CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Gitaris Incubus Buat Penampilan Khas Di Konsert Istana Budaya Yuna

6-9-2013 02:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7716| Komen: 36

Description: Buat Mereka Yang Sudah Membeli Tiket Untuk Melihat Persembahan Khas Yuna Di Istana Budaya Untuk Tiga Hari Akan Datang Ini Anda Bakal Di’Kejutkan Dengan Kehadiran Pemain Gitar Kumpulan Incubus


Buat mereka yang sudah membeli tiket untuk melihat persembahan khas Yuna di Istana Budaya untuk tiga hari akan datang ini anda bakal di’kejutkan dengan kehadiran pemain gitar kumpulan Incubus, Mike Einziger yang di’terbangkan khas.


Yuna sendiri berkata yang penglibatan Mike Einziger dalam Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) ini adalah di saat saat akhir apabila gitaris itu sendiri menawarkan diri untuk hadir menjayakan konsert pertama Yuna di Istana Budaya.

“Kehadiran Mike juga sebagai kejutan kepada peminat-peminat saya. Saya memang sedaya upaya merahsiakan perkara ni dari pengetahuan sesiapa. Saya gembira bila lihat ramai peminat bersorak sebaik saja Mike muncul di pentas tadi dan kejutan saya menjadi”

Yuna juga berkata Mike Einziger terlibat dengan semua sesi persembahan sehingga Ahad tanpa mengenakan sebarang bayaran. How nice.

Mengulas tentang konsert pertama beliau di Istana Budaya, Yuna berkata ianya memang satu keinginan untuk beraksi di pentas berprestij itu dan ini merupakan juga hadiah buat para peminat tempatan yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.


“Peluang ini juga membolehkan saya mengeratkan lagi hubungan saya dengan peminat-pemiant saya di sini. Saya tahu saya jarang ada di sini, justeru ini tanda perhargaan saya kepada para peminat yang sentiasa menyokong saya,” kata Yuna lagi.












Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 6-9-2013 11:35 AM


@ ] hattadolmathdc Wishing her best of luck for tonight! #yunaistanabudaya @yunaroomrecords #hattadolmat #hattadolmatcouture #illustration   20h
Read more at http://web.stagram.com/n/hattadolmathdc/#xDmZlTIOV2pwq8gQ.99  
Quote miawpink 6-9-2013 11:35 AM


@ ] hattadolmathdc So proud with her., @yunaroomrecords #hattadolmatcouture #yunaistanabudaya   14h
Read more at http://web.stagram.com/n/hattadolmathdc/#xDmZlTIOV2pwq8gQ.99
Quote miawpink 6-9-2013 11:36 AM


@ ] hattadolmathdc Second outfit for @yunaroomrecords #yunaistanabudaya #ombreneon #hattadolmat #hattadolmatcouture   12h
Read more at http://web.stagram.com/n/hattadolmathdc/#xDmZlTIOV2pwq8gQ.99
Quote miawpink 6-9-2013 11:36 AM


@ ] hattadolmathdc Omg #mikeeinziger #incubes lovely song #imissyou @yunaroomrecords #yunaistanabudaya #yuna   7h
Read more at http://web.stagram.com/n/hattadolmathdc/#xDmZlTIOV2pwq8gQ.99
Quote redliner 6-9-2013 11:40 AM
wahhhh! baiknya mike einziger ni sudi dtg dgn percuma..
Quote kekure 6-9-2013 11:44 AM
Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
tak sabar nak pi Ahad ni..
Mike E memang best! Cayala
Quote miawpink 6-9-2013 11:47 AM
Gitaris Incubus Tawar Diri Kepada Yuna



Mike Einziger, gitaris kumpulan terkenal antarabangsa, Incubus menawarkan diri untuk mengadakan persembahan di konsert solo Yuna di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Idea untuk menerbangkan Mike ke konsert 'Yuna dan Orkestra Simfoni Kebangsaan' ini tercetus pada saat-saat akhir.

