CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Punca Kematian Zulfarhan, Kombinasi ‘Hypervolemia', Masalah Jantung Dan Buah Pinggang

15-5-2018 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4743| Komen: 25

Description: Punca kematian Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang dipercayai didera oleh rakan satu universiti adalah disebabkan kombinasi antara ‘hypervolemia', mas ...
Punca kematian Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang dipercayai didera oleh rakan satu universiti adalah disebabkan kombinasi antara ‘hypervolemia', masalah jantung dan buah pinggang yang dialaminya.


Perkara tersebut diberitahu di Mahkamah Tinggi oleh seorang pakar forensik.

mStar Online melaporkan, Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad, 37, berkata hasil dari bedah siasat mendapati mangsa mengalami pembengkakan jantung dan kegagalan sel ginjal.

Foto: mStar Online
“Kombinasi itu boleh menyebabkan kematian,” jawapannya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri M. Ramachelvam, yang mewakili Muhammad Afif Najmudin Azahat, pada perbicaraan hari keenam kes itu.


“Semua (bahagian badan), ia kombinasi. Saya tak boleh cakap yang mana satu (kesan lecur di badan yang menyebabkan kematian)."

Bedah siasat juga mendapati terdapat 90 kesan luka lecur  darjah 1 hingga 3 di seluruh badan, termasuk punggung dan zakarnya.

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin, Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang semuanya merupakan penuntut UPNM mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Tuduhan terhadap mereka yans kesemuanya berusia 22 tahun dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori.

Perbicaraan akan disambung Rabu ini di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. -CARI
11

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 15-5-2018 10:44 AM
kesian nye..sblom mati seksenye die..
org yg wt tu xrase pape ke..kompius aku..
Quote kucingitam 15-5-2018 10:51 AM
harap hukuman tak diringankan. bagi je gantung sampai mati..eh emonya aku
Quote alieyrina 15-5-2018 10:54 AM
Aku x penah lupa arwah farhan..tiapkali teringat mesti soklan yg sama? Apa dlm kepala otak celaka2 yg buat tu?
Quote bbalik 15-5-2018 11:04 AM
pray for farhan

harap2 terbela
Quote laksmanabentan 15-5-2018 11:07 AM
lepas tu nanti peguam akan swing ler... swing kaw2 nanti....

nanti peguam akan timbulkan keraguan masalah pembengkakan jantung dan buah pinggang takde kena mengena dengan deraan... tak dapat di buktikan kesan lecur sterika itu ada kaitan dengan jantung dan buah pinggang dan peguam pun berjaya membuktikan keraguaan tuh...
shittt!!!!!


Quote sarahmirza 15-5-2018 11:10 AM
Yang ramai2 mendera dia ni dulunya budak SBP ke?
Kesian la...anak2 yang terabai dan kurang diberi perhatian oleh parents sendiri.
Sebab itu takde perasaan belas langsung waktu mendera dan melihat orang di dera sebegitu rupa.
Quote moonbug 15-5-2018 11:25 AM
Satu je kagum dgn diorang, boleh tidur malam ya adik-adik brotherhood ini?
Quote niena90 15-5-2018 11:49 AM
Mati dibalas dgn mati. Full stop!
Quote Bedah.Cun 15-5-2018 11:56 AM
Kau jgn nk tinbulkan keraguan sgt, yea. Kang bedah kempen sampai karier guaman kau jatuh tersepuk ke tanah!
Quote amyza 15-5-2018 12:09 PM
Sian arwah menahan sakit 1badan tetap tak ngadu kat siapa2
Quote jazaa100 15-5-2018 12:45 PM
kesian.....

infection tu yg sebabkan kegagalan ginjal, pembengkakan jantung....
cilake le sapa yg dera dia ni....
Quote umbut 15-5-2018 12:49 PM
Pembuli tu semua camner.. sabit kesalahan gantung ke...
Quote OmJualGas 15-5-2018 12:49 PM
Celaka laknat semua kawan2 dia ni...
Quote CikBersahaja 15-5-2018 05:40 PM
Sebak sehingga ke masa membaca berita ini. Kasihan Farhan! Kuat betul semangat juang tu. Semoga tenang di sana, Farhan. Masa depan setan-setan tu mmg dah berakhir. Harap hidup sengsara, takde orang nak ambil bekerja dan hidup dalam pengawasan polis sentiasa.
Quote elnor_81 15-5-2018 06:05 PM
jazaa100 replied at 15-5-2018 12:45 PM
kesian.....

infection tu yg sebabkan kegagalan ginjal, pembengkakan jantung....

Btul..aku igt lg..arwah asben aku ad infection..mmg kaco abis buah pggang n jantung..doc pun ckp..infection blh jd haywire dlm bdn.
Quote jazaa100 15-5-2018 06:11 PM
elnor_81 replied at 15-5-2018 06:05 PM
Btul..aku igt lg..arwah asben aku ad infection..mmg kaco abis buah pggang n jantung..doc pun ckp.. ...

memanglah...

infections tu akan serang organ dalaman....cepat sgt....

Quote laksmanabentan 15-5-2018 06:21 PM
hanat sgt kan dia org nih... sampai kemaluan arwah pun nak di dera nya...

mai beratur sorang2, kita tekup kemaluan masing2 dengan sterika wap... baru tahu sedap ke tak...
Quote dani-rox 15-5-2018 06:40 PM
kejam giler.
sampai alat sulit pun dicederakan, inikah didikan upnm yg student2 nya hari tu bekap sgt? #justiceforfarhan
Quote iloveselangor 15-5-2018 10:00 PM
Arwah zulfarhan sentiasa dlm ingatan forummer.

Nasihat i, boikot upnm.

Ibubapa sila BOIKOT UPNM

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.218748 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top