CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warden Penjara Terima Suapan

15-5-2014 12:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4381| Komen: 9

Description: Tertuduh Mustafa Kamal Ibrahim, 40, Didakwa Mengikut Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm) 2009, Dengan Dua Pertuduhan Membabitkan Wang Tunai Sebanyak Rm100 Dan Rm400.


Warden penjara dituduh terima suapan

Ipoh: Seorang Warden Penjara Tapah dituduh menerima suapan wang tunai sebanyak RM500 untuk menyeludup tembakau kepada seorang banduan yang menjalani hukuman di penjara terbabit pada April dan Mei tahun lalu.

Tertuduh Mustafa Kamal Ibrahim, 40, didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dengan dua pertuduhan membabitkan wang tunai sebanyak RM100 dan RM400.

Pertuduhan pertama, Mustafa didakwa menerima wang RM100 pada 24 April 2013 kira-kira jam 4.05 petang di Maybank Berhad Cawangan Pasir Puteh, di sini daripada Nurshafina Abu Bakar sebagai dorongan untuk menyeludup tembakau kepada banduan Penjara Tapah, Mohd Ridzuan Abu Bakar.

Tuduhan kedua, Warden terbabit didakwa melakukan kesalahan sama dengan menerima wang sogokan RM400 untuk menyeludup tembakau kepada banduan sama pada 7 Mei 2013.


Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan dan meminta dibicarakan.


Hakim kemudian menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes dan menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.‎

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 15-5-2014 11:50 AM
@ifanonline  thread kesukaan ko
Quote ifanonline 15-5-2014 11:55 AM
Acong posted on 15-5-2014 11:50 AM
@ifanonline  thread kesukaan ko

melayu mudah kena suap...anak2 tak menjadi...terima kasih cong...
Quote itik_kuning 15-5-2014 11:55 AM
hai, baru tau ke? banyak je kes2 penjawat awam lain kena charge kat mahkamah. magistrate pun tak terkecuali.
Quote solstice 15-5-2014 11:56 AM
Biasa berlaku
siap bole berniaga jual barang2 kat banduan
Biasanya rokok lah
Quote Artemesiaa 15-5-2014 12:15 PM
Bukan benda baru dah lama.  Bukan sekadar kat penjara je kat pusat pemulihan dadah pun sama.  Macam mana mat pit nak pulih.
Quote amiraira 15-5-2014 12:55 PM
ala biase la bg pasukan beruniform...ya kan????
Quote pinkpunk 16-5-2014 10:01 AM
maggi kt dalam tu lg mahal dr kt luar.. berganda2...
memang xleh percaya langsung dorg ni...
klu transfer duit siap ada persen untuk dorg..
mcm palat dorg ni, memalukan jelah...
Quote tupaiterbang 16-5-2014 10:30 AM

Kasi can la kat depa nak belajar bisnes kecilan...
At least lepas pencen nanti depa tau apa bisnes mau bikin nak sara  anak bini...



Quote maja07 16-5-2014 12:13 PM
Mesti orang UMNO ni.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050350 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top