CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koperal Muntah Darah Sebelum Meninggal Dunia

7-10-2017 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7421| Komen: 42

Seorang anggota tentera muntah darah sebelum meninggal dunia di dalam keretanya di Jalan Tee Hoii, Taiping pada 4.10 petang Jumaat, lapor Harian Metro.

Ketika ditemui orang awam, Koperal Razif Ruhiman, 32, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan muntah darah sebelum menghubungi polis.


Foto: Harian Metro

Siasatan awal mendapati mangsa ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta dengan darah di bahagian mulut dan tompokan darah di hadapan kereta dipercayai muntah darah mangsa, kata Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah.

"Anggota tentera terbabit bertugas di Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja, Kem Town Barrack, Taiping.


"Mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan mengikut maklumat daripadarakan sekerjanya, anggota tentera terbabit dikatakan pernah mengalami sakit Tibi," katanya.

Sementara itu, bedah siasat mendapati punca kematian adalah pendarahan dalam perut dan siasatan menunjukkan tiada unsur jenayah.

Difahamkan, anggota tentera terbabit masih bujang dan berasal dari Tambunan, Sabah.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. - CARI
14

Bagus
17

Marah
7

Terkejut
16

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 7-10-2017 09:14 AM
ingatkan tambah lagi kes dera anggota tentera
Quote MissNigga 7-10-2017 09:42 AM
santau kowt ...
Quote paz 7-10-2017 09:52 AM
TB ni macam-macam kan. Ini pendarahan perut sampai muntah darah.
Quote prettyuglybabe 7-10-2017 11:09 AM
abis tu org yg jumpa tu ada risiko tak kena jangkitan tibi? makin menuju ke arah negara mundur bila penyakit yg patutnya dah pupus datang balik..
Quote LadyDiddy 7-10-2017 11:22 AM
Innalillah
Scary nya....sekarang ni penyakit yg dah pupus semua muncul balik
Quote DeeHanania 7-10-2017 01:27 PM
Innalillah...
Bahaya pnyakit TB nie
Quote moonbug 7-10-2017 01:39 PM
TB makin berleluasa balik
Quote aqissa 7-10-2017 01:49 PM
TU la akibatnya  bawak masuk pendatang banyak sgt...
Quote pearl.silver 7-10-2017 01:51 PM
My sedara ada yg sakit tb haritu..katanya dah sembuh..
Tp baru2 ni dia ckp peparu dia berair lg..doktor klinik kesihatan tu bingung bila ditanya apa punca peparu berair tu, yg sedara tu bijak plak xbgtau history tb dia..
Nasib baik sedara xkne doktor yg viral sound pesakit tipu history tu
Quote felinecat 7-10-2017 01:59 PM
alahai, dah la masih bujang. berkurang la calon :p
Quote saladin780 7-10-2017 02:00 PM
pearl.silver replied at 7-10-2017 01:51 PM
My sedara ada yg sakit tb haritu..katanya dah sembuh..
Tp baru2 ni dia ckp peparu dia berair lg..do ...

banyak dah kawan2 yg aku kenal kena tibi...penyakit yg duluny mcm da pupus dah kat malaysia nih..

yg dah meninggal pun ada
Quote Konahhh 7-10-2017 02:03 PM
Kesiannyaaaa but tula sekarang any symptoms berpanjangan waima batuk pun silalah ke doktor buat pemeriksaan! Walaupun laaa sejurus masuk je doktor yg tanya kita "Sakit apa ya?" "Sejak bila sakit?" "Kat mana sakit?" bukan dia nak pegang check. Alih2 kata dah siap, tunggu luar amik ubat ya lol -.-"
Quote batmana 7-10-2017 02:37 PM
ptut bagi la tentera ni cuti smpai btul2 pulih tibi

ni msti dpt mc skejap aja
Quote pearl.silver 7-10-2017 03:36 PM
saladin780 replied at 7-10-2017 02:00 PM
banyak dah kawan2 yg aku kenal kena tibi...penyakit yg duluny mcm da pupus dah kat malaysia nih..
...

Ya lah..pendatang asing byk dah lt mlysua..ada yg bw virus tu..
Skang bahaya klu gi tempat crowd mcm pasar mlm gitu..
Quote -electrifying- 7-10-2017 04:33 PM
fuhh.... kuat jgak eh tb ni, wlpon pnah alami sblm ni
Quote diss69 7-10-2017 05:17 PM
Innalillah..salam takziah buat keluarga arwah..terkejut gak..ingt lagi kes penderaan..
Quote MyNameIsIris 7-10-2017 05:26 PM
prettyuglybabe replied at 7-10-2017 11:09 AM
abis tu org yg jumpa tu ada risiko tak kena jangkitan tibi? makin menuju ke arah negara mundur bila  ...

Plus ada ibu bapa moden yang tolak vaksin...
Quote kyrana 7-10-2017 05:30 PM
Anak buah sorg kena tb.Doc bg mc 6 bln x g sekolah.
Quote VuJiE 7-10-2017 05:34 PM
salam takziah...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.140156 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top