CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2898|Reply: 3

Dari Merempat, Kini Hidup Mewah. Kehidupan 6 Selebriti Ini Jadi Inspirasi!

[Copy link]
Post time 28-3-2018 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Setiap daripada kita pastinya akan melalui fasa hidup yang berbeza, daripada susah menjadi senang, daripada bujang kemudian berkeluarga, dan daripada comot menjadi seorang yang kacak dan cantik!







Golongan selebriti juga tidak terkecuali mengalami fasa hidup yang berbeza. Mungkin tiada siapa yang pernah terfikir yang terdapat golongan selebriti yang suatu ketika dahulu pernah melalui kehidupan yang susah.


Menerusi Hangat.com, kami kongsikan enam selebriti Hollywood yang suatu ketika dahulu pernah hidup miskin sebelum bergelar selebriti:


1. Jim Carrey

Foto: Carian Google



Kesusahan hidup menyebabkan Jim terpaksa berhenti sekolah dan tinggal di dalam mini van bersama keluarganya. Setiap malam mereka akan bermalam di lokasi berbeza di seluruh Kanada sehinggalah akhirnya mereka membina khemah di ladang kepunyaan emak saudara Jim. Di sana, dia sering menghiburkan keluarganya dengan lawak jenaka.


Kesusahan hidup keluarganya membuatkan Jim nekad untuk menjadi kaya demi untuk membantu mengubah kehidupan mereka sekeluarga dan kini dia mampu buktikan kemampuannya!


2. Jennifer Lopez
Foto: Carian Google


Jennifer Lopez atau nama samaran Jlo pernah dihalau keluar dari rumah oleh ibunya ketika berusia 18 tahun kerana tidak mahu ke kolej.
Dia kemudian menetap di studio tarian tempat dia bekerja dan hanya tidur di atas sofa untuk beberapa bulan sebelum menerima tawaran menari di Eropah. Dan lihatlah kejayaan yang dimilikinya sekarang.


3. Daniel Crag

Foto: Carian Google



Bintang James Bond ini pernah melalui zaman susah ketika mula-mula bergelar pelakon apabila beliau tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya tidur di bangku taman di sekitar London.


Untuk filem James Bond, Skyfall, Daniel telah menerima bayaran sebanyak 17 juta dolar dan kini menjalani kehidupan yang agak mewah.


4. Kelly Clarkson

Foto: Carian Google



Berbekalkan sedikit wang dan tanpa kenalan di Los Angeles, kehidupan Kelly Clarkson pada mulanya agak sukar. Lebih-lebih lagi setelah tempat kediamannya di LA hangus terbakar sehingga memaksanya untuk tinggal di dalam kereta.


Bagaimanapun, kehidupan Kelly berubah apabila dia berjaya menjadi penyanyi terkenal dan album pertamanya mendapat sambutan yang membanggakan.


5. Halle Berry

Foto: Carian Google



Ketika Halle berpindah ke Chicago untuk menjadi pelakon, beliau kehabisan duit dan terpaksa menginap di rumah gelandangan untuk beberapa tahun.


Kepayahan itu mengajar beliau untuk berdikari dan berusaha lebih untuk mengejar cita-cita.
Pendapatan tahunan Halle kini mencecah 80 juta dolar dengan 14 juta dolar untuk setiap tawaran lakonan.


6. Sylvester Stallone

Foto: Carian Google



Bintang aksi ternama, Sylvester pernah tidur di stesen bas Port Authority selama tiga minggu sebelum menemui iklan pencarian pelakon lucah yang membayar $100 sehari.


Stallone bekerja selama dua hari sahaja semata-mata hanya ingin keluar dari stesen bas tersebut, sebelum kemudiannya berjaya menjadi pelakon terkenal!


Tidak kira apa jua fasa perubahan yang dilalui kita, terdapat kisah tersendiri di sebalik apa yang kita lihat. Jadi, jangan sesekali memandang rendah pada mereka yang mungkin pada masa ini sedang menjalani kehidupan yang sukar. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 12:02 PM | Show all posts
slyvester jadik pelakon lucah, camner muka dia ek... hehehheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam list cuma beberapa org je yg merempat.. yg lain tu masih dapat bank in dari mak pak
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 12:58 PM | Show all posts
jlo tu sbnrnye kaya hokkay. die dulu sekolah katholik. yg masuk katholik ni mcm masuk sekolah swasta la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.089708 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list