CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Ratu Rania @ Astro Prima Bersama Faizal Zain, Ziana Zain & Rozita Che Wan

5-9-2013 12:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8772| Komen: 2

Description: Nama Faizal Zain Memang Sudah Tidak Asing Lagi Dalam Dunia Dekorasi Tempatan Dan Antarabangsa. Faizal Zain Yang Kerap Kali Terlibat Dalam Pelbagai Program Tv Sudah Banyak Kali Diundang Menjadi Juri Pr ...

Nama Faizal Zain memang sudah tidak asing lagi dalam dunia dekorasi tempatan dan antarabangsa. Faizal Zain yang kerap kali terlibat dalam pelbagai program tv sudah banyak kali diundang menjadi juri profesional dalam pelbagai pertandigan dekorasi di Malaysia, mahu juga negara-negara jiran yang lain.

rbaru, sekali lagi nama Faizal Zain diangkat dan diberi penghormatan sebagai salah seorang tenaga pengajar untuk rancangan realiti terbaru Astro yang diberi judul Ratu Rania. Rancangan di saluran Astro Prima ini adalah dengan kerjasama produk kecantikan Safi Rania, menampilkan 10 peserta dari pelbagai latar belakang.

Di samping Faizal Zain yang diundang untuk mengajar dalam segmen dekorasi, beberapa nama besar yang lain turut terlibat sebagai juri tetap seperti pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim, penyanyi popular Ziana Zain dan pelakon jelita Rozita Che Wan.

Di dalam segmen dekorasi, Faizal akan memberikan pelbagai tip hiasan dalaman kepada semua peserta yang kemudiannya akan dibahagiakan kepada 2 kumpulan untuk melaksanakan tugas masing-masing.

Kejayaan yang dikecapi Faizal Zain dalam dunia dekorasi sejak sedekat lebih, membuatkan namanya menjadi sebutan utama setiap kali adanya rancangan yang berunsurkan rekaan dalaman.

Hampir 3 jam Faizal meluangkan masa dilokasi pengambaran, berkongsi pelbagai cetusan idea untuk semua peserta dan juga kepada para penonton. Petang itu Faizal Zain tampil segak dengan busana rekaan Henas Haneesa dan solekan oleh Joline Manja. Di kesempatan itu juga Faizal Zain turut meluangkan masa ditemuramah oleh pihak media.

Jadi jangan lupa saksikan rancangan Ratu Rania setiap Rabu 9 malam, bermula 4 September 2013 di saluran Astro Prima.
http://zaldeco.blogspot.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 2-9-2013 08:15 PM
Satu lagi rancangan realiti mengeksploitasi wanita. Setaraf dengan rancangan realiti nyanyian dan tarian yang tidak berfaedah itu.
Quote hayrin86 2-9-2013 08:19 PM
Astro Ria walaupun penah ada rancangan realiti nyanyian/tarian tapi dah ada rancangan realiti bukan hiburan, bernama FEAR FACTOR.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.260031 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top