CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Anggota Polis Peronda Dipenjara, Denda Tuduhan Rasuah

6-9-2013 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3506| Komen: 2

Description: Dua Anggota Polis Masing-Masing Dijatuhi Hukuman Penjara Setahun Dan Denda Rm20,000 Selepas Didapati Bersalah Oleh Mahkamah Sesyen Ipoh Terhadap Dua Pertuduhan Meminta Serta Menerima Rasuah, Tiga Tahu ...


Dua anggota polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM20,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Ipoh terhadap dua pertuduhan meminta serta menerima rasuah, tiga tahun lepas.

Lans Koperal Mohd Fauzi Embong, 33, dan Koperal Zulkiflee Mohamed, 53, yang bertugas di Unit Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menghadapi dua pertuduhan iaitu meminta suapan wang tunai RM1,000 dan menerima rasuah RM300 pada 17 Nov 2010.

Mereka didakwa meminta dan menerima suapan itu daripada Arban Shiti yang dikatakan memiliki dadah supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan pertama di sebuah rumah beralamat No.19, Jalan Setia Jaya 2, Taman Setia Jaya di Sitiawan pada pukul 12.15 tengah hari manakala kesalahan kedua di depan pejabat Pos Laju Sitiawan pada 12.50 tengah hari pada hari sama.

Hakim Julie Lack Abdullah membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan tertuduh pertama, kedua dan saksi serta mendapati pihak pembelaan gagal mematah imbangan kebarangkalian manakala pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

"Faktor kepentingan awam diambil kira, sepatutnya polis amanah dan jujur dalam menjalankan tugas," kata Julie Lack dalam penghakimannya.

Bagi pertuduhan pertama mereka dihukum penjara setahun dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan dan bagi pertuduhan kedua, hakim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak berkuat kuasa semalam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) serta Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi.

2

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dualchicks 6-9-2013 11:23 AM
Harga minyak naik...gaji polis kecik...umur 53 tahun pun pangkat tak naik2...sebok nak naikkan kroni naik atas ajer...asp tu anak aku...acp tu bapak aku...asp II tu sepupu haku...hhmmmm...dr byr denda kat gomen. bayar kat k-pop aka majlis lagha plak...baik byr kat diowang tanggung anak bini...nak kata haram...dua2 pon haram...undang-undang sekuler...camtu ler...
Quote gaara_X 6-9-2013 11:24 AM
yang backup melambak lagi...ahaks!!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.049317 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top