"Pada mulanya idea ini timbul apabila saya membawa ahli-ahli band saya (The Palauans) ke Los Angeles. Apabila di sana, saya memberikan kejutan kepada mereka dengan membawa mereka berjumpa dengan Mike yang sememangnya diminati oleh mereka. Mereka sangat teruja apabila dipertemukan dengan Mike. Selepas itu, kami ada sama-sama berbincang mengenai konsert saya yang bakal berlangsung di Istana Budaya," jelas pelantun lagu 'Lelaki' ini.




"Tanpa diduga, Mike sendiri menawarkan dirinya untuk melakukan persembahan di konsert saya. Dia menyatakan hasratnya untuk menyertai kami dalam konsert ini. Selepas itu, tiada berita susulan (follow up) mengenai perkara ini. Apabila saya sudah berada di Kuala Lumpur, saya mendapat kiriman e-mel dari Mike mengenai perkara tersebut. Walaupun agak 'last minute', saya dan tenaga produksi Yuna Room Records sedaya upaya mencuba untuk menjadikan ini satu realiti. Kami menguruskan dan menyelesaikan hal yang berkaitan dengan prosedur dan permit Mike. Akhirnya dia pun dapat terbang ke sini," tutur gadis tinggi lampai ini.

"Saya pun agak risau, kalau-kalau perkara ini tidak menjadi kenyataan. Saya juga mengunci mulut dan merahsiakan kemunculan Mike dalam konsert saya. Tapi bila perkara ini jadi nyata, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi. Momen indah dalam konsert ini apabila saya memperkenalkan kemunculan istimewa Mike. Saya gembira dengan reaksi penonton yang ternyata teruja dan gembira dengan kehadiran Mike," cerita Yuna yang mula dikenali menerusi lagu 'Dan Sebenarnya



Yuna sangat bersyukur dan berterima kasih saat dia diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan di pentas prestij seperti Istana Budaya dengan iringan muzik orkestra. Menjadi idamannya untuk menyanyi dengan orkestra, Yuna menjelaskan yang pada mulanya dia merasakan agak sukar untuk melaksanakan perkara ini. Namun begitu, persiapan secukupnya yang dijalankan oleh Yuna nyata membuahkan hasil.

Selain itu, Yuna juga menjelaskan konsert ini menjadi salah satu cara penghargaan Yuna kepada peminat- peminat yang selama ini mendukung perjalanan seninya.

"Saya rasakan konsert ini mengukuhkan lagi hubungan saya bersama penggemar muzik saya. Ini juga salah satu cara untuk saya habiskan masa bersama peminat-peminat saya dan landasan untuk saya tunjukan penghargaan saya kepada mereka. Saya anggap konsert ini sebagai hadiah saya kepada peminat," ucap Yuna mengakhiri perbualan.


Quote September14 6-9-2013 11:48 AM
mcm aiskrim lak tgk yuna..
Quote narif 6-9-2013 11:52 AM
Mike ni kan banyak involvement dengan album Yuna yang dia buat kat US tu. Selalu tengok Mike post pasal Yuna, kekadang gambar mak Yuna pun ade

Tu laaa... siapa kata Islam dan Yahudi tak boleh bersatu?
Quote miawpink 6-9-2013 11:57 AM
Quote mitnick 6-9-2013 11:59 AM
syg je baju dah lawa, turban mcm xkena plk
Quote miawpink 6-9-2013 11:59 AM
Quote miawpink 6-9-2013 12:00 PM
Quote miawpink 6-9-2013 12:06 PM
[youtube]dOPOOVTAEr8[/youtube]
Quote miawpink 6-9-2013 12:06 PM
[youtube]J7QLnX7mJG8[/youtube]
Quote miawpink 6-9-2013 03:53 PM
Lelaki, Ini Tidak Adil – Yuna



elihat pada tajuknya, kami pasti bermacam perkara sedang bermain di minda anda kan? Apa lagi selepas beberapa kisah cinta penyanyi penuh bakat, Yuna yang sebelum ini putus di tengah jalan.

