CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warden Sumbat Dadah Dlm Jxbxr Banduan !

26-8-2013 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6016| Komen: 35

Description: Taktik Seorang Warden Penjara Menyeludup Masuk Dadah Ke Tempat Kerjanya Dengan Menyumbat Bahan Terlarang Itu Ke Dalam Dubur Seorang Banduan Gagal Apabila Perbuatannya Itu Dikesan. ...
KAJANG, 24 Ogos: Taktik seorang warden penjara menyeludup masuk dadah ke tempat kerjanya dengan menyumbat bahan terlarang itu ke dalam dubur seorang banduan gagal apabila perbuatannya itu dikesan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ab Rashid Ab Wahab berkata, kakitangan terbabit yang berusia 34 tahun dan baru setahun empat bulan bertugas di penjara itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Rabu lalu.

  Menurutnya, lelaki itu ditahan berhampiran sebuah pasar raya di Saujana Impian, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi, hasil maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran dadah dilakukannya.



  “Siasatan mendapati lelaki ini mengedar dadah kepada banduan dengan menyumbatnya ke dalam dubur banduan yang bersubahat dalam kegiatan ini.


AB Rashid memegang bungkusan plastik mengandungi dadah.


  “Suspek kemudian mengaku mendapat dadah daripada pembekal dengan menerima upah sebanyak RM800 untuk sekali penghantaran dan sudah lima kali berbuat demikian,” katanya.

  Katanya, polis masih menyiasat pembabitan individu yang menjadi pembekal dadah dan banduan yang bersubahat dalam kegiatan pengedaran ini.


  “Kita juga menyiasat bagaimana banduan memperoleh wang untuk membeli dadah berkenaan, namun dipercayai mereka mendapat wang daripada rakan atau keluarga yang datang melawat.

  “Suspek direman enam hari sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ketika tangkapan turut ditemui dua balutan plastik dadah anggaran berat 104.8 gram bernilai lebih RM4,000 dalam poket seluar,” katanya.


Sementara itu, tiga lelaki warga Nigeria berusia 2O hingga 30-an ditahan di sebuah rumah sewa di Bandar Damai Perdana, di sini, kerana disyaki menyimpan dadah jenis ganja dan heroin dalam serbuan berasingan kira-kira jam 5 petang hasil maklumat awam.

  “Pemeriksaan di kediaman yang disewa sejak setahun lalu menemui dadah jenis ganja anggaran berat 12.25 gram yang disembunyikan dalam pengisar buah, manakala dadah jenis heroin dengan anggaran berat 16.45 gram ditemui dalam sebuah bilik tidur.

  “Semua suspek didapati masuk ke negara ini pada 2008 dengan menggunakan pas pelajar, namun mereka sudah tinggal melebihi masa ditetapkan malah seorang suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan,” katanya.

  Ab Rashid berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit kini ditahan reman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 akta sama.


5

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakiputaralam 24-8-2013 09:48 AM
Sumbat dalam dubur warden tu balik


Quote Syd 24-8-2013 09:54 AM
haruslahhh

kalau tak, mcm mana nak sumbat2 masuk
Quote tongkatwaran75 24-8-2013 10:15 AM
banduan dipenjara bole insaf...
warden keje di penjara tak amik iktibar...
Quote DeMax 24-8-2013 10:17 AM
kakiputaralam posted on 24-8-2013 09:48 AM
Sumbat dalam dubur warden tu balik

Warden tgh mengAnwarkan tahanan..sungguh Morsi warden ni..Endless Possibilities
Quote azlinahmad 24-8-2013 10:20 AM
ini la pagar yang makan padi...
Quote sapp73 24-8-2013 10:29 AM
dari dulu memang ada warden yang buat onar macamni, antara tertangkap atau tidak sahaja
Quote Syd 24-8-2013 10:31 AM
sapp73 posted on 24-8-2013 10:29 AM
dari dulu memang ada warden yang buat onar macamni, antara tertangkap atau tidak sahaja

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=660449&extra=page%3D4


dorang pung tahu



Quote sapp73 24-8-2013 10:35 AM
Syd posted on 24-8-2013 10:31 AM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=660449&extra=page%3D4

diaorang memamg tau.

tu baru kes dadah, kalau warden yang bersekongkol dengan penjenayah berat yang lain..memang ngeri, mungkin gelap mata atas imbuhan wang.

Quote mikasa 24-8-2013 10:38 AM
ni baru warden..belum lagi sapa yang ada lagi besar kuasa dia
Quote Innrukia 24-8-2013 10:40 AM
harapkan pegar, pegar makan padi
Quote whadda 24-8-2013 10:56 AM
padan muka... tuh sebab banyak banduan yg masuk senang2 je dapat bekalan kat dalam tuh...
Quote machiko 24-8-2013 12:26 PM
sapp73 posted on 24-8-2013 10:29 AM
dari dulu memang ada warden yang buat onar macamni, antara tertangkap atau tidak sahaja

bekalan dadah kat dlm penjara tu lagi senang dapat dari kat luar.. it's a known fact dari dulu lagi!
Quote Al-Patih 24-8-2013 04:55 PM
elok2 ada kerja ..cari kerja yang ada nahas...
Quote hyie 24-8-2013 05:59 PM
takde orang meratib "ni ummah mana" ke?
Quote jonlabu 24-8-2013 06:15 PM
Masuk penjara yg sama..kena balun tak ngan bandian lain?
Quote Syd 24-8-2013 06:16 PM
jonlabu posted on 24-8-2013 06:15 PM
Masuk penjara yg sama..kena balun tak ngan bandian lain?

masuk penjara lain laa pulak

kasik warden lain laks balun dia
Quote solstice 24-8-2013 06:54 PM
Bangsat betul lah
Elok mampus cepat2
Jahanam

Tp bnda ni bukan baru
Quote Decaffeinated 24-8-2013 07:00 PM
p/s ntah2 sempat diliwatnya...

very, very remote....

warden penjara walau bapak gay pun tak kan sebegitu desperate dgn banduan sedang yg montok2 melambak di luar... lagi satu ayat 'warden sumbat' tu tak mesti maksud warden tu sendiri pi sumbat. aku pasti dia tengok lubang banduan pun tak lalu...

Quote airfilterbersih 24-8-2013 07:05 PM
Innrukia posted on 24-8-2013 10:40 AM
harapkan pegar, pegar makan padi

Isu jxbxriii ni sensetip...x caya hang tanya Adam aq aq aq...

jangn hina puak gay kan @AdamBillionaire ....hidup ketuanan gayyyy...hoyeahhhh..!
haha

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.065759 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top