CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Dalang Pecah Tabung Masjid Demi Dadah

9-2-2018 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2653| Komen: 7

Description: Janda berusia 32 tahun dipercayai menjadi dalang kumpulan pecah tabung masjid di sekitar negeri ini dikenali sebagai Geng Siti Jeram.
Janda berusia 32 tahun dipercayai menjadi dalang kumpulan pecah tabung masjid di sekitar negeri ini dikenali sebagai Geng Siti Jeram.

Memetik BH Online, wanita itu bersama dua lagi suspek ditahan iaitu anak lelakinya berusia 13 tahun dan seorang lagi remaja berusia 20 tahun.


Mereka ditahan di kediamannya di Kampung Jeram, Masjid Tanah, Melaka, pada jam 2 pagi, 2 Februari lalu dalam keadaan 'lalok' selepas hampir empat jam memecah tabung sebuah masjid di daerah Alor Gajah.

"Tindakan pantas AJK masjid (Masjid Ar-Rahman, Rantau Panjang) yang segera membuat laporan dan membawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) banyak membantu polis menyelesaikan kes ini dalam tempoh segera," kata Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan.


Foto: Astro AWANI


Menerusi rakaman CCTV, wanita itu menunggu di dalam kereta PERODUA Viva sementara anaknya bersama rakan memecah tabung masjid terbabit, kira-kira jam 10.20 malam, 1 Februari.

"Polis percaya, mereka terbabit dengan beberapa lagi kejadian sama.

"Pemeriksaan juga mendapati, semua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan melakukan kegiatan itu untuk tujuan membeli bekalan dadah," katanya.

Hasil soal siasat membawa kepada penangkapan seorang lelaki menggunakan nama Abu Hafiz, 27, dipercayai turut terbabit dalam kejadian pecah tabung lima masjid di sekitar Masjid Tanah.

Siasatan masih dijalankan bagi mengaitkan keempat-empat suspek dengan laporan kes pecah tabung masjid di negeri ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - CARI
11

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samasam90 9-2-2018 01:02 PM
kelas kau janda.. tak lupa anak2 kau, kau bawa juga depa mereput dgn kau..
Quote Vokuro 9-2-2018 01:13 PM
Cikki bugis ke sister???
Quote Pink_Purple 9-2-2018 02:03 PM
janda dadah..

Quote HazeLJoseph 9-2-2018 09:43 PM
Anaknya 13 tahun tu mendadih juga ke
Quote pyropura 9-2-2018 10:20 PM
Isele hina isele
Quote batmana 10-2-2018 11:13 AM
laki 20 an tu pakwe ke ape?
Quote sekngucing 11-2-2018 07:38 PM
janda milf ka ni...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052084 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top