Namun, anda tidak perlu risau kerana Yuna kini bukanlah sedang putus cinta, tetapi tajuk diatas adalah gabungan lirik dari dua buah lagunya, Penakut dan Lelaki yang dipersembahkan di akhir konsert, Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan yang berlangsung di Istana Budaya (IB). Ironik bukan?

Mula berlangsung hari ini 7 hingga 8 September, Yuna buat julung-julung kalinya telah dijemput untuk membuat persembahan di Istana Budaya.

Sebagai penyanyi paling muda yang pernah dijemput membuat persembahan di IB, Yuna ketika ditemubual memberitahu, dia tidak pernah menyangka akan diberi kepercayaan sebegini.

“Saya memang dah lama teringin nak buat persembahan di Istana Budaya (IB). Jadi bila diberi kepercayaan saya rasa tak sangka dan cukup teruja. Apatah lagi memang setiap penyanyi mengidamkan untuk membuat persembahan di sini,” ujar penyanyi ini.

Antara lagu-lagu Melayu yang dipersembahkan oleh Yuna selain lagu Penakut dan Lelaki termasuklah Gadis Semasa, Dan Sebenarnya, Terukir Di Bintang serta lagu cover kegemarannya, Gelora Jiwa (P.Ramlee).

Manakala lagu-lagu Inggeris pula ialah Deeper Conversation, Decorate, Favourite Thing, Young, Coffee, Photo Of You, Memo, Fear And Frustrations dan juga I Wanna Go.




Menariknya, Yuna telah memberikan kejutan yang hebat apabila dia secara peribadi membawa turun gitaris Incubus, Mike Einziger untuk sama beraksi bersamanya di atas pentas Istana Budaya. Mendapat sorakan yang hebat dari peminat, Mike dan Yuna berganding menerusi lagu popular Incubus, Mr Musician dan I Miss You.

“Mike Einziger sebenarnya adalah plan yang sangat mengejut. Ia berlaku sebelum ini apabila saya bawa The Palawan (band Yuna) berjumpa dengan Mike dan secara tiba-tiba, mereka terbuka cerita mengenai persembahan di Istana Budaya. Jadi, bila Mike dapat tahu, dia menawarkan diri untuk membuat persembahan bersama,” jelas Yuna.

Yuna turut menafikan bahawa penampilan gitaris Incubus itu mempunyai bayaran tertentu.

“Memang saya tak bagitahu sesiapa dan bawa Mike sebagai kawan,” tambahnya lagi.

Namun, bukan setakat persembahan biasa dari Yuna, penyanyi yang mengenakan dua persalinan dari Hatta Dolmat sepanjang malam itu turut menampilkan kumpulan ‘busker’ yang berjaya mencuri perhatian serta menghiburkan para penonton sepanjang lebih 15 minit waktu persembahan mereka.

Apa pun, bagi anda yang sudah membeli tiket untuk persembahan Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 6-7 September bermula hari ini, cepat bersiap dan saksikan sendiri kehebatan Yuna yang memukau isi hati dan jiwa seluruh Istana Budaya.

Quote akik 7-9-2013 11:55 AM
aku dah beli tiket untuk konsert yuna malam ni..cant wait!!
Quote larikesurga 7-9-2013 12:03 PM
jumpa malam ni... i duduk kat stalls, di V....hehe
Quote miawpink 7-9-2013 04:25 PM
Yuna Hebat Memukau!



Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan kini sedang berlangsung di Istana Budaya bermula 6 hingga 9 September 2013. Bagi yang sudah menyaksikan konsert ini, tahniah GUA ucapkan kerana anda di antara individu bertuah kerana berjaya menyaksikan sebuah konsert hebat. Begitu juga kepada yang sudah memiliki tiket, percayalah anda tidak akan menyesal, jauh sekali berasa terkilan.

