CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Anugerah Planet Muzik 2013

6-9-2013 02:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8444| Komen: 40

Description: Penyanyi Popular Negara Ini, Hafiz Suip, Mendominasi Senarai Calon Akhir Anugerah Planet Muzik (Apm) 2013 Dengan Tujuh Pencalonan Dalam Enam Kategori.
APM 2013: Amaran awal Hafiz


      
Wakil penganjur bersama sebahagian artis yang dicalonkan pada APM 2013 di Kuala Lumpur.


Penyanyi Bahagiamu Deritaku terima tujuh pencalonan akhir Anugerah Planet Muzik 2013

Penyanyi popular negara ini, Hafiz Suip, mendominasi senarai calon akhir Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 dengan tujuh pencalonan dalam enam kategori.

Artis kelahiran Sarawak itu dicalonkan dalam kategori Artis Lelaki Terbaik, Duo/Kumpulan Terbaik, Lagu Terbaik Malaysia (dua pencalonan), Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular dan Ikon Media Sosial.
      
Dua daripada tujuh pencalonan itu, Hafiz disenaraikan bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, hasil gandingan mantap mereka menerusi Muara Hati. Masing-masing dalam kategori Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Serantau Paling Popular.

Selain Hafiz, artis lain yang turut menerima pencalonan terbanyak ialah Shila Amzah, Sleeq, Noah, Hady Mirza dan Aliff Aziz. Semua artis berkenaan menerima lima pencalonan akhir.

APM yang akan berlangsung di Suntec, Singapura, pada 18 Oktober depan turut membariskan pencalonan penyanyi dari Singapura dan Indonesia bagi merebut 18 kategori dipertandingkan.

Memasuki edisi ke-12 penganjuran, anugerah kali ini dibawakan oleh stesen radio Singapura, Mediacorp Ria, Warna dan MediaCorp Suria, dengan kerjasama Astro sebagai penyiar rasmi.

Memperkenalkan sedikit kelainan, APM kali ini turut menyediakan kategori baru iaitu Band Terbaik yang menyaksikan saingan antara Bunkface, Gigi, Kotak, Mojo dan Noah.      

Utamakan keadilan dalam penjurian

Penolong Naib Presiden Radio Mediacorp, Hassan Salleh, berkata setiap tahun pihaknya berhadapan cabaran besar dalam menentukan calon akhir kerana anugerah itu membabitkan penyertaan penggiat seni tiga negara.

“Meskipun setiap tahun pembabitan artis Singapura adalah kurang berbanding negara lain, sebagai penganjur, kami tetap mengutamakan keadilan dalam pemilihan calon akhir.  

“Semua pencalonan dari ketiga-tiga negara dinilai sejak 1 Januari 2012 hingga 31 Disember tahun lalu. Kami juga menetapkan tarikh tutup pencalonan sehingga 20 Ogos 2013, iaitu selama lapan bulan.

“Pencalonan akhir ini ditentukan sembilan juri profesional, iaitu tiga wakil dari setiap negara,” katanya.

Peluang artis dikenali di negara luar

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, pula berkata peluang kerjasama dalam penganjuran APM banyak memberikan kelebihan kepada dunia seni muzik tanah air.

“Setiap tahun Astro akan menjadi penyiar rasmi dan saya melihat kerjasama ini turut membuka laluan mudah buat artis yang dicalonkan untuk dikenali di negara luar, khususnya Singapura dan Indonesia.  

“Seperti dimaklumkan wakil dari Indonesia, lagu nyanyian Hafiz memang cukup dikenali di Indonesia. Maka tidak hairanlah dia antara artis yang menerima pencalonan terbanyak pada APM tahun ini,” katanya.

Shila enggan berharap

Sementara itu, Shila yang terkejut dengan lima pencalonan diraihnya begitu teruja menantikan acara gilang-gemilang itu.

“Tahun lalu saya hanya dicalonkan dalam dua kategori saja iaitu Artis Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik (Malaysia). Alhamdulillah, saya membawa pulang anugerah bagi kedua-dua kategori itu menerusi lagu Patah Seribu.

