CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kalau Dato' Siti Boleh Tunggu 11 Tahun, Kita Yang 5 Tahun Ni Apalah Sangat Kan?

3-5-2018 11:51 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5982| Komen: 28|Original author: Oleh: Whitney

Description: Untunglah sesiapa yang baru berkahwin dan dimurahkan rezeki menerima kehadiran cahaya mata dalam masa yang singkat. Ini kerana, ramai juga pasangan suami isteri yang terpaksa menunggu lama untuk menim ...
Untunglah sesiapa yang baru berkahwin dan dimurahkan rezeki menerima kehadiran cahaya mata dalam masa yang singkat. Ini kerana, ramai juga pasangan suami isteri yang terpaksa menunggu lama untuk menimang cahaya mata pertama. 


Berkat kesabaran dan usaha yang berterusan, ramai yang berjaya hamil dan dikurniakan anak selepas beberapa tahun mereka berkahwin. Seorang wanita bernama Suraya Ghani berkongsi kegembiraan dan detik perjalanan hidupnya dalam usaha mendapatkan zuriat di facebook miliknya. Ternyata, usahanya tidak sia-sia dan telah pun mendapat seorang anak lelaki yang sangat comel. 



Pelbagai usaha yang dilakukan untuk mendapatkan zuriat. Biarpun banyak kali gagal, mereka tetap mencuba.
 



Mereka sangat rajin melayan anak-anak saudara dan menganggap mereka seperti anak sendiri.




Netizen mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan kehadiran anak pertama pasangan ini. Mereka masing-masing percaya jika semua pasangan suami isteri berusaha dan bersabar, mereka pasti akan dikurniakan cahaya mata biarpun terpaksa menunggu lama.


Ramai juga netizen yang masih berusaha dan menanti kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. Kisah wanita ini sedikit sebanyak dapat memberikan harapan dan motivasi kepada mereka supaya tidak mudah berputus asa. Bukan mudah untuk berhadapan dengan sesetengah netizen yang kadang-kadang tidak memahami tentang rezeki anak malah terus lontarkan pelbagai tuduhan. 


Tidak ada jaminan pasangan yang berkahwin akan terus dapat anak tetapi ia adalah rezeki yang Allah berikan. Jika lambat sekalipun, bersabarlah dan terus berusaha. Bukannya si suami terus ambil keputusan kahwin lain. Betul tak? - CARI 
6

Bagus
4

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tengku_anggun00 3-5-2018 12:21 PM
Happy jaa baca cite org...teringin nak rasa perasaan itu...

#sabarhati
Quote grizz 3-5-2018 12:35 PM
kne byk sabo..
Quote nisako 3-5-2018 12:54 PM
tahniah la...
Quote senahitam 3-5-2018 12:57 PM
sama....sy pun x percaya dgn segala jenis suplement tu konon boleh bantu senang pregnant. kalo tuhan nak bg...dia akan bg pada masa yg tepat. jgn mudah putus asa, sementara berdua ni...enjoy puas2, jalan2 berdua...sampai masa ada rezki insyaAllah

sy tunggu hampir 2 tahun lebih...sama jugak xde masalah or sakit ape pun, just bukan rezki nak dpat anak awal...tetiba je pregnant, tp lepas tu gugur, sket pun sy x nangis time tu sbb pada sy at least sy xde problem utk mengandung or x mandul la senang citer....so rilek2...x lama lepas tu melekat balik. alhamdulillah...nak dpt yg no. 2 ni pun lambat jugak...x lekat2 smpai skang...anggap je la tuhan nk bg anak ni manja lebih seblum dpt adik....

apapun syukur sentiasa
Quote whadda 3-5-2018 01:21 PM
iol doakan forummer yang belum dapat anak akan dapat nanti.. inshaAllah.. cuma cepat atau lambat je

sambil2 tu kirimlah doa kat orang yg nak ke mekah.. walopon orang yg tak rapat..
Quote de_ikea 3-5-2018 05:05 PM
whadda: iol doakan forummer yang belum dapat anak akan dapat nanti.. inshaAllah.. cuma cepat atau lambat jesambil2 tu kirimlah doa kat orang yg nak ke mekah.. ...


Allahumma aminnnn.
Quote sarukhan 3-5-2018 05:29 PM
Banyak2 sharing psal pregnancy, ini yg paling sy suka! Hehe happy je  baca!
Quote faraway1 3-5-2018 10:06 PM
dapat anak selepas 11 tahun, happy aje tak risau
walaupun orang forum yang ramai risau ingat me mandul ke apa hahah

2 tahun dah usia anak...
Quote sfinaria 3-5-2018 10:15 PM
Meols dah 4 tahun kawen. Tahun pertama kawen mmg betul2 honeymoon. Travel sane sini dgn hubby. Masuk tahun ke2 xde rezeki bermula la proses rawatan kesuburan. Check2 rupenye meols ade pcos. Telur x matang. Period x teratur. Sebab tu meols period kadang 3,4 bln sekali. 2 kali amik ubat subur and suntikan hormon tp xde rezeki. So kne proceed iui. Dah makan duphaston utk turunkan period tapi x period2 jugak. Lps 3 minggu tak turun period check upt positif! Betul2 tak sangka. Pregnant secara semulajadi. Pegi klinik scan dh nampak heatbeat baby. Rezeki Allah nak bagi. Yang belum ade rezeki jgn putus asa. Miracle do happen
Quote eyansss 3-5-2018 10:36 PM
tengku_anggun00 replied at 3-5-2018 12:21 PM
Happy jaa baca cite org...teringin nak rasa perasaan itu...

