CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Padah Main Basikal Lajak. Kesian Tengok Wajah Remaja Ini Selepas Balutan Dibuka

12-4-2018 12:48 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 11959| Komen: 24|Original author: Oleh: Whitney

Description: Zaman remaja adalah waktu untuk mereka membina jati diri. Bagaimana pun, kita kerap kali mendengar tentang salah laku golongan remaja. Tidak dinafikan, ramai remaja yang suka mencari keseronokan sendi ...
Zaman remaja adalah waktu untuk mereka membina jati diri. Bagaimanapun, kita kerap kali mendengar tentang salah laku golongan remaja. 

Tidak dinafikan, ramai remaja yang suka mencari keseronokan sendiri tetapi perlulah dipantau oleh ibu bapa agar apa yang dilakukan itu tidak mengundang bahaya. 


Baru-baru ini tular di media sosial tentang gambar seorang remaja yang cedera parah pada bahagian muka termasuk mulut dan lidahnya kerana terjatuh ketika sedang menunggang basikal lajak. Gambar dan cerita ini dikongsi oleh ramai pengguna Facebook termasuklah wanita bernama Aleesya Sofiyya. 

Dia berharap cerita itu dapat dijadikan pengajaran kepada remaja itu sendiri serta remaja lain yang terlibat dengan aktiviti lajak basikal. Remaja ini dikatakan mengalami kecacatan kekal pada pertuturannya dan parut pada muka.


Kesian melihat keadaan wajah remaja ini yang cedera teruk pada wajah, tetapi apakan daya, salah sendiri. Hendak makan pun tidak boleh, hanya dapat minum susu sahaja untuk mengisi perut.


Ramai netizen yang berharap remaja ini insaf dan tidak akan mengulangi bermain basikal lajak. Inilah pengajaran akibat kedegilannya. Netizen juga mendoakan agar dia cepat sembuh.


Netizen turut menyalahkan sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang aktiviti anak-anak mereka. Walaupun ramai yang tahu tentang bahaya aktiviti lajak basikal, tetapi mereka seolah-olah tidak bertegas malah membiarkan saja dan ada yang memberikan wang untuk anak-anak mereka mengubah suai basikal mereka.


Oleh itu, ibu bapa yang ada anak-anak yang memiliki basikal lajak, ambil tindakan dengan hapuskan basikal lajak yang tiada ciri-ciri keselamatan itu. Ubahlah kembali menjadi basikal biasa yang lebih selamat untuk ditunggangi. 

Didiklah anak-anak sebaiknya dan halang mereka daripada melakukan perkara bahaya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. -CARI

13

Bagus
27

Marah
15

Terkejut
18

Sedih
20

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 12-4-2018 01:16 PM
Takziah dik.
Semoga insaf, kecik2 naik basikal, besar merempit pulak.
Hidup jangan menyusahkan orang lain okay
Quote prettyuglybabe 12-4-2018 01:23 PM
muka parut baru nampak badboy nak pikat pompuan ye dak??
dah baik nanti sambung melajak ye..
Quote CiliPadiSedap 12-4-2018 01:27 PM
prettyuglybabe replied at 12-4-2018 01:23 PM
muka parut baru nampak badboy nak pikat pompuan ye dak??
dah baik nanti sambung melajak ye..

doa baik2 lah sis
Quote prettyuglybabe 12-4-2018 01:33 PM

dah doa baik la tu..
supaya dia dapat ramai girlfren..
and dia cepat baik so boleh sambung melajak..
tak baik celah mananya?
Quote drivethru 12-4-2018 01:35 PM
Dah besar nanti terlanjur plak.
Quote Red_mAnc 12-4-2018 01:41 PM
Edited by Red_mAnc at 12-4-2018 05:43 AM

adui,, mmg TERLAJAK...semoga sembuh cepat dik, insyallah... next time bila dh besar n merempit guna helmet ye..
Quote shernazz 12-4-2018 01:49 PM
Next bleh sambung lajak lagi...
Lajak laris
Quote haryatie 12-4-2018 02:31 PM
Ya Allah..mcm tu sekali muka dia..
kenapa di panggil basikal lajak..
x faham sgt pasal basikal ni..
basikal lajak n basikal biasa tu lain yerr..
Quote chinta89 12-4-2018 02:50 PM
basikal lajak ni mcm mne
Quote tri-max 12-4-2018 04:27 PM
beskal lajak ni takde break system
actually asalnya basikal bukit, sesuai main lajak masa turun bukit
knowing budak2 m'sia ni mmg kreatip dan innovatip
ini lah hasil nya
Quote Artemesiaa 12-4-2018 06:39 PM
Dia mungkin dah insaf tapi yang lain mungkin sekadar lihat je sampai ler mereka sendiri mengalami benda yang sama baru ler nak insaf begitu ler seterusnya sampai abang jamil mampus
Quote kivio 12-4-2018 07:09 PM
Pa.Dan.Mu.Ka.
Quote Nt-ViruS 13-4-2018 12:31 AM
patutnya buat letak sekali gambar sebelum baru padu
Quote mjla 13-4-2018 01:24 AM
Jatuh basikal meme cam tu pasal muka tomoih dulu.
Sama gak eksiden keta lori moto. Lg teruk
Sedap korunk je padankan budak ni
Quote moocoww 13-4-2018 10:09 AM
Budak muda..semua dia nak cuba
Quote aciik 13-4-2018 10:56 AM
dah baik esok  main lagi ya dik....biar kapla pulak hilang terusss....
Quote grouper 13-4-2018 12:15 PM
Aku sebenarnya kagum ngan budak2 men basikal lajak ni...mmg tak takut mati. Xde brake turun bukit men kat jalan raya ada kete lori...lepas tu siap superman lagi..mmg berani.
Quote raxief 15-4-2018 01:38 PM
kat daerah aku, mati terus budak tu.. lebih kurang gini la, muka tersembam kat jalan tar, muka hancur & mati.. puncanya, masa tgh syok main beskal lajak ni, fork tercabut

sape org felda adela tau la kes ni, awal tahun ni
Quote rayray28 15-4-2018 07:42 PM
raxief replied at 15-4-2018 01:38 PM
kat daerah aku, mati terus budak tu.. lebih kurang gini la, muka tersembam kat jalan tar, muka hancu ...

Fork tu yg bahagian mana?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064631 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top