“Tahun ini sekali lagi berlaku kejutan apabila lagu nyanyian dan ciptaan saya sendiri, Masih Aku Cinta, menerima lima pencalonan.

“Begitupun saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi, sebaliknya saya lebih teruja untuk mengikuti majlis APM yang menghimpunkan artis dari tiga negara serumpun. Saya juga seronok untuk mengenali komposer, orang industri hiburan dan media dari Indonesia serta Singapura,” katanya.


INFO
Kategori/Calon akhir APM 2013:  

1. Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita)

- Asmidar (Biar Sampai Ke Bintang)
- Citra Scholastika (Everybody Knew)
- Giselle (Pencuri Hati)
- Kamaya (Terperangkap Cinta)
- Shae (Sayang)


2. Kolaborasi Terbaik
- Aliff Aziz & Adira (Keajaiban Cinta)
- Art Fazil & Imuda (Rilek Brader)
- Najwa Latif, Sleeq & Syamkamarul (Shabat)
- Sheikh Haikel & Illa Damiaa (Eh Lah!)
- The Trisno Trio & Altimet (Dunia)


3. Artis Lelaki Terbaik
- Glenn Fredly (Malaikat Juga Tahu)
- Hady Mirza (Betapa Berat Cintaku)
- Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
- Judika (Aku Yang Tersakiti)
- Tompi (Waktu Takkan Mampu)


4. Artis Wanita Terbaik
- Agnes Monica (Muda)
- Bunga Cinta Lestari (Cinta Sejati)
- Maudy Ayunda (Perahu Kertas)
- Nicky Astria (Terus Melangkah)
- Shila Amzah (Masih Aku Cinta)


5. Duo/Kumpulan Terbaik
- Black & Malique (Teman Pengganti)
- Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza (Muara Hati)
- Tangga (Cinta Tak Mungkin Berhenti)
- The Trisno Trio & Altimet (Dunia)
- Truth (Hati-Hati dengan Hati)


6. Band Terbaik
- Bunkface (Panik)
- Gigi (Mutiara Yang Hilang)
- Kotak (Kecuali Kamu)
- Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
- Noah (Separuh Aku)


7. Lagu Terbaik (Malaysia)
- Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo)
- Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
- Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
- Muara Hati (Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza)
- Pelangi Senja (Stacy)


8. Artis Serantau Paling Popular
- Agned Monica
- Aliff Aziz
- Bunga Cinta Lestari
- Cakra Khan
- Hady Mirza
- Hafiz
- Noah
- Rossa
- Shila Amzah
- Sleeq
- Taufik Batisah
- Yuna


9. Ikon Media Sosial
- Agnes Monica
- Aliff Aizi
- Bunkface
- Hafiz
- Imran Ajmain
- Mizz Nina
- Najwa Latif
- Noah
- Sherina Munaf
- Shila Amzah
- Sleeq
- Vidi Aldiano


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 5-9-2013 09:27 AM
lagi...lagi....
Quote nicuya 5-9-2013 09:29 AM
alaaa.....kl kt malaysia mesti la byk tuan rumah yg menang....tgk la nnt...apm ni mmg mcm tu...
Quote mitnick 5-9-2013 09:39 AM
bnyk muara hati tercalon. ade peluang menang
Quote ahlisihircute 5-9-2013 09:45 AM

klu tgk sejarah...anugerah terbaik byk retis Indon yg menang....
retis Msia byk menang tuk popular jer....
Quote malaywood.NET 5-9-2013 09:47 AM
tahun ni dibuat dimana?.
Quote malaywood.NET 5-9-2013 09:48 AM
nicuya posted on 5-9-2013 09:29 AM
alaaa.....kl kt malaysia mesti la byk tuan rumah yg menang....tgk la nnt...apm ni mmg mcm tu...

kamu ni indon ke buk..
Quote itik_kuning 5-9-2013 09:53 AM
Rasanya kalau tak silap band Audionauts dari Singapore pun ada tercalon untuk kategori Artis Popular dan Lagu Popular. Tahun lepas dah menang untuk kategori Lagu Popular.
Quote nicuya 5-9-2013 09:53 AM
malaywood.NET posted on 5-9-2013 09:48 AM
kamu ni indon ke buk..

bukan la wei....kan die wat kat malaysia kn....biasenye tuan rumah mesti byk dpt kredit..mcm apm dlu2 tu la...