#sabarhati

aku doakan semoga ko dapat rasa perasaan tu... ameeeennnn...
Quote eyansss 3-5-2018 10:45 PM
cuba amalkan:

1. jumpa mana2 budak2, belanja aiskrim or gula2 (tapi mintak izin dari mak ayah diorang dulu ye )... aku kalo lepak2 kat playground ke, bawak anak pi mandi laut ke, kalo ada orang jual aiskrim pastu ada budak2 lain nak beli jugak, aku selalu bayarkan...
2. selalukan bersedekah... lima posen pun kira sedekah... ikhlaskan hati waktu bersedekah...
3. banyakkan mohon maaf dengan mak ayah (walaupun kita takde salah or mak ayah selalu cakap diorang sentiasa maafkan kita)...
4. jangan stress... terutamanya yang ada masalah kesihatan... sedangkan yang subur pun kalo stress akan ganggu proses dapatkan baby...

pesanan aku satu je:

kata orang, amek anak angkat supaya mudahkan rezeki... salah tu... memang ada orang dapat je anak angkat, terus dapat baby... tapi ada yang tak... it took me 4 years baru pregnant... ada boss aku anek sampai 3 anak angkat tapi masih tiada rezeki... niatkan seikhlas hati kalo  amek anak angkat... bukan sebab ada hidden agenda... dan tak baik untuk anak angkat tu... cuba kalo orang berkawan dengan kita sebab nakkan sesuatu, sakit tak hati kita?
Quote eyansss 3-5-2018 10:49 PM
faraway1 replied at 3-5-2018 10:06 PM
dapat anak selepas 11 tahun, happy aje tak risau
walaupun orang forum yang ramai risau ingat me man ...

teringat sorang forumer yang kerap attack ko bab beranak ni bila kalah hujah ngan ko... PA kaw2... hahaha... and i feel u sebab aku pun penah jugak dikutuk2 (tapi bodo tak tag aku sebab aku bukan rajin belek semua topik kat semua benang)... ada yang menyampai... aku diamkan aje... manusia yang suka gunakan kesuburan orang untuk sakitkan hati orang tu adalah the biggest loser weih... hahahaha...
Quote cik_kambing 3-5-2018 10:51 PM
Saya doakan yang belum dapat anak tu dikurniakan anak, amin
Quote sueburn 3-5-2018 11:04 PM
Iols tunggu 9 tahun.. 1 ectopic, 2 kali miscarriage, yg ke 4 ni baru 8 hari iols selamat melahirkan..  kena yakin & bersangka baik setiap aturan Allah..
Quote putribonda 4-5-2018 09:11 AM
kami almost 10y dah kahwin.
belum ada rezeki nak timang cahayamata setakat ni.
tapi kami positif je.
Kami selalu je fikir,mungkin Allah tak bagi kami anak setakat harini sebab kami tak mampu nak jalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik??
Mungkin Allah uji kami nak tengok setakat mana kami mampu bersabar dengan ikatan perkahwinan ni?? Ada bermacam hikmah dan itu bukanlah kerja kami nak mempersoalkannya.
Kami masih positif..hidup berdua pun bahagia.

Cuma macam aku, tak pongpang pongpang update status sana sini-kami belum ada zuriat:kami belum ada anak:semoga dapat merasa menjadi ibu:bla bla bla.
ada kawan aku tu aduhaiiiiiii..perlu ke setiap masa update status pasal takde anak.
baik duduk diam2 jelah.

orang luar anggap orang yang takde anak ni macam berdosa besar masuk api neraka lak.
Quote fushimi 4-5-2018 09:44 AM
pakcik aku dah kawin 12 tahun pun tak dapat anak

tapi dia ambik anak angkat pempuan sorang 6 tahun lepas

comel pulak tu

Quote afie_m 4-5-2018 12:34 PM
saya 6thn baru ada rezeki dapat anak .. x ada ambil apa2 ubat pun....  cuma last tu saya berurut....
sabar ya bagi pasangan yang belum diberikan rezeki untuk memiliki anak...insyaAllah..perancangan Allah kita x tahu..
Quote tengku_anggun00 4-5-2018 12:46 PM
eyansss replied at 3-5-2018 10:36 PM
aku doakan semoga ko dapat rasa perasaan tu... ameeeennnn...

aminnnn....
Quote eyansss 4-5-2018 01:04 PM
putribonda replied at 4-5-2018 09:11 AM
kami almost 10y dah kahwin.
belum ada rezeki nak timang cahayamata setakat ni.
tapi kami positif j ...

teringat satu video aku tengok kat fb...  diorang ada buat sharing session kat tasik titiwangsa ke mana ntah...  dia cakap, orang selalu cakap bila dah meninggal, terputus semua kecuali tiga perkara dan salah satunya doa anak2 yang soleh...  dia sedih sangat2 bila dengar...  sebab dia takde anak untuk doakan dia...  satu hari, dia start buat aktiviti melibatkan anak2 yatim n semenjak tu dia selalu buat...  dan anak2 yatim ni selalu doakan dia...  membuatkan dia terfikir, dia dah dapat dah doa dari anak2 yang soleh (anak yatim) dan ramai pulak tu anak2 dia doakan dia...  masa tengok tu, memang aku tersentuh sangat2...

macam ko cakap, ada hikmah disebalik semua dugaan...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068915 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top