CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Panas, Manis, Dan Pedas Menyengat! NeNe Chicken Di Malaysia, Tak Perlu Ke Korea Lagi

9-2-2018 01:59 PM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 6975| Komen: 17|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Description: Jika anda pernah travel ke Korea dan pada masa sama peminat ayam goreng versi negara tersebut pasti pernah mencuba ayam goreng NeNe Chicken bukan?

Ayam Freaking Hot NeNe Chicken yang menyengat pedasnya
Foto - The Vocket
Jika anda pernah ke Korea dan pada masa sama peminat ayam goreng versi negara tersebut pasti pernah mencuba Ayam Goreng NeNe Chicken bukan?

Keenakan ayam goreng berserta kepedasan yang menyengat pasti membuatkan anda terbayang-bayangkannya dan terasa ingin terbang ke Korea sekarang juga.

Foto - The Vocket
Tetapi jangan khuatir kerana ada berita gembira buat anda! Selepas membuka cawangannya di Australia, Singapura dan Hong Kong, NeNe Chicken akhirnya membuka cawangan pertamanya di Malaysia.


Bagi yang tidak pernah rasa ayam goreng ini anda juga boleh mencubanya kerana sudah berada di Malaysia dan cawangan pertama ia dibuka adalah di Genting Highlands.

Nene Chicken Sky Avenue, Genting Highlands adalah cawangan pertama rangkaian ini di Malaysia dan apa yang menarik mengenainya terdapat 4 pilihan perisa yang boleh dipilih iaitu Original, Spicy, Freaking Hot dan Bulgogi.

Antara flavour yang ada di NeNe Chicken
Foto - The Vocket
Menurut laman The Vocket semasa majlis pelancaran NeNe Chicken baru-baru ini, mereka sudah mencuba kesemua pilihan ayam yang ada. Kata mereka kesemua perisa yang ada sedap-sedap belaka tetapi jika perlu memilih, mereka memilih perisa Bulgogi dan Freaking Hot. 

"Pedas Freaking Hot ini bukan main-main. Bila ianya dihidang ketika masih panas, bertambah pedas ayam perisa Freaking Hot ini manakala Bulgogi pula sesuai untuk anda yang tidak suka pedas kerana rasanya yang manis," katanya.

Difahamkan juga selain ayam goreng NeNe Chicken juga turut mempunyai burger dan dikatakan amat berbaloi kerana saiznya yang besar disertakan sayuran segar dan sos kimchi. 

Senarai harga di NeNe Chicken
Foto - The Vocket
The Vocket turut mencadangkan kepada anda agar mencuba lagi satu makanan wajib cuba di Nene Chic iaitu aiskrim popular mereka, Black Sesame Soft Serve Ice Cream.

Satu lagi berita baik dari NeNe Chicken adalah mereka akan membuka lebih banyak lagi cawangan di Malaysia dan dalam masa terdekat ia akan dibuka di Starling Mall, Damansara.

Suasana semasa perasmian NeNe Chicken Genting Highlands
Foto - The Vocket
Jadi tunggu apa lagi alang-alang membeli belah di Genting Premier Outlet, bolehlah anda singgah makan di NeNe Chicken dan cuba keenakannya sendiri. -CARI
28

Bagus
42

Marah
21

Terkejut
22

Sedih
17

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (160 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 9-2-2018 02:13 PM
jauh plak nk tgk.. tgk hrganya blh than..
Quote Aneem 9-2-2018 02:21 PM
Kenapa di genting?
Jauh nak arwah..
Nak bg roh yang bergentayangan tu makan ke?
Quote CiliPadiSedap 9-2-2018 02:33 PM
Ayam ali hashim lawan ayam korea. Siapa menang? bg akak harga ayam ni mahal. Not value for money baik makan kenny rogers sedap kenyang sendawa sampai tidur
Quote matchstick 9-2-2018 02:35 PM
a'ah..ngape smpi genting jauh nye. kt genting tu makan set ayam mekdi pun mahal. ini kan pulak stended rega ayam korea kt tgh bandar ni pun dh rm20+ per set. kt genting mahu rm30+
Quote kimchipedas 9-2-2018 02:39 PM
Oiih mahal jgk pastu bole tahan rege dia..cpt la buka kat bwh ni haa..
Quote dekmieDandy 9-2-2018 02:43 PM
terbeli yg super spicy

benda kau berapi perut

order kat adik pakai spec tu
Quote nooriesz 9-2-2018 02:50 PM
berdentum gk hergenye.. tp yg by pieces tu mmg terkontang kanting cmtu ke tanpa side dish..
Quote myakayina 9-2-2018 03:15 PM
pricey jugak ek.. berbaloi ke? kenyang tak mkn ayam tu je?
Quote WhiskeyScotch 9-2-2018 03:50 PM
Bersepah betul restoran makanan Korea dekat Malaysia sekarang. Gigihlah nak panjat Genting semata-mata nak makan NeNe chicken.
Quote beeeee 9-2-2018 04:25 PM
adohai komahen jauh haa kl belambak mall
Quote RooneyMara 10-2-2018 07:41 AM
Why genting???? Jauh gila. Buka kat KL la
Quote mahalnya 10-2-2018 05:34 PM
nampak pic mcm tak sedap
Quote noraidil_06 11-2-2018 07:02 PM
@green~tea jom sinun. Jgn shopping la. Iols bajet ke laut
Quote green~tea 11-2-2018 09:52 PM
noraidil_06 replied at 11-2-2018 07:02 PM
@green~tea jom sinun. Jgn shopping la. Iols bajet ke laut

Jom lahh.. nnti roger bila free..  meols nak memadu asmara cuti CNY ni hahahahahha..
Quote noraidil_06 12-2-2018 12:30 AM
green~tea replied at 11-2-2018 09:52 PM
Jom lahh.. nnti roger bila free..  meols nak memadu asmara cuti CNY ni hahahahahha..

Huntung laaaa. Tp iols akn sabar menunggu chuols berbulan madu.lg cny sure ramai manusia atas sana
Quote vanillaninja 12-2-2018 04:01 PM
Mana lagi sedap? Kyo Chon ke NeNe ni?
Quote pinkypetal 14-2-2018 07:44 PM
Jauhnyaaa.. makan kyochon kat OU jerlah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.049970 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top