

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=406680

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.065426 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top