Sepanjang dua jam setengah menyaksikan Yuna beraksi, GUA bagaikan terpaku dengan kehebatan vokal dan showmanship Yuna. Biar tampil bersahaja, Yuna memukau halwa telinga setiap kali dia berlagu. Benarlah apa yang dikatakan oleh Paul Moss ketika sesi uji bakat One In A Million pada tahun 2006, Yuna punya keistimewaan tersendiri. Selain itu, GUA juga percaya pengalaman menetap di Amerika Syarikat sedikit- sebanyak membawa Yuna ke tahap lebih bagus.

Seperti kebanyakkan konsert solo penyanyi lain, konsert Yuna juga terbahagi kepada beberapa segmen iaitu Broadwalk, Classic Cinema, Dusk dan Night Lights. Yuna mempersembahan 21 buah lagu kesemuanya, yang dipetik daripada album pertama sehinggalah ke album terbitan syarikat rakaman antarabangsa milik David Foster, Verve Records.  

Ketika sesi prebiu kepada pihak media pada Khamis lalu, pemilik nama Yunalis Zara'ai ini tampil membuka tirai konsert dengan menyampaikan lagu Decorate dalam gaun merah jambu hasil rekaan Hatta Dolmat. Kemunculan Yuna yang dinanti seawal jam 7.00 malam ini disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada peminat.





Kegembiraan jelas terpancar di wajah Yuna ketika ini. Mungkin dia puas dapat melakukan sesuatu yang cukup istimewa buat peminat di sini. Bagi meneruskan kehangatan, Yuna lantas menyambung persembahan dengan lagu Favourite Thing, Young dan Gadis Semasa.

Menginjak ke segmen kedua, penonton dihiburkan dengan lagu-lagu Melayu siulan ramai iaitu Gelora Jiwa, Dan Sebenarnya dan Terukir Di Bintang. GUA perhatikan ramai yang turut sama menyanyi ketika ini.




Sebelum  beralih ke segmen ketiga, Yuna mengundurkan diri buat seketika. Bagi memastikan suasana tetap hangat, penonton dihiburkan dengan sekumpulan anak muda yang mempersembahkan muzik 'stempe'.? Apa yang boleh GUA katakan, No Noise Percussion menghiburkan dan bijak membeli jiwa penonton.

Setengah jam kemudian, Yuna meneruskan persembahan dengan segmen ketiga. Tampil dengan persalinan baru, Yuna akhirnya bersedia mengumumkan kejutan tak terduga. Rupa-rupanya penyanyi ini mengundang gitaris Incubus, Mike Einziger untuk mengiringi persembahannya.

Jelas Yuna, pembabitan Mike adalah di saat-saat akhir kerana dia sama sekali tidak menyangka Mike sudi untuk turut serta. Mike mengiringi persembahan Yuna dengan lagu Deeper Conversation, I Miss You, Musician dan I Wanna Go.




Di segmen keempat atau segmen terakhir, Yuna menyampaikan enam buah lagu lagi seperti Fears & Frustration, Right Again, dan sebuah lagu cover No Diggity/Let Love Come Through. Mungkin kerana tidak mahu menghampakan peminat, Yuna turut menyampaikan lagu Penakut sebelum meminta diri.

Bagaimanapun, Penakut bukanlah lagu terakhir Yuna pada malam itu. Dek kerana penonton masih tidak berganjak, Yuna kembali ke pentas dengan lagu Lelaki dan sekali lagi membawakan lagu I Wanna Go.

Secara keseluruhan, GUA menganggap Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan mencipta kejayaan membanggakan. Yuna membuktikan bakatnya bukan calang-calang sekaligus layak menjadi ikon muzik negara. Mungkin ada juga kesilapan-kesilapan kecil yang mungkin terlihat di mata penonton lain, tetapi GUA percaya perkara itu tidak menjejaskan persembahan Yuna.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.269903 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top