Quote malaywood.NET 5-9-2013 10:04 AM
nicuya posted on 5-9-2013 09:53 AM
bukan la wei....kan die wat kat malaysia kn....biasenye tuan rumah mesti byk dpt kredit..mcm apm d ...

apa di kerepak ni,.
kan apm ni singapura yang menganjur..
singapura,indon,malaysia ada jer jd tt rumah..
dah penyanyi tu terbaik juri bg menang lah..
lg satu biasanyer indon jer memanjang komen begini
tak puas hati.tengok saja lah pages apm sana..


Quote nicuya 5-9-2013 10:07 AM
malaywood.NET posted on 5-9-2013 10:04 AM
apa di kerepak ni,.
kan apm ni singapura yang menganjur..
singapura,indon,malaysia ada jer jd tt ...

sentap plak die..kehkehkeh
ntah pape..wakaka

Quote anis01 5-9-2013 10:08 AM
tahun ni siti dah x dapat dicalonkan untuk kategori artis serantau popular
Quote malaywood.NET 5-9-2013 10:12 AM
nicuya posted on 5-9-2013 10:07 AM
sentap plak die..kehkehkeh
ntah pape..wakaka

siapa yang sentap..
bukan kau ke?
tak tahu nak komen apa
terus kau kata aku sentap pulak..
pastu meroyan pulak kau
indon tak dapat menang dan jd tt rumah..
jgn berselindung lah cik buk..
jgn nak tuduh org malaysia sbg tt rumah apm
lalu malaysia ada peluang nak menang.
apm ni singapore yang menganjur.
tahun lepas singura tuan rumah.
banyak menang,
kami tak bising bising pun..
indon kan terkenal perangai caprut
sakai..
Quote nicuya 5-9-2013 10:14 AM
malaywood.NET posted on 5-9-2013 10:12 AM
siapa yang sentap..
bukan kau ke?
tak tahu nak komen apa

wakakaka..sentap
Quote tomet05 5-9-2013 10:18 AM
gudlak untuk semu apeserta
Quote malaywood.NET 5-9-2013 10:19 AM
nicuya posted on 5-9-2013 10:14 AM
wakakaka..sentap

wakakaka.sakai...
buat lah anugerah indon sendiri banyak banyak.
nak menangkan diri sendiri pun takpe..
sakai...

Quote Incanto 5-9-2013 10:37 AM
Mana pula Msia jadi tuan rumah
Bukan ke buat kat Suntec Spore... Ke aku silap baca?
Quote ira_229 5-9-2013 10:50 AM
itik_kuning posted on 5-9-2013 09:53 AM
Rasanya kalau tak silap band Audionauts dari Singapore pun ada tercalon untuk kategori Artis Popular ...


lagu singapura terbaik..tahun ini cuma popular sahaja..cer tengok yg lain berapa kali masuk pencalunan tapi cat popular..
Quote ira_229 5-9-2013 10:53 AM
Incanto posted on 5-9-2013 10:37 AM
Mana pula Msia jadi tuan rumah
Bukan ke buat kat Suntec Spore... Ke aku silap baca?


betul kat santec singapore mmg tempat lebih kecik dari max pavillion tapi rasa audio dia better..
Quote malaywood.NET 5-9-2013 10:55 AM
Incanto posted on 5-9-2013 10:37 AM
Mana pula Msia jadi tuan rumah
Bukan ke buat kat Suntec Spore... Ke aku silap baca?

indon banyak komplen
malaysia banyak menang sebab tuan rumah,
padahal yang menganjur tu singapura..
tahun bila kah indon jd tuan rumah
puak sakai ni bangga sih sebab menang banyak..
sebab tu aku kata sakai, nak iktiraf lah tu,
intension sekers puak puak sakai ni..
malaysia pernah jd tuan rumah lah..
tapi tahun lepas apm tuan rumah singapura,
kalau mcm tu aku pun kata indon menang miss world thun ni
sebab tahun ni indon tuan rumah..
bodoh betol akal indon ni kan..
betol tak @nicuya

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.214256 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top