CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dari Merempat, Kini Hidup Mewah. Kehidupan 6 Selebriti Ini Jadi Inspirasi!

28-3-2018 12:33 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 3923| Komen: 3|Original author: Oleh: Amiey

Description: Setiap daripada kita pastinya akan melalui fasa hidup yang berbeza, daripada susah menjadi senang, daripada bujang kemudian berkeluarga, dan daripada comot menjadi seorang yang kacak dan cantik!
Setiap daripada kita pastinya akan melalui fasa hidup yang berbeza, daripada susah menjadi senang, daripada bujang kemudian berkeluarga, dan daripada comot menjadi seorang yang kacak dan cantik!



Golongan selebriti juga tidak terkecuali mengalami fasa hidup yang berbeza. Mungkin tiada siapa yang pernah terfikir yang terdapat golongan selebriti yang suatu ketika dahulu pernah melalui kehidupan yang susah. 

Menerusi Hangat.com, kami kongsikan enam selebriti Hollywood yang suatu ketika dahulu pernah hidup miskin sebelum bergelar selebriti:

1. Jim Carrey

Foto: Carian Google
Kesusahan hidup menyebabkan Jim terpaksa berhenti sekolah dan tinggal di dalam mini van bersama keluarganya. Setiap malam mereka akan bermalam di lokasi berbeza di seluruh Kanada sehinggalah akhirnya mereka membina khemah di ladang kepunyaan emak saudara Jim. Di sana, dia sering menghiburkan keluarganya dengan lawak jenaka. 

Kesusahan hidup keluarganya membuatkan Jim nekad untuk menjadi kaya demi untuk membantu mengubah kehidupan mereka sekeluarga dan kini dia mampu buktikan kemampuannya!

2. Jennifer Lopez
Foto: Carian Google
Jennifer Lopez atau nama samaran Jlo pernah dihalau keluar dari rumah oleh ibunya ketika berusia 18 tahun kerana tidak mahu ke kolej. 
Dia kemudian menetap di studio tarian tempat dia bekerja dan hanya tidur di atas sofa untuk beberapa bulan sebelum menerima tawaran menari di Eropah. Dan lihatlah kejayaan yang dimilikinya sekarang.

3. Daniel Crag
Foto: Carian Google
Bintang James Bond ini pernah melalui zaman susah ketika mula-mula bergelar pelakon apabila beliau tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya tidur di bangku taman di sekitar London.

Untuk filem James Bond, Skyfall, Daniel telah menerima bayaran sebanyak 17 juta dolar dan kini menjalani kehidupan yang agak mewah.

4. Kelly Clarkson 
Foto: Carian Google
Berbekalkan sedikit wang dan tanpa kenalan di Los Angeles, kehidupan Kelly Clarkson pada mulanya agak sukar. Lebih-lebih lagi setelah tempat kediamannya di LA hangus terbakar sehingga memaksanya untuk tinggal di dalam kereta.

Bagaimanapun, kehidupan Kelly berubah apabila dia berjaya menjadi penyanyi terkenal dan album pertamanya mendapat sambutan yang membanggakan.

5. Halle Berry
Foto: Carian Google
Ketika Halle berpindah ke Chicago untuk menjadi pelakon, beliau kehabisan duit dan terpaksa menginap di rumah gelandangan untuk beberapa tahun. 

Kepayahan itu mengajar beliau untuk berdikari dan berusaha lebih untuk mengejar cita-cita. 
Pendapatan tahunan Halle kini mencecah 80 juta dolar dengan 14 juta dolar untuk setiap tawaran lakonan.

6. Sylvester Stallone
Foto: Carian Google
Bintang aksi ternama, Sylvester pernah tidur di stesen bas Port Authority selama tiga minggu sebelum menemui iklan pencarian pelakon lucah yang membayar $100 sehari. 

Stallone bekerja selama dua hari sahaja semata-mata hanya ingin keluar dari stesen bas tersebut, sebelum kemudiannya berjaya menjadi pelakon terkenal!

Tidak kira apa jua fasa perubahan yang dilalui kita, terdapat kisah tersendiri di sebalik apa yang kita lihat. Jadi, jangan sesekali memandang rendah pada mereka yang mungkin pada masa ini sedang menjalani kehidupan yang sukar. -CARI

10

Bagus
5

Marah
20

Terkejut
5

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chauky314 29-3-2018 12:02 PM
slyvester jadik pelakon lucah, camner muka dia ek... hehehheh
Quote samasam90 1-4-2018 11:18 PM
dalam list cuma beberapa org je yg merempat.. yg lain tu masih dapat bank in dari mak pak
Quote annehuda 3-4-2018 12:58 PM
jlo tu sbnrnye kaya hokkay. die dulu sekolah katholik. yg masuk katholik ni mcm masuk sekolah swasta la

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.100316 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top