CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Ketika Hujan Lebat, Budak 9 Tahun Lemas Jatuh Parit

27-10-2017 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2860| Komen: 10

Description: Kanak-kanak berusia 9 tahun lemas selepas terjatuh ke parit berhampiran ketika bermain bersama rakan sekolahnya di Jalan Helang 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, petang semalam.
Kanak-kanak berusia 9 tahun lemas selepas terjatuh ke parit berhampiran ketika bermain bersama rakan sekolahnya di Jalan Helang 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, petang semalam.


Memetik Harian Metro, mayat mangsa ditemui di bawah jambatan Kota Masai, kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar, mangsa ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian.


Foto: BH Online

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, mangsa dipercayai dibawa arus deras selepas tergelincir ke dalam parit sedalam 4.57 meter dan selebar 6.1 meter ketika hujan lebat.


"Melihat mangsa hilang, rakannya mendapatkan bantuan sebelum sepasukan polis serta bomba dan penyelamat dari Balai Pasir Gudang bergegas ke lokasi.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan serta merta membabitkan anggota dan pegawai polis, bomba serta Agensi Pertahanan Awam (APM) sehingga 12 tengah malam semalam dan disambung 7 pagi ini.

"Mangsa ditemui pasukan penyelam bomba dan penyelamat di dasar sungai," katanya.


Foto: Harian Metro

Tambahnya, mayat ditemui dalam keadaan sempurna dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat. - CARI

8

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 27-10-2017 01:27 PM
Ni dh nk dekat cuti sekolah ni.. Awasi la aktiviti anak2.
Quote ice_sky92 27-10-2017 01:34 PM
Takziah.....
Quote zulka 27-10-2017 02:55 PM
jauhnye dia hanyut...
Quote insulin 27-10-2017 02:57 PM
Takziah kepada keluarga mangsa...
Quote vanillaninja 27-10-2017 02:59 PM
Takziah pada family adik ni. Peringatan juga pada parents yang lain.
Quote jazaa100 27-10-2017 03:02 PM
Kesiannya....
Quote jazaa100 27-10-2017 03:02 PM
Kesiannya....
Quote diss69 27-10-2017 04:13 PM
Salam takziah utk keluarga arwah..tumpang sedih..
Quote raihaneem 27-10-2017 06:03 PM
Tergelincir jatuh..kesiannya...
Quote misscendol 1-11-2017 02:41 PM
Alahaiiiiii sedihnya

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.057783 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top